Skip to main content

Rancangan Masak-Masak dan Isteri Mithali

Hai korang..dah sarapan?Hari ni aku bekfes makan 2 ketui kuih yang diperbuat daripada kacang dhal.Vadey namanya..kalau nampak kuih tu kat kafe konfem aku tak pandang kuih lain.Dah tahu cara nak buat tu senang je tapi beli lagi senang kot.Bak kata budak nama Mael dalam Upin Ipin 'murah je.2 singgit'.hehe.Tengok kuih ni tiba2 teringat kat kawan baik yang sedang cuti sakit,akak tu pandai buat kuih vadey ni.Kak A,semoga akak cepat sembuh ye..

Hari ni masih nak berceloteh tentang rancangan tv (maklumlah sabtu ahad mengadap tv je.huhu).Remote kat tangan je takde sapa nak berebut (guna kuasa veto memanglah umie je yang menang.hahaha) aku tekan sana sini dan melekat di AFC Channel..masa tu ada sorang mamat Singapore mengacara sebuah rancangan cari makan di India.Area mana di India itu tidaklah hamba ingat.Nama rancangan ialah Singapore Flavours.mamat tu takdelah hensem pun tapi cara dia mengacara buat aku tak de niat nak tukar channel (harap maklum..muka hensem bukan jaminan rancangan itu menjadi pilihan ramai).

Dia ada menemuramah seorang wanita tempatan,akak aci tu tunjuk cara masak..aku rasa dia memang pandai masak.dia bercerita ramai wanita India buat mentega dan yogurt sendiri.Tapi nak hasilkan mentega tu makan masa berhari-hari sebab buat manual (kacau +cedok +kacau + cedok) jadi hasilnya seciput tapi nak habiskan tak sampai 2 minit.huhu

Paling aku kagum ialah ramai para isteri disana masak makanan tengahari untuk suami mereka dan ada khidmat penghantaran yang khas untuk menghantar masakan isteri tadi kepada suami mereka di pejabat.Kagum tak?korang tak kagum takpe..aku kagum sorang-sorang.

Kata akak tu..diorang masak dalam kul 10 @ 11 pagi..nanti 'tukang hantar makanan' tu datang rumah untuk ambil menu dan hantar ke pejabat suami.Lebih kurang dalam kul 12 tengahari si suami itu dapat makan tengahari dengan menu dari rumah.Khidmat tu bukan takat hantar je tau..siap datang balik untuk kutip bekas makanan tu dan hantar pada si isteri tadi.Servis tu lebih kurang rm10 kot duit kita.

Lagi satu..dia temuramah tukang hantar makanan tu,katanya 'menu yang biasa di masak oleh si isteri ialah dhal.nasi.kari.capati' dan katanya dalam sehari dia menghantar tak kurang dari 40 bekas makanan.diorang susun bekas tu dalam tempat macam kerusi panjang..dan junjung bekas tu atas kepala @ tolak macam kereta sorong tu.

Agak2 la kalau kat negara kita ada servis macam tu sanggup tak para isteri masak dan upah tukang hantar ke pejabat suami?

#dengan rm10 tu baik la suh beli makan kat kafe pejabat je.kos nak hantar lagi mahal kot..ambil kira minyak + tol + masa.hihi

Comments

:: CIKVIVA :: said…
tu nama dia servis Dabbawalas..pakai mangkuk tingkat kan?
Cho Zila said…
akak kagum.. dasat yerk.. nak gak makan air tangan isteri... baguih...
bangsawan nilai said…

irfa,
aku tgh cuba bygkan wife aku hantar lunch dari nilai utk aku yg keje kat KL ni...
Dr K said…
Yup, saya ada tgk dokumentari pasal ni, tapi kat Nat Geo tak silap saya...Mmg ianya big industry di India sana, ada dedicated company yg buat servis hantarkan makanan yg wife mereka masak di rumah
Ina Mohamed said…
hahaha tau tak per...10 hengget tu boleh dapat nasik lauk best jgk tu :p

