Monday, May 13, 2013

Buat Ic Baru dan Cabaran Untuk Renew Passport

>>> sambungan entri ini # bajet korang pun tak sabar nak tahu kisah selanjutnya.hahaha

Maka..Isnin pun datang bila tiba gilirannya,jam 8.00 pagi aku dah sampai opis,sib baik ada yang datang lagi awal..kalau tidak macam mana aku nak masuk,bukan ada kunci pun.Masuk je terus geledah laci..semua aku belek kot lah terselit kat celah-celah kertas dan sampah sarap itu..NON ADO..keciwa disitu.huhu

Ke pondok polis nak buat repot,tapi kata pegawai bertugas 'sekarang dah tak perlu laporan polis untuk kehilangan ic,lesen dan sebagainya..terus je ke pejabat yang berkenaan'.Contohnya: hilang ic,terus je ke JPN..kalau hilang,JPJ la kot..

Dalam hati,harap2 janganlah aku ditendang sana sini macam bola,berdoa semoga JPN tak suruh aku buat repot polis dulu baru boleh buat ic baru.Okey..sebelum ke JPN,ke Bank Rakyat dulu mencuba nasib..doa tak putus harap ic aku ada kat sana.Tapi hampa jua adanya..aku jumpa balik staf yang aku berurusan Isnin lepas,katanya memang takde.masa tu air mata dah nak keluar # aku kan ratu airmata

En Abe pujuk..'takpelah,jangan panik..jom ke JPN buat ic baru'  # oh!aku tetap nak nanges jugak bila dapat tahu,nak buat ic baru kena bayar denda rm100 untuk kehilangan kali pertama,hilang kali ke2,RM200,hilang kali ke 3,RM300..bajet untuk travel habis ditengah jalan la kekdahnya ni.makanya kena bayar RM110 (RM100 denda hilang,RM10 aku tak tahu untuk apa..admin proses la kot)

Sib baik proses tak lama..tak sampai sejam dah siap dan dapatlah Dokumen Perjalanan Sementara (ic sebenar akan siap dalam masa seminggu,kata pegawai bertugas).Dah dapat ic sementara,terus pecut ke Immigresen Putrajaya sebab orang kata kat Putrajaya boleh siap passport dalam masa sejam.Melilau2 cari pejabat Imigresen,dahlah cuaca panas giler..pasang ekon pun rasa cam dalam sauna.Aku gugel Ibu Pejabat Imigresen Malaysia di presint 2 so aku ingat kat situ lah buat passport tapi salah,nak buat passport bukan kat situ tapi kat Presint 15 (sila rujuk peta dibawah)

buat passport bukan di A tapi di B
sila ambil perhatian kalau taknak buang masa dan buang minyak
Sampai je kat tempat B,punyalah ramai manusia tengah beratur...sekali kali lagi nasib kurang baik,no giliran dah habis.kata pegawai kat situ 'nombor giliran dah habis..sila datang awal esok pagi,biasanya pejabat bukak 7.30 pagi pun dah ramai yang beratur'..keciwa lagi

Aku plan nak renew kat Imigresen Seremban je esok..sebab penah buat passport Hajar,sehari pun siap.Tapi aku dah call diorang katanya 'tak sempat siap dalam sehari sebab baru upgrade sistem Sabtu lepas'..sib baik call dulu,kalau aku redah je esok..memang buang masa jelah.

INFO:
Download borang permohonan passport
RM300 untuk 5 tahun
RM100 untuk 2 tahun
Apdet kendian:
# urusan untuk renew passport sekarang tak perlu isi borang
cuma perlu bawa mykad,gambar dan passport lama

Dipendekkan cerita..aku dah ambik cuti hari ni tapi memandangkan urusan tak selesai jugak,kensel cuti..ambik half day je,simpan lagi 1/2 hari untuk esok..semoga esok segalanya berjalan lancar..dan passport dapat siap esok tanpa sebarang masalah

Sekian keluh kesah mak esah...

22 comments:

  1. Allah hu robbi... ujian betul. Kakak ingat adalah di pejabat ic tu

    Kalau di JB pun sama nombor habis tunggu esok. Sebab itu kakak suka buat di Kukup tak ramai org 2 jam dah siap passport.

    ReplyDelete
  2. Ksiannya..mcm2 dugaan.. Semoga esk selesai semuanya ya..

    ReplyDelete
  3. jangan lupa pesan aku esok tu.. biar je mata yang menjeling.. ko jgn risau.. next time ko buat passport orang dah lupa dah muka ko.. paling paling pun 2 tahun lagi kan.. hahaha..

    ReplyDelete
  4. Kami buat kat bukit kayu hitam atau perlis sekejap jer... tu la... dok lagi kat area kepadatan penduduk yang tinggi... kekekeke...

    ReplyDelete
  5. terus klik link borang nk renew passport tu dan print..hehe..thanks! nk g renew esok :)

    ReplyDelete
  6. alahai irfa, banyak pula dugaannya ya, takpe esok masih ada, moga segala urusan selesai hendaknya.

    ReplyDelete
  7. kalau buat di UTC semua jabatan ada di tempat sama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. abah Zino..
      masa kat sana tu ramai yg bercerita nyesal tak gi UTC
      dan saya pulak baru tahu apa itu UTC..hehe

      Delete
  8. Moga segalanya berjalan lancar....

    Yg sploh hengget tu mmg duet buat ic bru klu xslap rietta....dtambah denda, itu yg jd rm110 tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rietta..
      ye..yang rm100 itu mmg dendanya
      lepas ni jaga ic mcm jaga nyawa sendiri

      Delete
  9. JM yg baca ni pun leh rasa kepenatan Irfa tu, harap2 lah semua berjln lancar esok mesti ada hikmah d sebalik kejadian tu. Amalkan doa ni Robbi Yassir Waala Tuaasir, Robbi Tamin Bil Khoir in shaa allal, allah akan mudahkan urusan kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM..
      alhamdulillah semuanya manis di akhirnya wpun sedikit kelat di awalnya ;)

      Delete
  10. Macam macam dugaan tspi ada haikmahnya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak zar..
      percaya yg baik dtg dariNya
      yg tak baik mgkin kesilapan diri sendiri

      Delete
  11. dah ramai ek orang dekat imigresen putrajaya, dulu masa buat passport, datang tak la pagi sangat, tapi giliran bawah 10 orang la, tunggu dalam sejam gitu dah dapat. takper akak, ada hikmah le tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orga..
      sbb ramai kata boleh siap 1 jam tu pasal la akak kesana
      tp ia tidak spt yg dirancangkan ;(

      Delete
  12. Irfa renew pasport ker? Minggu depan akak akan g KLIA, nanti akak roger Irfa ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK LW..
      akak pun cuti2 kan?
      tak sabar nak tahu apa citer
      selamat pergi selamat kembali ye

      Delete
  13. nice day:)
    saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
    yang saya kemarin..


    bagi-bagi motivasi yaa.. :)


    http://wisataoutboundmalang.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. wisata outbound..
      welcome to my blog ;)

      Delete
  14. alaaa kasihanya. Tentu penatkan. Lenguh kaki .. apapun sabar je k. Ada hikmah disebalik apa yang berlaku .. nak uji kesabaran kita apa ke ..

    Pernah berlaku kisah seorang yg terlewat seminit dua .. rupanya hikmahnya terhindar dari kemalangan yang berlaku pada masa seminit dua itu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu Rashid..
      saya pun fikir gitu jugak..usaha buat ppt tu
      kalau mmg tak siap ppt hari itu dan saya x dapat pegi..mesti ada hikmahnya yg kita x tahu

      Delete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)