Skip to main content

Pilihan Di Tangan Kita,Boikot Katanya

Assalamualaikum..Selamat Pagi dan Good Morning semua...

Hari yang ceria..takde istilah Monday Blues ke hapa pagi ni..semuanya berjalan lancar bermula dengan bangun jam 6.15 pagi (kunci jam 6.00 pagi tapi extra time 15 menet) 6.15 bangun,masak air,kejut si abam..mandi solat subuh,bersiap,buat sarapan roti celup telur untuk abam..dan sidai kain (basuh kain malam sebelum tido).Jam 7.05 semua dah selesai..masa keluar rumah jam 7.10 menet.kenit masih lagi sedap tido dengan ayahnya..jalan sikit sampai simpang depan,member yang aku tumpang pun sampai.Gembira kalau setiap pagi macam ni..takde sesi kelam kabut (kalau tido awal,bangun awal..kalau bangun lewat semua huru hara la jawabnya) 

Sampai opis..On komputer..rendam green tea dalam cawan,buka emel..bersarapan dengan bekalan dari rumah..makan kat meja je (lupa ambik gambar dah masuk mulut.huhu)

Bercerita bab makan..masuk minggu ni genap minggu ke3 aku tak membeli kat kafe sebelah.Cukup2lah aku membebel bab makanan mahal tak padan dengan rasanya.Aku rasa tak guna setiap kali membeli dan membebel perkara sama.Duit di tangan kita dan kita sendiri yang membuat pilihan.Kalau betul tak puas hati,tak payah merungut di belakang..Tokey tu bukan dia kisah pun kita membebel dan kutuk dia kat belakang.Dia tetap jugak kaya sebab hari2 orang datang membeli,kita juga dapat dosa free sebab mengutuk dia.

'ambik benda sama hari-hari tapi harga semalam tak sama dengan hari ni'

'mahal tak kisah lagi..lauk pagi tadi sampai petang ada lagi'

'ambik sikit pun sama je macam yang ambik banyak'

so malas dan penat mulut nak membebel,baiklah aku stop dari ke kafe itu.Kalau rasa nak ubah selera..menapak sikit ke terminal,selain dapat makan..cuci mata juga melihat gelagat manusia.hahaha.Alah..setakat sorang dua yang boikot,bisnes dia tetap berjalan cam biasa..tak gitu

DUIT KITA,PILIHAN KITA (^_~)

# sarapan apa pagi ni?

Comments

Unknown said…
aku sarapan sihat sikit pagi ni.. oats+protein powder.. ada orang komplen..perut aku makin maju.. wakaka..
Acik Erna said…
kat tempat yang kita selalu makan tu ke..dah tukar orang lain ke dik
izawani said…
Hehehe... akak ingat akak nak makan banyak... tapi banyak sayur... ok kot ? Murah skit... Lauk ayam atau ikan ker apa ker jangan makan kat kedai... beli masak kat umah kalau teringin sangat. Kat kedai makan telor ker apa jer yer... murah skit...

p/s : Diet sebenarnya !
Nieda Ramly said…
mee kari jiran bagi...
-Sara- said…
kita makan biskut kering je pagi nii :(
:: CIKVIVA :: said…
puasa arini...alhamdulillah..sebab malam tadi termakan banyak...hehe
JunAina said…
Sarapan pagi ni milo secawan biskut sekeping tengahari laju2 gi cari makan...lapar!
lupekanje said…
igtkan pagi td nk amek nasik kerabu, tetiba terambik megi goreng..huhu..
Unknown said…
tak kisahlah kan..apa2 pun pilihan ditangan kita..klau hari2 sakit hati makan kat situ,baik cari tempat lain
Yunus Badawi said…
Kempenlah dgn kawan2 sama2 boikot. Kalau dah ramai yg buat mcm tu baru tauke tu terasa.
Yunus Badawi said…
Hubby sambung tidur ke masa Irfa keluar kerja tu? .... huhu
Jari Manis said…
Ye setuju sgt..duit kita..pandai2 lah buat pilihan kan..

WAh..mmg powerlah bangun 6.15 tapi mcm2 boleh buat..JM yang bagnun 6.15 jgak..kul 6.50 kuar umah..tak sempat nk sediakan sarapan ke apa ker..mandi, solat dan siap pegi keja je..cayalah..
Sbnrnya, bukan ko je ademslh kedai mahal mcm ni. Aku pun. Sebab tu aku tak suke nak beli tmpt yg aku tak suke.
Ratu Hatiku said…
Betul tu..akk kat ops nie pun kdg2 sggup tahan lapar dr mkn kat luar..
Unknown said…
ingtkn tajuk entri pasal PRU. Rupenye psal rutin harian. Heheh....

Popular posts from this blog

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')