Thursday, March 21, 2013

Kisah Lidi dan Kacang Hijau

Malu pulak aku tengok entri Rumpai Laut tu,apa kita kita apdet satu lagi cerita.Ini kisah anak-anak ye # tahu malu ye,siap tulis bersiri lagi tu.huhu 

Dulu...masa sekolah rendah,rasanya dalam darjah 1 kot.Balik dari sekolah..aku mintak dengan mak aku 100 batang lidi sebab cikgu suruh bawak..zaman aku dulu,belajar mengira pakai batang lidi.huhu.Mak aku ambik penyapu lidi dan potong  batang lidi tersebut pendek2 dalam sejengkal budak kecik.Sampai sekarang aku ingat lagi kenangan belajar mengira dengan batang lidi itu.


gambar dari sini

Malam tadi..sambil baring tengok tv,si abam berkata-kata 'umie,esok cikgu suh bawak kacang hijau 3 gengam'.Pening kepala aku..mana nak cari kacang hijau memalam macam ni?Kat rumah memang aku tak penah buat bubur kacang hijau pun.Setiap hari bekerja,aku sampai umah dah pukul 7.00 malam..en Abe pulak balik keje jam 1.00 pagi.Mana nak cari kedai runcit yg jual kacang hijau waktu begitu?




Kesian si abam,pagi ni aku cakap dengan si abam 'kalau cikgu tanya,bagitau cikgu kat rumah saya takde kacang hijau ..ibu dan ayah saya balik keje dah malam.takde kedai bukak.boleh tak saya bawak lain kali?' harap-harap cikgu terima penjelasan tersebut.

Kenapa lah cikgu tak bagitau minggu lepas ke @ sehari dua sebelum benda tu diperlukan (ker si abam yang lupa apa yang cikgu pesan?) dah nak guna esok baru nak mintak.

Mak aku dulu takpelah..suri rumah.Aku balik sekolah tengah hari,terus balik rumah sendiri..nak apa pun sempatlah mak ayah carikan.Tapi anak aku sekarang..balik sekolah terus ke rumah pengasuh.Dah petang baru jumpa ibunya.

Ingat lagi kawan aku penah citer,anak dia mintak 'tanah gambut' masa dah keluar pintu rumah nak ke sekolah.Mau tak hangen kawan aku tu?

Harap2 cikgu tak suruh abam berdiri luar kelas macam zaman aku dulu...

Sekian,

Luahan Hati Seorang Ibu

10 comments:

Papa Mifz said...

harap cikgu tuh terimalah yer alasan tuh...:)

:: Cik Viva :: said...

tu belum mintak daun pisang lagi untuk kelas seni, nak buat cop batik..hehe

bangsawan nilai said...


si erin mintak belikan kacang hijau gak minggu lps nk bwk sekolah. tauke kedai tu tanya mau berapa kilo?

lupekanje said...

InsyaAllah abam tk kena hukum.. 3 genggam kcg ijo tu blh buat semangkok bubur kacang tu..hehe

nonie said...

kalau dekat2 (dekat tak dekat la... jauh la gak sebnarnya huhu) dgn area umah kitaorang ada gak org bukak kedai runcit 24hours... mungkin boleh pi cari kacang hijau tu... tapi kalau nonie sendiri tak tentu gak nak pi... budak2 ni memang camtu... dah last minutes baru nak bgtau...

combi said...

rindu kan zaman blaja dlu2 :)

anaa said...

lawak bab mintak tanah gambut tu... sabo je la..

||Sis aLeaSaRa|| said...

biar betul tnh gambut he2...

owh kalau saya pun x suka last2 minute ank bthu esk pagi kena bawa itulah inilah..dh kita blk kje kdg2 lewat,mana nk cari brg2 ank nk.kdg2 mmg terpaksa srh ank bthu cikgu mama balik lwt,x sempat nk cr/beli.

#mmg memori juga gunakan btg lidi,kdg2 biji saga merah2 tu ^^

azs yana said...

haha. tanah gambut pun nak ? mintak-mintak cikgu tu terima alasan abam tu akak :)

Nora Karim said...

Tanah gambut? nak buat apa la cikgu tu dgn tanah tu ya...?