Skip to main content

Pos Laju:Mengepos Parcel Pada Diri Sendiri

Penah tengok lawak Mr Bean yang dia pos kad x-mas pada diri sendiri sebab takde orang nak hantar kad kat dia? Penah? Kejadian yang berlaku pada aku lebih kurang sama tapi aku bukan sengaja buat macam tu. Tapi 'silly mistake' itu buat aku nanges dalam tawa petang semalam. Almaklum, jarang aku ni mengepos barang, lainlah kalau orang bisnes online, dah tentu boleh 'kamceng' dengan staf kat kaunter pos tu. hehe.

Khamis lepas, aku pos barang pada seseorang nun di selatan tanah air. Pakai pos laju konon nak cepat sampai, so aku bajet isnin sampai la kot. Sampai semalam, aku sms kawan katanya 'belum sampai' so sedikit rasa nak marah sambil ngumpat dalam hati 'kata pos laju tapi tak laju pun' huhu. Minggu sebelum tu pun ada pos barang pada cousin di Pahang, dicaj RM45/6KG tapi cousin bagitau posmen suh collect kat pejabat pos sebab barang berat. Oh!memang la berat sebab tu saya kena bayar rm45, dengan harapan barang dihantar sampai ke tangga rumah. Sabar jelah..

Okey, berbalik kisah semalam, sampai rumah terkejut tengok ada parcel, 'bila masa aku order barang ni?dan kenapa parcel ni macam pernah ku lihat. Tapi dimana ye?'

SAH ! ini parcel yang aku pos untuk kawan kat Johor tu tapi kenapa dia hantar balik pada aku? Check alamat dah betul tapi ......................... dialamatkan pada diri sendiri. uwaaaaaaaaaaaaaa nanges takde lagu.

Korang penah borang Pos Laju tu? ini contohnya

contoh borang Pos Laju 
aku ingatkan kotak atas tu KEPADA PENERIMA dan kotak bawah adalah DARI PENGIRIM. Rupanya terbalik, Pengirim kat atas dan Penerima di bawah. Tak pasal2 terbang rm11 kerana kesalahan diri sendiri. huhu

Moral of de story:
# baca borang betul2 sebelum isi

Dear L , barang awak saya dah pos sekali lagi tadi, semoga sampai dengan selamat ye, maaf banyak2 ye ..

Comments

ZieMarziah said…
hahaha memang mrs.bean!
Acik Erna said…
he he he..sabo je la..akak pun x pernah buat..banyak kali pos..abang yang isikan borang
Ina Mohamed said…
hahahaha.....aci tak kite nak gelak dulu. adoi la irfa, pagi2 sudah membuatkan daku ceria seorang diri. oooppss, sori really2 sori tergelak la pulak hehe... harap2 barang tu kali ni betul2 smpai kt penerima. :)
Unknown said…
ha ha ha lawak kampus
NinaAz said…
Hahaha. Lawak r sis ni
Ratu Hatiku said…
kih..kih...kih.... lawak jerk.. xpelah nak buat mcmana... :P
bangsawan nilai said…


ha ha ha
terbayang-bayang muka 'surprised' irfa terima parcel yg dipos sendiri
Kakzakie Purvit said…
Ya Allah... kakak pernah nak terjadi macam itu tau tapi mujur budak pejabat pos itu baik dia tanya kakak. Isi balik borang betulkan.. Sebab borang Pos Laju tu macam terbalik detinasi nak dituju bawah dgn pengirim di atas pulak...
:: CIKVIVA :: said…
hahahahah...nak pecah perut gelak..
Unknown said…
hahaha...tergelak akak membacanya..akak pun tak pernah pos barang
Irfa said…
zie..
dlm bahasa mudah 'puan kacang' hehe
Irfa said…
kak erna..
mslhnya cuai.sebelum tu ok je
huhu
Irfa said…
Ina ku..
janganlah gelak..malu kita :)
harap smpilah sehari dua ni..
Irfa said…
kak lienda..
lawak mintak pelempang namanya :)
Irfa said…
NinaAz..
hari ni macam lawak
semalam tak rasa lawak pun.huhu
Irfa said…
Ratu Hatiku..
redha jelah..ambik pengajaran utk lain kali
Irfa said…
BNilai..
patut aku ambik gambar muka aku semalam :(
Irfa said…
kak zakie..
staf yang sama jugak sy jumpa pagi ni
bila saya citer,dia pun gelak
nanti saya nak sarankan pos laju letak kotak penerima bahagian atas ;)
Irfa said…
CV,,
igt pecah panggung
Irfa said…
mama aryan..
jarang2 buat ginilah jadinya :)
Hahahaha! Kojarang bt shipping eh? Heheheh....takpe, belajo...
Irfa said…
FARA..
mmg jarannggggggggggggggggg sgt
tahun ni baru 2kali aku buat pos laju
skrg dah bulan Mei :)
Liz said…
Nasib baik bukan pos laju yang berharga RM45 tu yang dihantar ke alamat sendiri. Kalau tak?
Irfa said…
Liz..
kalau yang rm45 tu,nak taknak tanggung la kos pos rm90 untuk 2kali
untung kemana,rugi yang mendapat ;)
Unknown said…
ko ni lawak la..hahaha..
Deqna said…
lawak lah akak nie... tergelak saya baca...kan dah penat kena gi post office byk kali
Irfa said…
DEQNA..
sib baik lah pos opis tu dlm bangunan yg sama
tapi part beratur tu yg malas
Irfa said…
RAI..
lawak lah sangat
huhu

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')