pernah terbaca (eh, ke ter'tonton') dh lupa...tp kt India jugak, servis hantar susu ibu. mak2 yg bekerja tu pump kt ofis & guna servis mcm ni la hantar susu tu ke rumah/penjaga.
pB said…
tak rajin nak masak ....
emarieys said…
bertuahnya si suami kalau ada isteri mcm ni kan..hehehe
cheqna said…
Rm10 tu dah boleh makan utk 2 orang
Unknown said…
Kat sini pun biasa dengar ada "India" yg buat service mcm ni. Tp utk kaum dia org saja lah.
Sini ramai suku sakat tu, so anything yg blh mendatangkan rezeki.. mesti ada org yg buat.
Hanis Azla said…
salam irfa..

akak pun tgk rancangan tu.. mmg kagum akak dibuatnya.. sebut pasal vadey terus teringat, dah lama tak buat sendiri.. sbb skrg ni lebih rajin beli he..he..
Jari Manis said…
kat malaysia susah sikit rasanya nk praktis mcm tu klu suri rumsh sepenuh masa pun sibuk ngan anak2 khen pastu nk siap hantar ke opis lak, baik mintak usben blk mkn kt umah klau usben koje jauh better mkn lur je. Klau suami isteri keje hihihi yg pasti good praktis gak tu :-)
sweetie said…
Heiii! tak kuasa ahkak nak masak pastu upah org hantar bekal kat hubby! serius Irfa. Dgn kos penghantaran yang mahal tu lagilah... lebih baik suh asben makan kat cafe je dgn duit penghantaran tu... boleeeeh.
Mohamad Fathi said…
Isteri masak bagus... ^_^ T laki dia yg buncit.. muehehehe
Rumah Kuning said…
kita gi kerja, sapa nak masak? sendiri pun mkn di kantin. hehehe
Nong Andy said…
okey.. aku join kagum :)
Irfa said…
#CV..
Oh itu ke namanya
Nampak gaya macam ai je yg baru tahu wujudnya servis ni di dunia
Huhu

#Cho Zila..
Kan?saya pun terkagum bila tgk
Kalau wife masak tak sedap..agak2 bagi kawan opis makan kot.hahaha

#B-Nilai..
Aku pun tumpang bayangkan…dengan jem nak kesana
Mgkin kul 4.00 ptg ko baru dapat lunch.kih kih kih

#DZ..
Mgkin sbb ada permintaan ramai maka ada servis mcm tu
Bagus jugak..sekurang2 ada pekerjaan utk mereka,sebab negaranya tu dahlah padat..ramai penduduk

#INA Ku..
Bagi saya rm10 tu boleh makan lunch 2 hari.hihi
Susu ibu pun ada servis penghantaran jugak?itu saya belum tengok

#KAK PB..
Tak berbaloi masak simple je pastu nak gi hantar
Baik beli jelah kat café opis tu
Irfa said…
# EMA..
Agaknya suami dia spesis tak lalu makan org lain masak
Nak makan yg wife masak jugak 

# Cheqna..
Me too ;)

#Kak Sham..
Oh ada jugak ye?Sama mcm ada blogger tu duk Liverpool kalau x silap
Wife dia masak utk student2 malaysia yg teringin nak makan makanan Negara sendiri.setiap hari dia akan bagitau menu utk lunch dan ada tpt utk collect makanan tu

# Kak Hanis Azla..
Vadey tu mmg simple
Rajin ngan malas je..hihi

#JariManis..
Betul2..
Diorang yg tak bekerja dan rasanya bukan semua yg ambik khidmat hantar makanan tu.hanya utk suami rekues je kot

#Kak sweetie..
Kos nak masak lagi dan campur kos penghantaran
Rasanya lagi banyak kos kot.hihi

#Crew Fathi..
Hai..rasanya kali pertama singgah sini kan?
Nak tgk isteri masak ,sila tengok perut suami?emm
Bukan buncit sebab tak eksesais ke?hihi

#Kak Za Rumah Kuning..
Tu lah pasal..sama2 keje.so sama2 paham la

# Nong Andy..
Meh kita kagum berjemaah ;)

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')