Wednesday, June 5, 2013

Raya Puasa 2013 Jatuh Pada Hari Khamis dan Jumaat

yeyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy, esok hari raya ( ada harapan kena hempuk dengan kamus dewan 1700 m/surat nih. Sib baik posa dah ganti, kalau belum ganti tetiba sibuk kompang nak raya memang saja je cari bahan kena kutuk). Bukan apa, tetiba je mata aku terpandang kalendar depan meja dan tangan gatai nak tengok Aidilfitri tahun ni jatuh pada hari apa.

Emmm ... raya posa tahun ni jatuh pada hari Khamis dan Jumaat (8 & 9 Ogos 2013). Seronotnya sebab tak payahlah susah2 mintak cuti. Cuti Khamis,Jumaat bersambung pula dengan Sabtu dan Ahad. Layannnnnnn...

Teringat zaman keje shift dulu,sebelum masuk bulan puasa dah sibuk apply cuti. Lagi 2 minggu nak raya semua berdebar2 tunggu cuti lulus ke tidak. Bila lalu depan papan kenyataan, jeling2 kot dah tertampal jadual cuti raya. Nostalgia sangat zaman itu.

Bila kena keje hari raya, pakai baju raya datang keje, kawan2 yang duk ngan mak ayah datang keje bawak rendang/ketupat semua, yang jauh dari mak ayah makan sambil lap airmata. Bila dengar suara mak ayah di telefon ucap selamat hari raya, kalau ada sayap rasa nak terbang balik. Lagi makan hati bila ada penumpang bertanya 'dik, tak balik raya ke?' dalam senyum menjawab 'tak balik tahun ni. bagi senior yang dah ada family bercuti raya' dalam hati nak je jawab 'tak balik la, kalau saya balik takde la saya kat sini'. huhu

amboi cik kak, awal ko sembang pasal raya, ingat sikit tailor dah angkat bendera putih tak nak ambik baju ko. kena beli baju siap jelah kot ;)

korang dah tempah baju raya?

8 comments:

  1. jangan sampai masanya nanti lupa pulak dik he he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK ERNA..
      ish raya mana boleh lupa ;)

      Delete
  2. raya tahun ni saya mungkin kerja jugak mcm tahun lepas...membebel sorg2 dlm kontii...huwaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. AIM..
      dj kena keja,kalau tak sapa nak pasang lagu raya
      tp jangan pasang awal sangat ye..tak feel ;)

      Delete
  3. Dah buat baju raya tapi macam tak berkenan pulak dengan jahitan tailor tu..hmnnn..kena beli gak sehelai kot hehe

    ReplyDelete
  4. kain dah ada tapi tak terhantar2 lagi kat tailor.. :(

    ReplyDelete
  5. mudah2-an tercapai hajat kita utk sambut romadan berpuasa n sambut rayer yer irfa...

    ReplyDelete
  6. kita nak beli baju siap jer. sejak 3 kali beraya kt luar, kita mcm x kisah sgt pasal baju raya. tp makanan raya kita kisaaaaahhhh....hahaha. tak de makanan raya takde feel raya. eh, tp irfa skali skala beraya kt negara orang, syooookkkk oooo...hahaha

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)