Skip to main content

Rindu Bertamu di Abu Dhabi:Cara Mengorat Terbaru dan Suami..Tolong Jangan Berahsia Dengan Isteri


sinopsis dari sini 

Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi mengisahkan tentang liku-liku hidup seorang lelaki bernama Firdaus (Fahrin Ahmad). Firdaus mengalami konflik keluarga dan cinta. Ain Farohah (Tasha Shila) seorang wanita yang difitnah bersekedudukan sehingga ditangkap khalwat dengan Firdaus (Fahrin). Firdaus dan Ain terjerat dengan rancangan Faiz (Shahrizal Jaszle) sehingga kedua-dua mereka dihalau oleh bapa Firdaus, Haji Ilham (Dato Rahim Razali). Bagaimanapun, Firdaus bertanggungjawab ke atas Ain dengan menikahinya dan berhijrah ke Abu Dhabi lalu bekerja sebagai jurutera kanan di sebuah syarikat swasta. Fareez (Aiman Hakim Ridza) sebagai adik bongsu kepada Firdaus dan Faiz berusaha untuk menyatukan kembali keluarga mereka. Fareez juga sangat cintakan Meera (Elyssa) walaupun Meera mempunyai kisah silam yang negatif.

Sebenarnya, Firdaus telah terlebih dahulu mencintai dan bertunang dengan Fatin Zaharah (Fouziah Ghous). Dapatkah Firdaus mencintai Ain Farohah seperti dia mencintai Fatin? Mampukah Fareez menyatukan kembali keluarga mereka?Dapatkah keluarga Firdaus bersatu semula? Saksikan drama yang penuh dengan konflik kekeluargaan dan cinta ini dalam Slot Akasia TV3.


baru 2 kali tertengok drama ni
# maklum waktu siaran adalah 7.00 malam
waktu sibuk2 bagi ibu
nak masak..nak solat..nak ajar anak ngaji.huhu

tapi ada 2 benda menarik perhatian aku malam tadi

Cara Mengorat Terbaru:

kalau ada sesapa yang kamu rasa berkenan
follow dia dan pastikan masa dia tengah pegang henpon
korang buat2 terlanggar si dia
pastikan henpon itu tercampak dari tangan dia
pastu..korang cepat2 ambik henpon itu
dan mendail nombor henpon korang
konon nak pastikan telefon si dia tidak rosak
so..korang dah dapat nombor tepon dia
malam tu..apa lagi cuba lah nasib
sms/call
mana tahu kamu bernasib baik
#Adam langgar Fatin (Fouziah Ghous) dan henpon Fatin jatuh
Adam ambil dan dial no dia sendiri
konon nak pastikan henpon Fatin tak rosak
malam tu Adam call Fatin.
sweet je.hihi 

Suami..Tolong Jangan Berahsia Dengan Isteri

kata nak pegi London urusan kerja
padahal terbang balik Malaysia
konon taknak isteri terasa hati
bukan ke ko niat balik Malaysia
nak ziarah nenek yang meninggal?

ada pulak mulut tanya si isteri
'kenapa tak ikut suami balik Malaysia?'
kan dah kantoi di situ
niat dah baik nak ziarah nenek meninggal
tapi sebab berahsia
si isteri dah fikir bukan-bukan
kan bagus kalau berterus terang?
kenapa nak tipu isteri?
isteri tengah mengandung pulak tu
sedey wei

lagi sakit hati
bila isteri tanya 'macam mana London?'
buat2 bercerita suasana London konon sejuk sangat
padahal isteri saja nak test

selalu aku dengar si suami berkata
'abang bukan taknak berterus terang
tapi taknak sayang fikir bukan2'
pui..alasan tak boleh blah
niat tidak menghalalkan cara lah

sebenarnya berterus terang itu lebih baik
nak marah ke nak hapa ke
biar pada masa tu je
dan yang ditipu pasti takkan lupa betapa sakitnya ditipu

tetiba emo.huhu
# tak sabar nak tengok episod hari ni
apa alasan si suami bila dah kantoi

Comments

combi said…
x tgk citer neyh sbb tgk cucu menantu kat ria..huhuhu
Qashmere said…
betul tu..berterus terang lebih baik..
Anaasuria said…
haha.. jangan langgar tepon orang terus henfon terbarai dah le.. hee..
*SiRibenMerah said…
relax2.. hehehe..

best layan fahrin kannn...
Yunus Badawi said…
Hero tu mengada2. Menyusahkan diri sendiri dan org lain. Kalau nak balik tengok nenek yang sakit tenat dan rindukan dia, beritahulah org2 tersayang. Taklah risau mereka. Nasib baik sempat jumpa nenek sebelum dia menghembuskan nafasnya yg terakhir.
ZieMarziah said…
cerita...xde konflik xde kemuncak x syok la:)
Unknown said…
terbawak2 ngalahkan pelakon pulak..heheheh
Irfa said…
#Combi..
Oh dah serik layan sinetron bertajuk Putri Yang Terbuang,Intan,Nada Cinta.
Bila kuar drama Cucu menantu mmg x follow dari awal sbb dah terjebak dgn drama Korea.huhu

#Qashmere..
Ye betul..tak payahla nak bagi 1000 alasan

#Anaa..
Kah kah kah
Ye tak ye jugak..kang tak pasal kena mengganti
Henpon org sekarang semua rega ribu riban

#SiRebenMerah..
Minat jugak dgn dia ;)

