Tuesday, May 7, 2013

PRU13:Pengalaman Mengundi Kali Pertama

Salam Selasa (^_~)
# rasa macam hari Isnin je kan?maklumla semalam cuti,korang keje ke?aku cuti tapi si abam sekolah..hampir2 aku nak 'cuti'kan dia sebab dah lambat kejut tapi dia nak jugak pegi sekolah..sib baik sempat bersiap sebelum van sekolah datang.

Okey..walaupun PRU13 dah selesai,keputusan siapa menang siapa kalah sudah pun di ketahui umum,aku sebagai pengundi baru tetap nak cerita pengalaman kali pertama mengundi (walaupun di usia aku 34 tahun,sepatutnya ini kali ke3 aku mengundi..tapi maafkan saya kerana kesedaran baru tiba.hahaha).

Pada hari kejadian 5Mei2013(PRU13),tidaklah awal mana kami keluar rumah..jam 10.30 pagi baru keluar rumah,cari bekfes dulu.Lepas perut dah kenyang belasah roti canai baru la ke tempat mengundi sekolah si abam.ramai la orang tapi tidaklah seramai yang aku bayangkan.Sebelum masuk pagar ofkos la perayu undi menjalankan tugas mereka di saat2 akhir..manalah tahu kot boleh buat orang berubah hati.hehe.

Memula check nama dulu..tunjuk ic dan nama ada,diberi nombor bilik mengundi.ingatkan terus boleh undi rupanya kena beratur..aku dapat bilik no 4 dan en abe bilik no 3.depan aku ada lebih kurang 20 orang tengah tunggu giliran.Tengah syok lap peluh masa beratur,,si kenit cakap 'umie..ajaa nak kencing' huhu..masa nilah pulak dia nak kencing..cepat2 kol en abe dan di hantar penyelamat si abam suh ganti tempat aku dan mula mencari toilet.Emm paham2lah tahap kebersihan toilet sekolah macam mana.Hancing semacam je..pancut kat dinding ke budak2 ni?

Selesai hajat si kenit Ajaa..oh dah tinggal 5 orang.Muka abam dah pucat,katanya 'sib baik umie cepat.abam takut kalau kena mengundi nanti'..hehe.Masuk je,check nama dan ic sekali lagi dan 'tukang baca' pun sebut nama dan no ic dengan jelas dan lantang (aku rasa akak tu balik mesti sakit tekak sebab kena sebut nama sorang2) pastu pakai inai biru..diberi 2 keping kertas (ku bayangkan satu je..terus berpeluh nak isi mana satu)..dan ke meja mengundi,saya pangkah X pada yang di pilih..lipat dua dan masuk ke dalam dua kotak (kotak parlimen dan kotak dun).Selesai sudah tanggungjawab...inai tu aku basuh tak tanggal semua..huhu

Akhir kata 'kepada wakil yang di pilih,anda bertuah kerana menjadi pilihan pengundi.Sila hargai susah payah warga tua dan Oku yang datang mengundi..siap ada yang bertongkat,ada yang di tolak dengan kerusi roda semata-mata nak mengundi.aku yang berupaya ni pun berpeluh dari atas sampai bawah,kalau tak kuat semangat ada yang balik tangan kosong je.Makanya..tunaikan amanah yang di beri itu dengan baik'.

Wah ! bajet cam bagus je amanat.hehe

15 comments:

  1. Ai sokong amanat tu!!
    Ai sanggup balik kampung untuk mengundi

    ReplyDelete
  2. wah tahniah dh mengundi.samalah first time jugak sblm ni byk memerhati je kedua-2 pihak.skrg mmg kena trn mengundi sbb kalau bkn kita sapa lagi :)

    p/s-->td baca entri kwn tmpt dia xda pen,ada pensil n pembaris.tmpt kak lea pen..

    ReplyDelete
  3. lo..baru sekali ye..mesti tak pernah mengundi ditempat sendiri lagi kan..
    akak yang dah berkali2 pun tak pernah mengundi dikampung sendiri
    mula je layak mengundi dah bekerja..

    ReplyDelete
  4. JM sokong statement yg last..tapi sebelum2 ni pun sama jek..semasa raih undi nampak muka lepas tu..hrmmmm...

    ReplyDelete
  5. kan..yang nak balik kampung mengundi sampai ada yg bergolok bergadai.. cewah.. haha..

    ReplyDelete
  6. betoi2..tima nak ngundi, rumah buruk sanggup pi..bila dah menang, tunggu 5 thn lagi la baru nampak bayang...

    ReplyDelete
  7. salam kenal.. ayu follow sini..

    ReplyDelete
  8. tahniah sampai gak kesedarannyer... semoga pengalaman pertama ini tidak mematahkan semangat untuk mengundi lagi..

    ReplyDelete
  9. Kak Sham dah miss 2 kali mengundi.
    Both sejak dok sini.
    Rugi.. sangatttt rugi.

    P/s;
    Kan best kalau boleh balik kampung pangkah undi.
    Kut la kalau ada YB nak sponsor tiket katebang..

    ReplyDelete
  10. hi.I am blogwalking.
    If u want to be a glampreneur like me,do visit my blog http://nolyanna.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. calon tempat saya, Jengka, mereka pilih orang yang tak nampak batang hidung dr seorang ustaz yang ke mana2 mmg dia ada.. nak buat camana orang jengka bijak2 belaka..hanya tau menggunakan ustaz tu di saat urusan kematian dan ajak kenduri kawen je..huhuhu

    ReplyDelete

  12. http://m.bbc.co.uk/news/world-asia-22424118

    kat sini heboh inai boleh dicuci. see link

    buat busuk nama je

    ReplyDelete
  13. nasib baik abam tak kena ngundi. hehehe mesti kenaling nunggu umi.

    ReplyDelete
  14. kenangan ni hanya akan ada tiap 5 tahun sekali.. ;)

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)