Skip to main content

Sembang Kedai Kopi

Salam Hari Jumaat
Semalam....sehari suntuk aku tak masuk opis.Plan nak jumpa CikMot yang nak fly ke Kota Kinabalu pun kena kensel last minute.Takde rezki nak jumpa,maybe lain kali.Oh!CikViva dah post pasal ni semalam kat sini.Masa memula tahu kena attend briefing tu rasa stress gak sebab keje banyak kat opis.Tapi..bila dah join,best la pulak.hehe



dalam auditorium 
Biasalah dalam beberapa jam itu ada jugak beberapa kali adegan tersengguk-senguk macam burung belatuk.Tapi ada jugak adegan tegak kepala kalau yang bercakap tu pandai ambil perhatian pendengar.Tak caya tanya cikviva..hehe,aku tahu bila masa kepala dia tegak.kih kih kih.Abis sesi pagi ada tea break,makan kuih dan teh tarik je (apa?ingat dia nak jamu nasi lemak?konfem ada yang mendengkur kalau jamu nasi lemak yang extra santan tu) abis makan dewan balik.Tadah telinga lagi..pastu keluar lunch.Ditaja ditaja dengan makanan dalam kapal..nasi dan kari ikan tenggiri kot kalau tak silap (masa makan boleh pulak ada kawan konpius,ini ayam ke ikan?sebab ikan tu tebal sangat dan macam ayam)

Abis lunch masuk dewan balik..tapi kali ini cikviva dah tak join,.dia kena sesi pagi je.sesi petang ni kami dipecahkan dalam kumpulan kecil macam group discussion.kata fasilitator 'ini macam sembang kedai kopi.kita luahkan apa kita rasa,apa cadangan yang boleh diguna pakai untuk membangunkan syarikat'sesekali..sembang kedai kopi ni ada juga idea baru yang 'orang atas' tak pernah terfikir.Kita sama-sama duduk dan dan memberi pendapat masing2 walaupun ada juga idea yang memang tak boleh diterima akal dan tak logik.hehe.Harap2 idea itu tidak di 'tongsampah'kan.emm

Last sekali sebelum keluar bilik,touch up hasil kerja..(aku memang suka conteng2..apa lagi,mencontenglah keje aku..kaler2 sikit,bunga sana sini dan sinun) tapi buat presentation orang lain la,aku kan pemalu.kalau dalam group kecil aku mampu lagi bercakap.kalau depan bos besar,kecut sikit la.huhu

Jam 5.30 petang masih ada group membentangkan hasil kerja tapi group yang dah selesai dah boleh angkat kaki,ada la alasan..ambik anak kat sekolah,ambik bini kat opis..itu ini begitu begini.tapi aku kan tumpang member,dia tak bergerak..aku pun sama la kena tunggu.6.30 petang baru kami angkat kaki..hujan lebat rupanya diluar sana..tak sedar pun masa duk dalam dewan besar itu.

Sesekali seronok join program macam ni.membuka minda kita yang kebanyakkan masa selalunya terperuk kat meja kerja setiap hari.Jumpa kawan lama dari unit lain yang dah lama tak jumpa..kalau dah lama tak jumpa banyak la topik yang nak di ulas.dan kalau ada 'usikkan' tentang bentuk badan tu..abaikan jelah.Mulut tempayan boleh ditutup,mulut orang..sendiri tutup lah ;)

sekian kisah semalam...

Comments

Biarlah rahsia said…
Sekali sekala mmg seronok...tp klu selalu selalu
Sgt liat nk pegi...hehe
Kakcik Seroja said…
Bagi kakcik yang dah berpuluh tahu kerja ni, mengjadiri seminar atau taklimat amatlah membosankan. Tamba pula kalau penceramah macam baca skrip je...
pB said…
sekali sekalo ok ....
HeNRieTTa JoSe said…
ada kursus rietta suka...ada juga yang rietta sangat sangat ngantuk...bergantung pada isi kandungan dan cara penyampaian....
Kakzakie Purvit said…
Membuka minda sesekali kakak pun suka tapi kalau yg buat presentation lembik memang menguaplah jawabnya..
Rumah Kuning said…
tak sukaaa. baik dok sekolah dari gi kursus, taklimat dsbnya tu.
Irfa said…
* kak bie
betul tu
nnt otak pun sama ligat cari alasan xnk pegi.sy xleh ngelat sbb stf x ramai.sorang lg tgh cuti pjg..sy sorang je yg ada.
Irfa said…
* kakcik..
Ye ..saya perasan ada senior yg tggu pencen muka cm x ceria dh masuk sesi tu.bosan agaknya.hihi
Irfa said…
#kakpb..
Yelah tu
sekali sekala
dua kali dua kala
kih kih kih
Irfa said…
# rietta..
Bukan senanh nk buat org bg perhatian dgn apa yg kita ckp.cuba bygkan punyalah tk tido mlm siapkan skrip utk berckp..bila tgk brckp kt depan ada makhluk yg sedap brdengkur depan mata.mesti sakit hati kan
Irfa said…
# kak zakie..
Tu psl dlm beg kena ada asam dn gula2 bg elak mgantuk.hihi
Irfa said…
#kak RK..
Hahaha..mesti sokmo kena gi briefing ni sbb tu dh jemu
Unknown said…
Dari sekolah lg... aku kalu masuk tpt camgini, sejuk.. demam sbb ekon kuat.. pustakaan, dewan kuliah... jadi sampai beso aku suke monteng... kecuali la briefing tu aku yg punya... aku kena pegi la kan... kalu dok, sape nk bg briefing?? Muahahaha

***demam sgt kau sampai kena stay kt hostel makan maggi panas2 slurppp sedap!!
Irfa said…
#MM...
Kritikal mslh ko ni.kna rujuk pkar nih.hihi
:: CIKVIVA :: said…
buat syarat je tu..kate sembang2 kedai kopi...huhu

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')