Friday, March 15, 2013

En Kuning,Jam Saya Dah Pukul 1 Pagi Tau

Malam tadi (ekceli bukan malam,dah pagi pun) aku tetiba hangin dengan 'encik kuning'.Dulu aku adalah pengguna setia Wilayah Biru (10 tahun jugaklah aku setia) tapi sejak beberapa tahun lepas beralih arah kepada EnKuning sebab terpengaruh katanya lebih murah..Opss..dalam Nuffnang pun ada iklan yang ditaja oleh En Kuning.TQ.(pun ada citer tentang Nuffnang..kendian la citer).

Alkisah..malam tadi tertido awal..sedar2 jam 12.30 malam..turun bawah kemas menan anak,sampai ke bawah tangga di sepahkannya.lipat kain yang menggunung atas sofa..pastu dah tak boleh tido.belek2 henpon ada lagi kredit rm5..hati di cuit2 nak bukak fb (aku guna prepaid) so gatai tangan langgan internet.ambik yang paling murah le RM1 utk penggunaan 1pagi-7pagi (konon nak intai kisah kawan2 kat Fb je)  

Okey..nak share antara pakej internet bagi prepaid yang di tawarkan ialah:

  • Daily 100mb 1-7am(RM1)
  • Daily 150mb (RM3)
  • Weekly 600mb (RM15)
  • Monthly 600mb (RM30)
  • Monthly 2GB (RM48)
  • Monthly 5GB (RM68)

antara yang aku selalu langgan ialah Daily 150mb (RM3) dan Monthly 600mb (RM30).Tapi bulan ni tak langgan yang bulanan sebab rasa macam tak perlu.

Masa tu jam dinding aku dah kul 1.02 minit so aku selamba on packet data dan tekan FB..lama duk hang je,stres jap.dan hati adalah sedikit cuak (tetiba).terus check baki 'makkkkkkkkkkkkkkk' tudia...abis kedit aku rm4 dipotong.dalam hati terfikir 'jam aku dah kul 1.02 minit pagi..entah2 jam kat dinding EnKuning belum pukul 1.00 pagi'.huhu.

Pagi ni..call EnKuningCentre..konfem,katanya mengikut rekod diorang 'puan dah surf internet sebelum waktunya.dalam rekod,puan dah surf jam 12.58 malam'.uwaaaaaaaaaaaaaa...salah siapa ni?walaupun cuma rm4 tapi kalau tambah lagi 90sen boleh dapat Crispy Wrap Chicken & Cheese dari Hot&Roll..hehe

Tapi kan EnKuning,Jam Saya Dah Pukul 1 Pagi Tau ,jam enKuning yang lambat kot.hihi (nak jugak menang tu)

diperkenalkan ,En Kuning

'HAI..SELAMAT HARI JUMAAT'
HAPPY WORKING YE'


# kata Ajaa 'jangan marah tau..nanti hujan'

19 comments:

zie-shah-zie said...

sabo je la lagi 2minit pun berkira..jgn marah ye nanti ujan hehehe

Zaitun said...

Salam ziarah...kak Zai pun guna en kuning...hehehe...

kakchik@ella said...

Kc tak pernah guna En. Kuning. hehehe.

Acik Erna said...

assalam dik..semua encik2 tu makan duit he he..tapi nak buat macam mana kan..kita perlukanya..nanti kita buat sendiri

aQu Mad said...

kuning kuning .. kenapalah kaler dia kuning ..ekeke

chekmud said...
This comment has been removed by the author.
chekmud said...

guna unifi , bila2 masa blh on9... lajuuuuu lagi...kihkihkih

faraherda.razalan said...

Beb, ni entri advert ke, entri komplen> Konpius aku. Hahahahaha!

Rinah said...

En Kuning memang tak boleh blah.. haha.. tapi line cantik, surf tenet pn laju.. hehe

Nieda ramly said...

betul tu, jam yang tak berapa betul.

:: Cik Viva :: said...

intenet prepaid mmg penipu, telan duit..huhu

Ema Blog said...

tetiba teringat iklan en kuning kat tv ...hehehe

Daddy Ziyyad said...

Internet prepaid ni, kalau boleh elakkan, elakkan lah..

Kena set jam ikut jam TV1 kot...hahaha

sitiezahim said...

heheh saya mmg tak tau la pasal internet provider kat msia ni..balik kang kena buat kajian before melanggan :D

Tihara said...

saya dah lama tak guna internet prepaid..kalau keluar selalu cari wifi free..problemnya kat tempat saya marrybrown je yg ada..kalau kfc n pizza jgn harap :)

m.u.l.a.n said...

ada kawan pon kata internet prepaid ni tipu..

Papa Mifz said...

sila pakai postpaid...:)

Mak Wardah said...

Akak guna cik ungu maybe bdn dia sli ckit dr en kuning jadi murah sikit kot

shazrina said...

hahaha encik kuning guna waktu negara lain kot ..huhu lambat 4 minit ..