Thursday, March 28, 2013

Masuk Lif,Tekan Sendiri

kenal ni?

gambar dari sini

bagus..# tepuk tangan
ye ini lif
boleh didapati dalam bangunan bertingkat
# kalau dah kaya sangat
rumah 2 tingkat pun boleh pasang lif

kisah 1:
bayangkan korang berada dalam lif
dalam lif yang sama ada beberapa orang lagi yang berlainan jantina
tetiba korang terkentut
dan kentut tu bukan jenis yang 'takde bunyi tapi ada bau'
ni yang berbunyi dan berbau
dan ia jelas didengari datangnya dari korang
dahlah orang2 dalam tu memang kena hadap hari2
malu sampai pencen.hihi

apa korang nak buat?
pura2 pitam kah?


kisah 2:
ni kisah sebenar
aku berdiri depan lif sambil belek henpon
lif dah tekan tapi aku tak perasan lif buka ke tidak
maklum khusyuk check status kengkawan kat FB
beberapa detik kendian
aku baru perasan lif terbukak
terus masuk
rupanya ada orang dalam tu
dengan muka kelat
boleh dia cakap 
'ada orang nak naik rupanya,ingatkan lif berhantu tadi
bukak tutup,bukak tutup'

kih kih kih
padan muka aku 

9 comments:

ct cheery said...

hahaha..klakar..tak memasal kena perli..hehe

combi said...

i hate being in lift when alone...huuuu

shida said...

hahahaha.. kan dah kena.... :-)

Cho Zila said...

ha.. ha... kan dah kena.. tuler pasal.... tang kentuttu takper lagi.. adik sepupu akak ada kes yang lagi kronik.. ingat balik mmg gelak ...

Shamsiah Abdul Rahman said...

Boleh tahan gak mulut org yg "menegur" tu.
Ingat lagi citer masa belajar dulu.. ada LIF yg dikatakan "ber#@*%^" kat Bangunan Menara UITM S.Alam..
Faham-faham sendiri sudah la ya..

Papa Mifz said...

hadoi focus betul kat FB sampai tak sedar pintu lif sudah terbuka...haha

Ummi M.I.M.S said...

yg citer #2 tu.. hahaha... sabo jer la.. jgn smpai terkepit pintu lif sudah.. huhuu

zana-norzana said...

yg no. 2 tu kelakarlah..... terbahak2 saya duk membacanya...... tu irfa boleh jugak bukak katup pintu lif tu, saya semalam duk tekan2 tak bukak pun, last2 menapak ke tingkat lima, bila tanya maintenance dia org duk cakap cut costlah kak..... sedihhhh

IndaMarya said...

ha ha ..kan dah kena..tengok lagi phone selalu..