Thursday, June 13, 2013

Kenapa Korang Buat Blog?

Hai korang, sarapan apa? aku tengah heavy breakfast ni (roti telur kuah banjir) makan sambil melawat blog i' am si typo , dik..pinjam entri kamu ye. Blog dia banyak gambar cantik. Walaupun entrinya agak panjang tapi aku suka je baca  (sbb tu boleh baca bila free je) .

Dia ada buat entri ' kenapa korang buat blog?' dan tetiba aku timbul idea nak buat entri ni. Sebenarnya aku pun dah lupa penah citer ke tak sebab ' kenapa aku buat blog'. Kalau ada sila abaikan.

Once upon the time, tinggallah seorang puteri yang sangat cantik .. wajahnya bujur sireh, bermata jeli dan pipi bagai pauh dilayang di sebuah gunung. hehe. Okey, maaf gurau je. Blog pertama aku baca ialah NizamZakaria (rasanya dulu bukan blogspot, blogdrive kot. ade ke?). Masa tu aku baru masuk keje lepas bersalinkan si abam (tahun 2006). Member yang perkenalkan blog tu sebab dia tahu aku suka baca novel. NizamZakaria masa tu tulis cerpen bersiri. Paling aku ingat cerpen bertajuk Nasi Lemak kot kalau tak silap. Hari2 aku akan klik blog dia sebab tak sabar nak tahu sambungan cerpen tu, kalau dia tak hapdet maka hari2ku terasa kosong ibarat makan roti tak sapu jem. hahaha

Bermula dengan blog tu aku lompat ke blog SriDiah dan seterusnya ke blog kak Pnut. Wajib baca kisah kakPnut dan anaknya si Najmi (anak dia sorang je masa tu). Tak lama kendian aku bertukar dari keje shift ke waktu pejabat, maka aktiviti sekodeng blog orang menjadi rutin di waktu lunch. Sanggup gi lunch makan lelaju sebab nak khatam kisah blogger yang aku suka. Dari suka baca, terasa nak komen tapi taip punyalah panjang komen tak boleh masuk sebab takde google akaun. So aku yang separa celik it ingatkan kalau nak komen,kena ada blog dulu baru boleh komen. huhu.

So aku pun create google akaun dan buat blog tapi kosong takde entri. Yelah, niat nak komen je kan tapi bila seronok mengomen, rasa macam nak share kisah sendiri wpun hati berkata-kata 'hello, sapa nak baca kisah ko?' tapi ada ku kesah? nak tulis jugak. Dari blog kakPnut aku singgah semua link kawan-kawan kakPnut.

Paling ke kelakar dan agak memalukan, aku komen kat blog kak Pnut mintak dia letak link blog aku kat bloglist dia (dulu orang sebut 'sidebar'), kalau ingat balik malu wei minta orang letak link kita kat blog dia. Aku tak tahu pun yang link bloglist tu orang letak hanya untuk blog yang dia suka baca. huhu.

Apapun TQ banyak2 pada kawan2 di fasa pertama aku berblog dulu (malas letak nama sebab kalau ada yang tercicir takut ada yang kecik hati) tapi kenangan berblog tahun 2006 adalah sangat manis dan akan di kenang sampai bila2 wpun ramai dah kengkawan pencen dari blog dan kini aktif di FB sahaja. Dan tak lupa jugak pada semua yang sudi singgah setiap hari kat sini dan baca entri merapu aku wpun aku tak sempat nak singgah blog korang. Tapi percayalah, aku sayang korang semua sebab korang semua mewarnai hari2 aku macam ucapan raya la pulak

Okey, soklan pagi Khamis ni aku nak tanya 'kenapa korang buat blog?' ha jawab jangan tak jawab ada orang tu dia bukak blog sebab ada orang paksa.hahaha

# i love my blog, my blog is me ;)

41 comments:

  1. Nina baru tahun ni ada ramai kawan blog. Huuuu. Mungkin sebab entri byk y merapu. So susah dapat kawan. Hahihuhihihuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. NinaAz..
      saya suka baca dan komen
      rasa macam kita bercakap dgn tuan punya blog
      ada jugak blog yg suka jawab komen
      ada yang x jawab..masing2 punya selera
      kalau suka komen,ada potensi tuan punya blog dtg balik blog kita
      tp jgnlah niat mengomen tu sbb nak tambah follower
      komen dgn ikhlas sgt dihargai ;)

      Delete
  2. Betullah tu...I love my blog too...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Qasmere..
      bila tak tulis sehari,rasa ada benda tak lengkap je kan?
      bila buat sesuatu hari ni,dah fikir esok nak tulis kat blog..nak letak tajuk apa
      hahaha

      Delete
  3. 1. Cari kawan
    2. Luahan perasaan
    3. Hilang tensen baca blog orang
    4. Simpan entry buat kenangan...

