Thursday, May 2, 2013

Demam PRU13

Selamat Hari Isnin eh silap...Selamat Hari Khamis (lawak ke?) tapi memang hari ni ramai yang bermuka ceria..silap2 ada yang tersalah susun buku sekolah ikut jadual Hari Isnin..itu kisah si abam.kelam kabut dia naik tukar buku.aku?pandang je sambil sengih2..sapa suruh buat keje last minute

Okey... ni kisah semalam,Cuti Hari Pekerja .Takde kemana pun,melepak kat rumah je.adik2 aku yang ber3 tu selamat bertolak balik kampung pagi semalam.Balik untuk mengundi katanya.Aku rasa demam PRU kali ini lebih hebat dari tahun-tahun yang dah lepas.Sebabnya kali ni ramai pengundi baru.Contoh terdekat ialah tahun ni dari keluarga aku sendiri ada dalam 4 undi baru (aku,en abe,adik lelaki dan CikViva).Rasanya semua parti berdebar tunggu keputusan kerana kemenangan tidak boleh dijangka.

Sedang enak merehatkan badan guling2 depan tv dengan anak2,dengar orang bagi salam.Ingatkan orang mintak derma..rupanya datang nak kempen mengundi.Sesambil tu bagitau 'dijemput datang ke markaz malam ni..ada makan-makan sikit' dan 'bab makan2' tu didengar oleh anak bujang.Apa lagi..sampai ke malam duk nyanyi kat telinga aku 'umie,kita pegi tak makan-makan malam ni?' kesian la pulak.Anak2 aku ni pesen suka benar makan kenduri..apa yang bestnya pun tak tahu.aku tengok bukan makan sangat pun.seronok tengok orang ramai kot

So malam tadi si abam siap solat Maghrib,mengaji dan solat Isya' tanpa disuruh.8.45 dia dah sengih2 minta izin nak pegi.Buat pertama kali aku izinkan dia keluar malam dengan kawan.Itupun nasib baik markaz tu dekat dengan rumah..satu blok dari rumah aku.Kalau jauh..memang tidakla.Aku tengok malam tadi dah macam malam raya..budak2 paling seronok.Sebelum pegi dah pesan 'lepas makan terus balik..jangan nak singgah mana2' tapi sampai jam 9.30 tak jugak balik..aku dah mula risau,otak dah fikir macam-macam..dahlah pertama kali keluar tanpa pengawasan.alamak..intai jam,drama Korea feveret aku dah nak mula..huhu.

Terus ajak kenit ke markaz..suka la mek tu dapat keluar rumah.Siap ajak aku ke taman main buai lagi.Bila sampai markaz..tu dia,rasanya satu taman datang makan free.intai si bujang tengah syok makan dengan kawan dia..nampak je aku terus datang 'diorang lambat kasi makan.nanti dah makan abam balik' dan alang-alang dah datang,aku pun duduk la sekali..sambil makan tembikai dengan si kenit.dia la makan tembikai,aku cedok nasi dengan ikan keli goreng.hehe

Pertama kali ke markaz parti so pengalaman baru bagi aku..dengar wakil parti bercakap aku yang meremang bulu roma.OH!MACAM NI GAYA ORANG BERKEMPEN YE..KUTUK MENGUTUK DI IZINKAN..makanya,jomlah balik ye anak-anak.Drama Korea dah nak mula..sekian

# apapun..Undi adalah rahsia..hehe

16 comments:

Aisy Nasiha said...

ooo sedap tu jamuan makan, ada ikan keli....

macam2 kaedah kempen ye... kalau diajak makan, penuh je tempat tu, mmg pandai diorang ni buat rancangan tarik perhatian orang ye...

AiTotYati Mat said...

ya betul undi adalah rahsia :D

Aidah said...

Akak kalau bukak you tube pun meremang gak bulu roma dengar kutukan free di sana sini. Terus tukar citer lain.

Rai Ourkizuna said...

aku dapat menghidu parti mana yang hidang ikan keli goreng tu..hahaha..

Irfa said...

# Aisy Nasiha..
pdhal dah makan malam..tp tgk org makan,tak sedar kita cedok sekali
pastu nyesal sebab makan malam 2kali.huhu.apa pun cara nak ajak org dtg..undi tetaplah rahsia kan>hehe

# AiTotYati..
pada hari 5mei nanti..masa nak pangkah nasiblah sapa dapat undi saya tu.hahaha

# Kak Aidah..
betul tu..ada video saya tak sanggup nak tengok.huhu

# Rai..
bendera apa selalu menu ikan keli?pandailah ko.tapi ikan keli goreng bodo je...sambal pun tarak.hihi

m.u.l.a.n said...

kat sini ada satu wakil parti bebas logo ikan sbb dia toke ikan kot..

Mak Long a.k.a Kunang-kunang said...

Kak Ani tak pernah dengar orang kempen,

Tapi agak2 dah mesti masing memuji diri sendiri atau parti yang diwakili dan mengutuk pihak lawan.

Cho Zila said...

akakpun tak nahler pergi.. ngundi dah berkali2... malas ambik pusing lantak korangler yerk... baik layan CSI kat 701 lagi best..

Acik Erna said...

hebat tu dik..baru pertama kali nak mengundi dah dengar orang berkempen he he..akak dah berkali2 mengundi tak pernah dengar..sebab tak mau terdengar kutuk mengutuk ni..tak mau terlibat..tapi tetap pi mengundi.
kesian abam..betul2 macam anak2 akak..kalau terlambat..belum ditanya dah bagitau dulu..

Irfa said...

# Kak Ani aka Maklong..
saya pun pegi sbb dah dekat.saja la nak tgk apa gaya org kempen..so skrg dah tahu mcm mana..atleast dah tahu la 'kutuk mengutuk' tu perkara biasa dlm apa2 parti pun.hehe.masa ni la adun nak tunjuk muka

# Cho Zila..
tunggu si bujang x balik2 risaulah kita..tu yg tersangkut dgr org kempen,dapat lak makan free tp duk kejap jelah sbb drama korea dah memanggil balik..hebat penangan drama korea ni

# Kak Erna..
abam risau sebab tu bagitau awal2..umie kan garang..banyak makan sarang tebuan.hahaha

Ati Masrif said...

kat tempat sini akan ada breakfast
with PM jumaat ni...tapi tak pi kot
hubby kerja..leceh nk pi sorang2 :)

lupekanje said...

sib bek la umah accik ni tader yg ketuk pintu nk kempen lagi...tak tau la apa diorg buat kat kenopi2 / markaz yg didirikan keliling perumahan ni...nak jaga bendera kot..?

bangsawan nilai said...


dulu masa bujang pernah ambik upah pasang poster. dua-dua belah sapu...kira side income la hahahaha

nasib calon tu la kan!

mama aryan said...

kat tempat akak siap ada kambing bakar lg..hehe

sarah said...

sy kalu berkempen crita bab manifesto ok tapi bila kutuk mengutuk tu yg sy geram sgt tuh...

NinaAz said...

Skg ni pun belambak2 kutuk mengutuk kt fb. Huuuuuu