Skip to main content

Beza Mereka Dan Kita

Antara hobi aku selain dari mengadap drama korea ialah memerhati gelagat manusia.Dalam keta pergi dan balik kerja pun aku boleh melihat dan mengkaji drama kehidupan.Perkara yang menarik hati aku dalam perjalanan balik keje semalam ialah 2 orang lelaki (warga bangladesh memakai kemeja dan pelikat..menjinjing plastik besar kiri kanan) kebetulan kereta berhenti di traffic light,so aku sempat jeling barang dalam plastik tersebut (very de kepochi kan?hihi) aku nampak dari jauh ada bawang holland,kentang,tepung.Untuk pengetahuan korang,aku tahu diorang berjalan kaki hampir 2 km dari tempat tinggal untuk ke pasaraya tersebut.Diorang ni tak  kisah pun jalan berbatu,cuba kalau kita?Sedikit contoh beza mereka dan kita:

Kita
  • kalau ke kafe,ambik nasi..lauk dan sayur
  • kalau nak kekedai tak sampai 2 blok dari rumah pun sanggup start engin keta
  • keje dalam aircond.sejuk sampai ke tulang sum sum,balik umah..masuk je terus on ekon
Mereka
  • bila makan cukup dengan nasi menimbun,kuah kari dan sebiji telur
  • jalan kaki berkilometer selamba je..paling hebat pun naik basikal
  • kerja sapu sampah,buat bangunan,berpanas terik ditengah hari

Kita memang manja sebab kita berada di negara sendiri.Ada orang yang aku kenal,konon nak cari side income..aku cadangkan dia buat part time kemas bilik kat hotel sebelah umah dia tu..takpun buat part time kat PizaHut tapi dia punya respon 'malu lah..nanti terserempak dengan budak opis..kalau kat oversea takpe..takde sapa kenal..nak keje cuci lantai @ kutip stoberi pun takpe..takde sapa kenal kita'..dalam hati aku mengiakan kata-kata itu.hehe

Satu lagi kalau keje kat negara yang matawang lagi tinggi dari kita,pastinya bayaran pun lebih.Kutip stoberi dibayar pakai PoundSterling okey gak.haha..1GBP =RM4 lebih takpun bayar pakai Euro.

emm..pepatah berkata 'hujan emas dinegara orang,hujan batu di negara sendiri..lebih baik dinegara sendiri' tapi kalau tukar macam ni best jugak 'hujan emas dinegara orang,hujan batu di negara sendiri,pegi negara orang kutip emas itu bawak balik negara kita'.

Pendek kata (panjang tak kata apa,okey..itu lawak Jozan dalam Lawak Ke Der)..dimana-mana pun ada pro dan kontra.Yang duk oversea pun banyak 'kisah pahit' cuma tak citer kat blog..tulis 'yang manis' je tu pasal kita yang membaca macam 'wah!seronoknya duk obersea..dahlah sejuk,boleh baring-baring atas salji' (padahal kalau ke oversea dimusim salji ..sejuk beku nak buat apapun malas.nak keluar dari bilik hotel pun malas..nak keluarkan kamera ambik gambar pun fikir 16kali)

eh!apa yang aku merapu ni?macam dah keluar tajuk je,layannnnnnnnnnnnnnnn  (^_~)

Comments

Unknown said…
citer korea lagi...hehehe
Jari Manis said…
sbb tu org luar hidup panjang mereka sihat..org kita umur pendek coz makan nak sedap jek..pastu mcm2 penyakit..ehh..betul ke heeeeee
ibuVouge said…
kan.. kenapa kita tak buat cam tu eih..ehe
Rinah said…
Rinah pun suka memerhati gelagat orang.. especially dalam pengangkutan awam [bas].. hehe~
Dr K said…
Betul, nak di ikutkan, warga bangla di sini mmg rajin, amjoritinya...yg dari indon, myanmar...yg ni jenis pandai dah mintak MC selalu...
NenetPenne (NP) said…
sebab tu depa sihat.. keluar peluh semua bagai...

pegi melancong oversea tak sama dgn bermastautin kat sana...

apa salahnya kalau buat part time kerja kemas bilik hotel atau jadi waiter kat pija hut? tu rezeki halal bukan suruh pi kerja kat lorong haji taib pun....

tu dinamakan malu tak bertempat... what to do, lain orang lain tahap pemikirannya.... akak ni kalau larat nak jer kerja kat toll tu..jadi toll gate girl...

