Thursday, May 23, 2013

Kasihan Mereka

Sejak balik dari HCMC (Vietnam) tu ari, kes ibu dan anak (Izan Suhaila dan anaknya,Maryam Sofea) yang tergendala untuk pulang ke Malaysia di Lapangan Terbang Vietnam mendapat liputan ramai. Setiap hari aku klik blog BroMazidul untuk tahu perkembangan terbaru mereka. Syukur mereka akhirnya dapat kembali kepangkuan keluarga dengan selamat. Tak dapat bayangkan perasaan ibu itu dinegara asing dengan anak kecil. Nasib baik ada family yang menemankan.

Macam2 versi dapat kita baca di blog. Semuanya hebat2 dalam menegakkan pendapat masing2. Ramai yang menyalahkan penerbangan tersebut tapi ada jugak yang lain menyalahkan si ibu itu. # sedih


Aku taknak komen lebih tentang airlines tersebut (nanti dikata aku poyo..yelah aku kan keje dengan kompeni yang dikatakan memang tak ngam dengan diorang,taknak la dikata 'bias' pulak nanti) tapi sedikit sebanyak rasa tempiasnya. Rasa tak selesa kalau dipuji lebih sangat, ia boleh mendatangkan riak. Tidak baik okey. Semoga semua dapat perbetulkan silap masing. Yang dikeji,sila betulkan kesilapan dan yang dipuji jangan seronok sangat. Ingat ! Satu kesilapan akan menutup 1000 kebaikkan.

Aku cuma cuba letakkan diri pada diri si ibu, siapa sangka nak jadi macam tu. Semua orang maklum, kalau nak tambang murah kena booking tiket paling tidak pun berbulan sebelum nak pergi. Siapa nak sangka anak dia nak kena 'chicken pox' tu, lagipun dia yakin anaknya dah sihat cuma dia tak bawak surat pengesahan dari doctor pada hari kejadian. Tahu ajelah kan parut 'chicken pox' ni lambat hilang.

Pengalaman orang terdekat, mysil beli tiket untuk mentua ke Padang,Indonesia beberapa tahun dulu. Semua dah seronok membayangkan percutian tersebut. Siapa sangka, lagi sebulan nak pegi..Padang di timpa bencana alam. Semua yang dirancang kensel. Aku tak pasti dapat 'refund $$' ke tidak. Itu antara perkara yang kita tak jangka akan berlaku.

Nak salahkan airlines tersebut 100% pun rasa tak patut. Sebab di Vietnam, komunikasi adalah terbatas. Tak ramai yang boleh berbahasa Omputeh dengan baik. Banyaknya bahasa 'ayam itik'. Staff nampak sedikit sombong mungkin kerana susah nak berkomunikasi. Masa nak balik tu ari pun aku hampir ada jugak 'cerita miss communication' tapi dapat setel dengan baik. Tapi dalam apa keadaan tu 'tolak ansur dan perikemanusian' itu penting. Ramai yang panas hati mungkin kerana ia melibatkan anak kecil yang istimewa. Kalau kejadian berlaku pada cik abang yang gagah perkasa, mungkin takde sapa nak ambil kisah pun.hehe

Dan..aku ada kenal orang yang ada 'anak istimewa' ni. Dia jarang dapat keluar dikhalayak ramai kerana keterbatasan dalam banyak perkara (ini dirujuk secara umum). Jadi, rasa macam tak patut bila ada yang kata 'tak payahlah pegi kalau tahu anak tak sihat.abaikan jelah tiket yang burn tu'. Kita tak berada di tempat dia, mungkin dah lama dia rancang nak jalan-jalan ni. Ada pulak yang komen 'mana suami dia?' hello,ada juga para isteri yang sesekali nak berjalan sana sini dengan kawan2. Takkan nak berkepit dengan suami 24jam. Mesti ada sebab kenapa suami dia tak dapat ikut.# kena jaga anak yang lain ke contohnya.

Aku harap Izan tak phobia..wah! macam kenal baik je aku ngan dia ;)

kisah sebenar dari Izan boleh di baca SINI

23 comments:

  1. Betul3..patutnya mereka patut ikut keadaan apabila menyelesaikan sesuatu masalah..alhamdulillah selamat jgk ibu & anak nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. teena..
      ye ..cubalah cari jalan penyelesaian yg terbaik utk semua
      penyelesaian utk kes mgkin tak sama
      tapi cuba buat yg terbaik

      Delete
  2. kesian tapi tak tahu pulak kes selanjutnya sebab tak pegi blog mazidul..kekangan masa...walau apa pun kalau tak kena kat batang hidung sendiri, kita lebih suka menunding jari menyalahkan orang... tu memang tabiat manusia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaknet..
      nanti dah free,gi khatam blog mazidul utk cerita detail ;)
      salah menyalah mmg sentiasa berlaku
      bukan senang nak puaskan hati sume org

