Skip to main content

AFC (asiafoodchannel),Oink-Oink dan Pemanggang Ajaib Idaman

Salam Hari Jumaat untuk semua hadirin dan hadirat sekelian (wah!macam baca khutbah jumaat le pulak ye.hihi)

Rasa minggu ni cepat berlalu..pejam celik pejam celik dah jumaat..seronoknya esok Sabtu/Ahad boleh jadi surirumah main masak2/kemas2/baring2 tengok tibi sambil geletek2 anak..hehe.Lagi best kalau petang-petang tu ada orang ajak cuci mata kat shopping mall..hehe

Sekarang ni aku suka sangat tengok rancangan masak-masak kat tv.selalunya bila bosan dan belum waktu siaran drama korea pilihan aku,suka tukar channel AFC (asiafoodchannel).kekadang tengok Anna Olson buat pastri,kekadang tengok Jamie Oliver masak campak-campak kat dapur dia,

Diorang masak macam senang je 'kukus grill panggang,kukus grill panggang' tapi nampak sangat menyelerakan.Tapi aku selalu rasa macam nak baling remote kat tv sebabnya diorang suka masak 'binatang kaki pendek si oink-oink' tu.huhu.Nak buat macam mana kan.dah itu memang makanan dia..

gambar adalah dari SINI
Sekarang ni macam fenomena setiap rumah kena ada pemanggang ajaib.Kata mereka 'senang masak pakai pemanggang ajaib ni,menyihatkan sebab tak perlu guna minyak..nak makan ayam/ikan bakar pun senang..tenggek je atas dapur' (sesuai untuk yang takde electric oven macam aku kot).Membaca testimoni itu maka aku pun teruja untuk memilikinya.

Saja la gatai google..rupanya banyak jenama pemanggang ajaib ini dan harganya pun bermacam2 juga.ada yang murah,mahal sikit dan sangat mahal.hehe

kata orang pemanggang ajaib ini sangat murah di Langkawi Pulau Bebas Cukai itu.Dapat seketui bagi mak ayah kat kampung bagus ni.sebab ayah aku suka sangat masak bakar-bakar ni.Dulu penah belikan yang pemanggang berpusing tu.Contoh seperti gambar di bawah:

gambar dari SINI
tapi yang dalam gambar ni rm38 je
yang aku beli mahal sikit rm70
Kemain suka ayah aku dengan pemanggang ni..'ayam/daging masak sekata' kata ayah aku.Tak payah susah2 membakar pakai dapur kayu arang.Ops..tetiba teringat daging bakar salai buatan ayah..# telan air liur di pagi jumaat yang hening

Comments

Unknown said…
Hehe...macam sedap je bunyi daging salai tu ek??
Anonymous said…
mmg hot item skang ni hehehe
Cho Zila said…
nak jugak.. nak jugak .. akak tak belipun lagi... teringin gakni... kena survey...
Rumah Kuning said…
saya dah guna pemanggang ajaib ni sejak 2,3 bulan yg lepas. memang senang keja. hari2 boleh mkn ikan, ayam bakar. tapiiii.... bagi saya lah kan, bakar dgn arang lagiii sedap. betul tak tipu. tapi, ada tapi lagi nih. kalau nak bakar guna arang, mahu setahun 2x jumpa ikan ayam bakar, jadi kita lupakanlah arang tu, guna jelah pemanggang ajaib nih. senang citer. sorry, terpanjang pulak.
Alinlai said…
kukus gril panggang... kukus gril panggang... kukus... ;)
:: CIKVIVA :: said…
tulah..same gak kat opis ni tgk buku masakan Jamie tu macam sedap, bila tengok bahan2 mesti pkai pork, terus hilang selera...choi
Acik Erna said…
masa pi langkawi tu..isteri abah zino beli satu..yang paling besar dibelinya..bila akak dah kempen kat dia..tapi akak sendiri tak beli he he..kuali flip on cosway dah ada..sama je kan..cuma kecik sikt..tapi sebelah ayam boleh dibakar dalam tu
Kakzakie Purvit said…
Guna kuali ini juga jimat minyak. Kalau yg takut kolestrol laaagilah bagus guna ini. Memang sekata panasnya itu yg org suka...
yana M said…
dah lama ngidam nak beli nih..adess bila lah nak p langkawi ni..
ellynadyra said…
pemanggang ajaib...byk dengar cite, tapi tak pernah beli lagi
Shidah Rasid said…
saya pun ada pemanggang ini...kerja pun jadi mudah dan pantas

Popular posts from this blog

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')