Ati Masrif said…
kalau kita kat obersi pun ...mesti
rajin mcm depakan

mcm nurse yg kerja kat negara arab
yg sanggup berpisah dgn fmly demi mengejar gaji tinggi
Liz said…
kak, rumah saya takde ekon. hehehe.. tiba-tiba je kan?
happyichigo♥ said…
Helllo! Lama tak jenguk kak irfa..
Betul la org bangla klu makan mesti nasi menggunung, kari banjir dan telur sebiji..dulu tempat dira kerja, time diorang makan mesti mengadap hidangan ini...

Dulu pernah keje pt kat pizzahut, time study dulu..best! Dapat pengalaman, dapat kawan baru, dapat kenangan, dapat makan piza free..hihihi
sitiezahim said…
salam irfa. yep mmg setuju dengan pendapat irfa tu. foreigner kalau dr india, bangla mmg cermat dlm gunakan duit, sbb mereka tau susahnya nak dapat duit..huhuhu
Rumah Kuning said…
lagi satu beza, diorang kerja, kumpul duit. kita kerja, meghabiskan duit.. hhe
bangsawan nilai said…
diorg ni nak save bajet, masak sendiri. kita ni bila malas masak, tapau je...
Tie HT said…
ralit akak baca entry ni..bangla ni kan, sabun mandi pu dia mintak tawar harga..apa pesen tak tau :)
Unknown said…
Memang betul tu..

Org ingat bila dah dok obc.. semua best. Tho Kuwait xda salji tp musim sejuk kami masih mampu cecah sehinga single digit.

Anak p sekolah dengan baju tebal, senang demam & selsema.. time tidur malam nak kena pakai stokin. Then kalau heater tetiba out.. dok gigil sampai nak gerak pun x boleh.

Then musim panas yg mampu cecah 58C. Rasa macam dah terbakar kulit seluruh badan.

Then, andai kata ada sakit atau kematian di kampung halaman. Jauh dari sedara mara.

Tapi standard la.. takkan nak cerita semua yg x elok kat blog kan kan..

Ya ampunnnn Tuan Tanah.. emo la pulak.
wakgelas said…
been there done that - singapore, the US.. uHHuuu
Irfa,

baru haritu nampak mereka bawa cangkul bersih longkang depan rumah di taman ... kita intai balik tabir ... entah apa hal tetiba terfikir ... alangkah baiknya kalau professionals dan yang berkerjaya besar di Malaysia ni kadang kadang buat part time free kerja ni selamba je ... pendek kata (hehe)... latih hati ... sorry Irfa bermimpi ...

:)
aizamia3 said…
belum pergi luar ng memanglah rasa seronok.. cuba pergi dan rasa keadaan kat sana..
tapi kalau dapat bawak balik 'hujan emas' kat negara orang balik ke negara sendiri.. wah.. jangan tanyalah nak buat apa lepas tu ye dak.. ;)

buat apa nak rasa malu kalau nak wat side income dengan kerja part time macam tu.. yang susah kita.. yang senang pun kita.. orang hanya pandai berkata-kata.. ;)
||aLeaSaRa|| said…
hye irfa!yelah kt psr malam akk mmg pelik tgk dorg beli bwg bsr punyalah byk,n satu kampit beras,satu tray telur,serbuk kari wajib!

pnh husbd akk tya n slh sorg tu kata "dtg msia mmg mau kaya,htr duit byk2 kt kg bg ank bini hdp sng,saya kt sini takpe makan apa ada,janji tenaga ada mau buat kerja"
ZieMarziah said…
bawang tetap ada!agaknya kalau sehari tak makan bawang boleh parkinson diorang ni hehehe
Unknown said…
salam,
x payah tngk smpai warga asing tu. Cuba fikir n ingt blk keadaan mak bapak kite dolu2. Betapa depa susah payah ikat perut. Sbb mereka kerja guna kederat mereka sihat ketua. Kite skang nie pns sikit x blh, susah sikit x blh. Manje sngt.
#entah apa2lah sya merepek#hrp faham#
TQ

Popular posts from this blog

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')