    Itu jer kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Izawani..
      saya pilih semua yang di atas ;)

      Delete
  4. Salam Irfa,

    Maklong berblog mulai tahun 2009 iatu itu selepas 6 bulan pencen pilihan. Rasa boring dah mula datang. Jadi mula2 BW blog orang lain dulu, lama terasa ingin buat blog sendiri. Tajuknya dari dulu hingga sekarang sama Kerdipanrohani.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. MakLong..
      suka baca blog orang2 lama,banyak benda boleh dikutip
      masa nak letak nama blog tu mesti buntu jugakkan
      saya pun main letak je nama blog Happy Irfa (sebenarnya Irfa tu singkatan nama anak saya - Irfan)

      Delete
  5. cheqna mula berblog 31 Ogos 2009...sangat aktif dulu..pastu lately macam kejap ada kejap tak de je...huhuhu
    pepun berblog ni best sebenarnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cheqna..
      ada org suka blog,ada orang suka Fb
      masing2 punya test kan
      setakat ni sy lebih suka blog..fb kadang2 je bukak ;)

      Delete
  6. lucu pula bila irfa minta Pnut masukkan blog irfa di bloglist dia.
    tak pe dimaafkan . masa tu kan masih hijau dlm berblog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nieda..
      mmg malu kalau di kenang,tp kakpnut entah igt ke tidak kisah tu
      hehe..blog kakpnut pun dah x aktif sekarang
      dia kat FB je ;)

      Delete
  7. Sbnrnya, pok amai-amai ni 2nd blog aku. Ms aku bujang2 dulu, mmg aku ada tulis blog. Tapi aku berhenti sbb preggy. Mabuk2 n terus jdk nyampah dgn blog aku tu. Bila dah bersalin seme, baru bt balik. Tuhlah dia pok amai-amai yg ade smpi le skg ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fara..
      blog lama dah simpan dlm peti besi ye?
      samalah..ni je yg aktif,yg lain dah simpan/delete pun ada
      berblog ni ikut mood jugak

      Delete
  8. cikda pun sama la dengan irfa.. dari blog ourkizuna cikda terpandang n3 irfa.. cikda pun kalau ikutkan dah lama ada akaun google..tapi tak buat apa2 pun n3.. bw je kerjanya setiap hari.. tu yg kelakar bila ada blog yg dah jadi friend kita rupa2nya dulu cikda pernah baca n3 dia yg dulu duuuuluuuuuu.....

    tapi... cikda tak pernah la pulak minta org masukkan blog cikda jadi bloglist dia... hahahhaha..(sempat kutuk org tuh..)

    ampun ye ifra.. salam kenal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikda..
      tq singgah sini :)
      salam kenal ye..
      ooo x baik kutuk tau.
      kenangan mintak org letak link kat blog dia tu akan sy igt smpi bila2..

      Delete
  9. Sejak tak kerja tahun 2008 suka sangat baca blog... Lama2 teringin nak ada bloh he..he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balqis..
      sama lah
      dr suka-suka baca,tak sedar sendiri dah menulis dah lebih 7 tahun ;)

      Delete
  10. blog? untuk kepuasan diri sendiri. tapi dalam masa yang sama tak sangka dapat kawan baru melalui blog. seronok! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. PM..
      ye,niat nak tambah kawan
      mintak jauh dari dapat musuh

      Delete
  11. aku rasa tak puas hati berblog skang..sbb tak sempat nak komen kat blog kengkawan..mencik!

    ReplyDelete
  12. Salam, tuan blog i'm si typo datang singgah sini.

    Actually lepas akak dtg komen ari tu, sya pon slalu singgah sini and follow skali hehe. Tp macam biasa jd silent reader jer...

