Skip to main content

PM (Private Message) dan Postage

# sejak minggu lepas,aku sibuk menziarah blog2 jual barang online.Kain baju,kain ela,telekong,baju budak,kerepek,segala jamu mak nenek pun ada dan macam2 produk lagi.Pendek kata macam iklan Astro 'macam2 ada' hahaha.Dan aku masih masih berfikir2 tentang satu perancangan yang masih  berlegar-legar dalam otak.hehe

Dalam dunia 'segalanya dihujung jari' dan 'dunia tanpa sempadan' ini..tak payah start engin keta dan susah-susah cari parking..kita masih boleh membeli belah.Janji kita ada duit dalam akaun @ kad hutang.hehe

Aku pernah melawak ngan sorang akak opis sebab dia pantang nampak sesiapa meniaga kat opis,mesti dia beli sebabnya dia jenis cepat kesian...katanya 'dah memang rezki dia hari ni'.Kalau aku jual barang pun,dia antara orang yang wajib beli..hehe.Ada sekali tu orang jual bawang goreng ..aku cakap ngan dia 'kak..agak2 kalau saya jual ikan bilis dan bawang putih yang dah siap kopek kulit ..ada tak orang beli?'...dan ada juga yang beli tudung/baju/kain ela dengan kengkawan opis tapi curi-curi bawak balik rumah..tak boleh bawak balik sekali gus,minggu ni bawak balik selai baju.minggu depan bawak balik selai tudung sebab taknak en suami bising.kelakar kan?padahal duit sendiri tu..think positif,si suami tak suka si isteri membazir.hehe

Okey..satu trend orang berniaga online (fb la selalunya) diorang akan tayang gambar dan bawah tu tulis 'HARGA SILA PM'..kenapa kena PM?kan senang kalau letak je harga kat gambar tu...senang nak buat kira-kira.Tapi ada orang kata Pm(PrivateMessage) tu sebagai strategi pemasaran.Yelah,bila dah saling berbalas message tu nanti jadi lebih mesra..mana tahu dapat rega lagi murah.hehe

Satu hal lagi tentang POSTAGE aka KOS POS..selalu ditulis 'harga tidak termasuk kos pos' itu pun aku kurang suka..padahal sama je..rega barang bila dah campur kos pos sama je.

Sebabnya kalau aku tengok barang online contohnya tudung RM40 (tidak termasuk postage) dan bila campur postage RM7 ..dah jadi RM47..tetiba aku rasa mahal.Apa kata kalau letak je siap2 harga termasuk postage (RM47 termasuk postage) aku dah nampak je RM47 aku dah boleh rasa mahal ke murah.Korang paham tak maksud aku?

Setelah di kaji balik,kos pos boleh di potong bagi pembeli yang duduk dekat dengan tempat tuanpunya kedai online,dia tak payah bayar kos pos,nanti set la nak jumpa kat mana-mana...depan simpang ke,tangga lrt ke...untuk pass barang.Jimat juga di situ.Tapi kalau tuan kedai duk Nilai dan pembeli duk Tg Karang..nak jumpa kat Putrajaya pun kos minyak lagi mahal dari kos pos la kan.hehe

Teringat dengan satu artikel penah baca tentang punca rezki


aku nak jual bawang putih dan bawang merah
dah siap blend ye
sapa nak beli?cepat PM.
hahahaha
gurau je ye
(^_~)

Comments

Ann Ishak said…
nak tanya jugak harga termasuk kos pos tak hihihi (^_~)
Dr K said…
yup, saya pun sebenarnya kurang suka online seller yg minta kita PM mereka utk tanya kan harga barang...Tu sebab kat FB wife saya, harga mmg kami letak terus....telus gitu..:)

rajin2 lah beli macaron ...hahahah
https://www.facebook.com/pages/Dreamy-Treat-Macaron-Cakes/131872503661300
emarieys said…
berniaga..berniagalah dgn ikhlaskan..pernah hantar brg pada customer kat nilai..tapi tak charge pun minyak...janji customer puas hati
Aidah said…
Akak pun tengah berfikir2 nak meniaga ni Irfa. Ada kawan baik akak dari KB suggest jual serunding daging lembu tempatan.
Ratu Hatiku said…
betul tu akk pun xsuka bila meniaga xbagitau hrga dalam tu pastu nak kena PM bagai..kan bagus ltk je harga direct...
glazsliper said…
betul tak suka bila nk bli kna pm pm pm..
Yunus Badawi said…
Kalau nak COD bawang merah dan bawang putih yg siap blend tu kat mana ek? .... hehehe
Yunus Badawi said…
Anak saya pun ada berniaga kain kapas online dgn nama sweet little cotton. Dah ramai pelanggan dia sekarang. Seronok pula tengok dia dok uruskan bisnes online dia tu.
Nick Nashram said…
saya x suka shopping online sbb x puas hati kalo x try on baju kat badan :)
happyichigo♥ said…
Haaaa nyampah tul yg kena pm untuk tanya harga...
Eh bagus cadangan kak irfa buat bisnes bang dah kopek,..kikiki
paridah said…
yg susah tu nk mula meniaga irfa...dh mula seronok dpt duit bnyak...
Aisy Nasiha said…
Nak beli la kalau ada orang jual online ikan bilis ..haha..mmg dasar pemalas saya ni.. Elok juga bli online, tak ada orang usik anak kita..

Saya pun penah terfikir, rasanya yg meniaga online ni guna stategi ni utk psiko pembeli, supaya nampak macam murah...last bila banding sama je.. Tipah yang malas ni juga yg terbeli...haha
Yong Is My Name said…
betul2
letih nak memPM memanjang.

Popular posts from this blog

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')