Skip to main content

Apa Boleh Tolong?

# sebenarnya aku takde idea nak apdet blog..so meh kita jenguk blog kengkawan.Terbaca blog Dialog Uda tentang anak bujangnya yang berumur 6 tahun.Bila baca,aku terkenang si bujang aku jugak.Sekarang ni pantang aku ke dapur dia pun sibukla mengekor bontot.

'umie masak apa?ada yang boleh abam tolong'

memula malas nak layan tapi banyak kali dia macam berharap so aku izinkan dia untuk tolong sikit2..suh ambilkan sos dalam peti ais @ kacau2 masakan dalam kuali (nak bagi pecahkan telur tak berani pulak..takut terpercik minyak kat muka).

Aku rasa zaman ibubapa sama2 bekerja ni kena ajar anak2 basic ke dapur (basuh pinggan dan masak simple macam masak air,masak nasik,buat nasi goreng@maggi goreng,goreng nugget@sosej).Selain itu boleh juga diajar basuh kain..bukan nak kena memberus pun..masukkan dalam mesin basuh dan letak sabun,tekan start.Kalau dah kahwin takde la semua nak harapkan isteri yang buat.Bila isteri pantang bersalin takdelah kes asik makan kat kedai hari-hari @ kain baju hantar dobi.  
  


Satu lagi..ajar anak lelaki/pompuan untuk tahu basic tukar mentol lampu,tukar kepala paip ke..sebagai persediaan kes kecemasan juga.

Sebenarnya aku cukup kagum dengan lelaki pandai masak.Bukan masak yang simple2 (masak nasi,air @ meggi) tapi masak berat macam masak kari@masak lemak gitu.Aku yang pompuan pun jarang masak kari..tak pandai sangat tapi semalam aku masak kari ayam tanpa santan,licin seperiuk..sedap la kot.hihi

Comments

:: CIKVIVA :: said…
ajaa tolong tak?? kakak pun tak tau masak la dok kampung tu..mok yang masak.. :)
Lady Windsor said…
wahh handsomelah dak abam..sure ramai gegirl suka kat dia bila besar esok..lelaki pandai masak atau suka tolong mak masak adalah lomentik maaa..kikiki

anak buah akak, lelaki, umur lima tahun, suka tolong mak dia basuh pinggan, lepas makan mesti jangkut sendiri pinggan ke dalam singki..manakala si adik perempuannya yg usia 3 tahun adalah suka mengarah dan membuli abngnya ambik dan buat itu ini..
Kakzakie Purvit said…
Anak-anak kakak perempuan otomatik dia ada naluri nak masak walau tak sedap mana sebab internet punya resepi banyak ikut aje...

Beruntung yg punya suami pandai masak berat macam tu.

Biarlah rahsia said…
bakat memasak ni kena asah selalu...lama2 tak masak jd mcm lupa teknik2 basic mcmn nk menggulai, nak menumis, mengepie...klu hari2 masak...pasti tugas memasak menjd enteng sekali
Dr K said…
Saya setuju...basic things macam memasak ringkas, tukar bulb, etc tu semua, kita perlu didik pada anak anak sejak kecil...kira macam pelajaran Kemahiran Hidup la utk mereka
♥cikmOt♥ said…
baguslah abam...rajin nak menolong...kalu abam di rumah...tb jelah jawabnya
Insyaa allah....aku akan didik anak aku dgn perkara basic mcm yg ko sebut. Tapi aku suka abam. Aku tgk die mcm ade inisiatif la. Ko selalu bebel kat anak-anak tak?
Mak Wardah said…
Akak setuju, baisc thing at least anak2 tahu nak handle...
Acik Erna said…
assalam dik..betul tu..akak kalau tak de budak2 tu yang buat semua memang susah la..tak kan ayah yang dah tua nak memajnat ganti mentol lagi kan..
waaaa..akak kira nasib baik la tu ..en.abang cuma tak pandai masak rendang je..masak lemak..kari..masak tempotak pun dah lulus..
Irfa said…
#CV..
Ajaa masak atas tangga je.eh jgn tak tahu..kakak dah pandai masak sekarang..mentor ialah paksu ;)
masak makanan frozen la

#KAK LW..
anak lelaki sorang kak,kenalah cukup pakej ;) baru berderet org isi borang nak buat menantu.
kih kih kih
adik Ajaa pun ada ciri2 pembuli.suh abang bukak tv,ambilkan dia air.

#KAK ZAKIE..
skrg xde alasan x pandai masak.malas ngan rajin je bezanya sbb bersepah resepi kat internet.siap step by step lagi tunjuk caranya ;)

#KAK BIE..
ye betul,bakat buat kuih zaman remaja dulu dah lama tenggelam.huhu

#DZ..
kan?
tak jatuh maruah suami bila tolong isteri buat keje rumah.lagi disayangi ada..

#CIKMOT..
entahlah..baru2 ni je dia rajin offer diri.harap berkekalan hendaknya ;)

#FARA..
aku mmg secara otomatik akan membebel kalau ada yg tak kena kat mata aku,hihi
MOKCIK AZWA said…
Salam Irfa..

betul tu..sejak kecil kena terapkan skil kemahiran hidup kat anak2..cuma kena tengok umur dan tahap kemampuan anak2 la. Anak azwa si Hadi tu pun ada masanya beria2 nak menolong orang goreng kentang..tapi azwa minta dia 'tolong tengok' jer sebab takut minyak memercik kalau dia main campak kentang dalam kuali hhehehe..

Mulan said…
dah kerah sidai kain, basuh pinggan, goreng telur, masak air sinec darjah 4 dolu.. kerahan tenaga wajib dilakukan seawal mungkin hahaha... sonang omaknya.. buat utk mak, nnti senang tolong bini..
Irfa said…
#MAK WARDAH..
bende basic yg boleh diguna pakai bila kecemasan cth:mak demam,dia boleh buat sendiri ;)

#KAK ERNA..
akak mmg dh tak perlu risau.wpun semua anak lelaki..tp pandai buat keje umah..kalau nak tggu menantu lambat sikit la kot.hihi
Irfa said…
#KAK AZWA..
betul tu..dia suka suka nak campak je.mana boleh,melompat minyak naik ke muka..turun saham nanti :)

#MULAN..
wah..mesti tinggi saham ni
dahlah hensem,pandai buat keje umah pulak tu.dr sekarang buat..dah berumah tangga nanti mesti dah mahir
untung menantu mulan nnt.hihi
bangsawan nilai said…

masa duk bujang dulu, aku ni bnyk skil termasuklah skil memasak.
tapi sjk dh kawin ni, semua skil dah berkarat la...ha ha
Lady Windsor said…
irfa
kan..groom dak abam tu leklok eh..esok saham tinggi ooo..kikiki
Irfa said…
#QasehnyaRania..
okey...give me 5 ;)

#BangsawanNilai..
skil kena asah semula bagi tajam

#KakLw..
hantar kursus kat winsor boleh?

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')