    Cerita pasal akak mula2x create blog tu mmg lawak.
    Tp ok la sebab akak rajin update, sya nie pemalas skit. :)

    Salam perkenalan. :)
    AZWAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. AZWAN..
      tq singgah sini :)
      akak tulis pendek2 je sbb tu rajin apdet
      awak tulis panjang2 mesti kena cari masa betul2 free utk mengarang

      Delete
  13. Irfa, saya buat blog sebab nak catat momen2 indah sepanjang membesarkan anak-anak. Cuma sekarang ni tak ada masa nak menulis kisah2 lalu, kisah ketika mula berangan2 nak memiliki anak dan keluarga sendiri sebab masa tu tnet belum wujud lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SWEETIE..
      ramai org lama menulis sbb nak kongsi kisah lama
      sbb zaman mereka muda..blog xde lagi
      dan saya suka baca kisah orang banyak pengalaman ni ;)

      Delete
  14. Tq sudi follow blog akak yg entahapehapentah.

    Blog? Hhmmmm... nnti akak pikir kejap sambil minum air cool blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK SUDIP vs SENDUK
      ni nak panggil apa ye?
      hehe
      suka tgk gambar cntik dlm blog tu ;)

      Delete
  15. Salam Irfa,

    Kenapa saya berblogging? Sebab dah jadi macam diari kot..lebih seronok daripada tulis kat buku diari sebab boleh berkongsi dengan kenkawan dan letak gambar2 buat kenang2an..lagipun masa tu macam cool lah kononnya sapa ada blog ni hahaha..

    saya kadang2 rajin update, kadang2 termiss update, tapi suka lawat blog kenkawan. lepas tu jeling2 kat bloglist kawan..kalau ada yang menarik, pi meronda ke sana juga. kalau berkenan, komen dan jadi kawan..kadang2 suka pi membaca entry blogger tu tapi jadi silent reader jer.. hehehe..

    lebih suka blog dari fb..entah la..ikut selera masing2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK AZWA..
      ye betul
      akak antara org terawal sy kenal masa memula berblog dulu ;)

      Delete
  16. simpan perkembangan anak2...
    cerita pasal sekolah
    promote cake

    ReplyDelete
    Replies
    1. DEE-DEE..
      hehe..tulis apa yg terlintas di kepala
      kdg2 banyak merapu dr yg ilmiah

      Delete
  17. Irfa, akak buat blog sebab suka2 tapi ingat lagi nini tolong akak and irfa antara yang pertama membaca....terima kasih irfa, akak suka baca model 80an dulu tapi sekarang tak suka lagi. Blog tu ibarat satu tempat lepaskan stress buat akak tapi terima kasih kerana turut menyokong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MAK WARDAH..
      ye ke?
      sy pun suka baca blog akak sbb suka cara akak berkomunikasi dgn anak2 akak
      mmg ada jugak blog yg dulunya setiap hari saya baca
      tp skrg dah x baca atas banyak sebab

      Delete
  18. Aha..meh JM nk jawab soklan tu hee

    Pada mulanya JM pun tak tahu blog memblog ni..pastu bila kawan kenalkan..tak tahu pulak nak tulis apa dalan blog kan..Pastu sejak tahun 2010 JM byk travel ke obersea..jagi mula terfikir utk simpan memori tu dalam blog dan paaa masa yang sama ingin berkongsi panduan, tips dan tempat-tempat menarik kepada rakan2 pembaca..itulah kisah nya heeeeeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM..
      wah dah macam jwb survey form lak ye :)
      suka baca komen kengkawan ni
      dulu akak selalu jalan2 tp masa tu tak kenal blog lagi
      sekarang dah jarang travel jauh sbb anak skolah..so tulis citer harian jelah
      nak imbas balik kisah lama..otak dah tepu nak mengarang ayat

      Delete
  19. Kenapa saya buat belog??
    1 - kakak sy ada belog..
    2 - sy nk komen kat belog yg saya baca..
    3 - nak share cerita saya..
    4 - nak share gambar sebab saya suka ambik gambar..walaupun kamera cap ayam..hehe
    5 - sebagai kenangan / diari hidup saya..

    ReplyDelete
  20. Setiap dari kita ada tujuan dan sebab mengapa punya blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SKULL WRITERS..
      x kisahlah apa niat pun asalkan x menyusahkan orang lain
      tak gitu ?hehe

      Delete
  21. akak buat blog sebab memang nak tulis, akak release dengan menulis..kalau marah, tulis, kalau benci..pun tulis..kalau sayang, lagi la nak tulis..kalau rindu??owhh sudah semestinya akan ditulis dengan asyik mashsyuk...ekekekeke
    mesti irfa pening baca kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK LW..
      menulis waktu marah,bila dah cool menyesal, terus delete ;)

      Delete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)