      Delete
  3. Saya teremo baca kisah mereka.
    Tapi saya lagi emo baca tweet Pak Tony psl staf dia ikut book.
    Grrr...eh emo2 lagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. IBU Khalish..
      silapnya dia cepat sangat nak menjawab
      buat post mortem dulu baru jawab
      xdelah nanti malu kendian ;)

      Delete
  4. betul!!susah nak komen lelebih..kang kena saman susah sendiri.tp alhamdllah diowang selamat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ct cheery..
      ye,komen sikit2 je sbb nak puaskan hati
      hahaha

      Delete
  5. sedeh sangat baca kisah Izan ni..

    cuma banyak sangat konfliknya..
    yang tu kata gini yang ni kata gitu..

    harap2 pihak yang salah tetap salah... yang benar tetap benar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balqis Nazid..
      mmg takut kalau berlaku perkara buruk bila ke luar negara
      kalau dlm negara sendiri..boleh je hangkut naik bas
      x payah pening kepala

      Delete
  6. pengalaman yang mahal tu irfa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak paridah..
      mmg mahal kak..sbb di bayar dgn airmata ;(

      Delete
  7. kalau lar sy sendiri pada tempat si izan tu mcm mane lar kans....
    alangkah sesat jalan kt keyhel tu pun dh gabra apetah lg bumi orang..huaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. LYS..
      ye betul.mesti sgt risau di negara org nak pulak ada budak kecik bersama
      kalau saya pun pasti pucat muka tu,ditoreh x berdarah la kata orang

      Delete
  8. aku baca jugak kes tu..aku rasa tak boleh jugak nak salahkan airline tu kalau deny entry sbb diorang pun nak jaga bisnes.. kalau chicken pox, time nak kering tu yg kena jaga sbb kata orang time tu la kumannya berpindah randah..hehe....dan kena la cakap dengan gaya berhemah..tak boleh cincai je..

    aku taknak komen pasal izan tu..apa pun, aku harap dia tak trauma.. kesian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rai..
      aku setuju..
      sebenarnya kalau ikut pengalaman sendiri,aku rasa ada masalah komunikasi disitu
      tapi yelah..benda dah jadi.semoga semua yang terlibat ambil pengajaran

      Delete
  9. yelah kak lea pun follow crta ni dkt blog mazidul n dgr berita malam tadi.airlines yang dipuji kena buktikan rakyat malaysia masih syg....jgn lagi buat mcm2 hal yg buat rakyat jemu.begitu juga dgn airlines yang dikutuk ni..dah byk kes yg bermain di mulut org yang kerja kat airport :)

    kesian izan n baby tu juga :(

    ReplyDelete
  10. Memang kesian sgt..percutian yg sepatutnya happy tp jadi lain pula..alhamdulillah semuanya ok

    ReplyDelete
  11. betul cakap irfa. nak salahlah AA 100% tak boleh, nak salahkan ibu tu lagilah tak patut. senang cerita, banyak benda berlaku di luar kawalan kita. kompeni tambang murah begitulah, nak naik MAS bukan semua mampu. dan tak semua tambang murah tak ok, dan tak semua tambang mahal ok. kadang2 ikut nasib jugak, lagi2 kejadian bukan di negara kita..

    ReplyDelete
  12. Oraitlah Irfa! seingat saya, hanya sekali saja saya menggunakan khidmat penerbangan tambang murah tu... itupun penerbangan dlm negeri... dari KB ke KL. Saya tak sukalah... Pada saya tak murah mana pun... paling saya tak 'gemo' makan dan minum kena beli... bayangkan kalau bawa anak-anak... mereka bukan reti kata nak berjimat... segala macam benda mereka ndak. Lebih baik naik MAS.. semua dah complete.

    ReplyDelete
  13. Memang dah menjadi tabiat orang kita yang suka memberi pendapat ketika di tempat sendiri. Bila ada masalah macam ini, mereka lebih kepada menyalahkan si pelaku, tapi mereka tak pernah nak letakkan diri di tempat si pelaku.

    Kita tak boleh sesuka hati cakap pasal masalah yang menimpa orang lain tanpa kita selidik dulu sebab musabab nya. Kita tidak berada di tempat mereka, jadi kita tiada hak untuk mengeluarkan andaian yang negatif.

    ReplyDelete
  14. Kesian kat izan tu kan..
    berat mata memandang
    berat lagi bahu yg memikul

    ReplyDelete
  15. klu rietta pown tentu susah...sbb masalah komunikasi...hmm...apa apa pown...mmg kna berhati hati...

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)