#YB..
Saya baru je follow
Memula tu mcm pelik pulak apesal mamat ni keras hati sgt
Lepas adik citer sinopiss..baru tahu sebab musabab dia jd mcm tu
Oh sy miss part dia sempat jumpa nenek.tertengok dah part dia kat kubur je
Oh sempat la jumpa nenek sblum mati.oklah tu
Eh!macam real pulak bercerita ye

#Zie..
Hehe..saja kan nak buat org tertunggu
Satu keje pun tak jadi nanti

#Diana..
Over kan?Malunya kita ;)
sitiezahim said…
hahahah lawak2 ayat2 yang last tu..terbaik..kikiki
bangsawan nilai said…
kengkwn pompuan ofis aku komennya hampir sama je
'untung la dpt laki kaya, baik, hensem mcm firdaus tu...'
hahaha
:: CIKVIVA :: said…
tapi kalau yang jatuh itu note II, mesti rasa nak sekeh je..hehe
Unknown said…
Assalamualaikum :) Jom jom visit blog Dibah, nak introduce satu produk best punya. Hihihi.

http://dibahspa.blogspot.com/2013/03/natural-aqua-cure-gel-best-exfoliater.html


Thank you Puan Irfa :)
Yunus Badawi said…
Adik dia yg no 2 tu yg nak jatuhkan dia sebab dia tu anak angkat kalau tak salah saya. Tapi nenek dan emak dia sayang kat dia. Cuma bapaknya aje yg termakan dgn fitnah anak no 2 tu.

Anak no 3 tu baik dgn abgnya. Itu sebab dia susah payah cari abgnya sampai ke Abu Dhabi. Bila dah jumpa, abgnya tu boleh buat layan tak layan aje.

Ha'ah dia sempat jumpa neneknya.Bahkan dialah satu2nya yg berada di sini neneknya semasa neneknya menghembuskan nafas terakhirnya.
Yunus Badawi said…
Kalau nak tengok dari awal boleh ke Tonton.
Jari Manis said…
alahhh x layan cite melayu jd x tahu pun ada citer ni teruk x JM ehehe
Siot je Irfa...tak menahan akak baca....terus terkomen.

Selalu baca juga...tapi dah penat jadi SR...terpaksa juga menjelma kan diri kat sini...ampun sepuluh jari

Segan sebenar nya...kita tak ada blog....asyik baca blog orang je..apa pun kalau nak cari kawan tak salah kan irfa....selamat berkenalan irfa....eh betul ke bahasa kan diri kakak ke aunty..ah tak kesah lah mana2 pun boleh.
4feet8 said…
hehe..cemana kalau enpon ada password tu..? hehe
aNIe said…
Irfa...akak pun tak tengok drama tu...waktu tu tgh sibuk kan...?
Nieda Ramly said…
tak sempat tengok...padahal teringin . masa puncak mak2 nak uruskan anak2.
fieda said…
pas habis setia hujung nyawa tak tgk pun drama ni lagi..
shida said…
drama ni dilakonkan kat kampung mak saya.. :-) Tp betul la... geram sgt kat laki dia tu.. nak jaga EGO punya pasai... dok bohong bini. Seb baik adik bini tu mulut bleh tahan jugak lasernya... yang lagi tak tahan.. pasai apa dia hgatai nak salam ngn fatin tu masa nak balik ke abu dhabi. Kata baik.. cessss
Irfa said…
#Sitiezahim..
Huhu..Tahu tak,semalam sy smpi rumah jam 7.15 malam..so dah miss part sambungan tu..ada sesapa boleh bagitau saya taka pa si suami tu cakap pasal penipuan yg dah kantaoi itu?emm mgkin saya jenguk kat Tonton nanti

#B-Nilai..
Hehe statement tu lelaki dengar mmg berasap telinga.Mmglah untung..dahlah kaya,henem dan baik pulak tu.Bukan semua yg boleh dapat dlm satu pakej lengkap ;)

#CV..
Pergh..ada yg dapat 5 jari nanti..hihi

#Dibah Shokri..
Welcome ;).
Insya Allah saya datang..tq singgah sini

#YB..
Ni yg best ni..ada orang tolong explain.hihi
Nampak gaya saya kena follow smpi abis la ni.huhu
Geram sgt dgn si Shah Jazle tu.huhu

#JM..
Saya pun jarang layan drama melayu sbb tersangkut dengan drama korea
Huhu

#KAK SHARIFAH..
Welcome to myblog ;)
Kena buat pulut kuning ni sebab akak sudi dtg teratak saya
Selalu kita selisih kat blog kaknet je kan.Akak tulislah blog..mesti seronok di baca ;).Tulis je apa2 pun..mcm blog merapu saya ni

#4feet8..
Oo paksa dia bagi password.kalau x bagi emm mesti ada seswatuh tu
Hahaha

#kak Anie..
Emm tertengok dan terus terlekat.huhu

#Nieda..
Mmg waktu itu adalah time sibuk wpun bagi saya yg xde baby kecit ni.hihi

#Shida..
Wah cantiknya kampong mak awak.
Ye part salam tu saya tak paham..emm adakah cinta masih berbaki?X sabar tunggu ending
Cho Zila said…
tuler dalam hubungan terus terang adalah yang terbaik... jangan fikir gitu gini... nanti jadi alasan tak boleh blahkan..
shida said…
erm... kan bini dia tu sakit.. nanti bila bersalin, mesti mati.. lepas tu dia akan kawin balik ngn fatin... rasa2nya la... kikiki...
Nora Karim said…
Mmg tgk episod ni dr awal... mujur ada astro pvr.... record then tgk lewat mlm atau pagi esoknya.. hahah

Rasanya firdaus kawin dgn fatin juga kot?

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')