Friday, June 7, 2013

Video Hebat Cara Buang Lemak Degil by Kyle Leon

Pepagi ada orang share video ni kat blog dia
# ending video rasanya dia promote suh beli video kot
aku bukan nak beli pun tapi ada perkara dalam video tu boleh di share



Video ni sangatlah panjang dan banyak cakap, jadinya bila dah banyak cakap, aku pun ingat2 lupa apa yang dia cakap tapi yang paling aku ingat ialah 'EAT FOR YOUR AGE'. Apa yang aku paham, masa muda metabolisme tinggi. Balik keje lewat malam boleh singgah makan. Order nasi dengan set lengkap, ada siakap stim, telur bistik, sup ekor .. pastu order lagi kerang bakar. Pergh, makan macam dah takde hari esok ke hapa? Pastu balik umah terus tido.

Tapi itu masa umur awal 20an, sekarang dah 30an dah tak boleh buat macam tu kak Non. Buat jugak memang ada harapan baju raya yang ditempah 2 bulan lepas tak lepas nak pakai raya nanti, kemungkinan untuk stuck kat bontot @ perut adalah 90 persen. huhu

Nanti aku share ada 'aktiviti baru' yang aku buat. Tengah berkobar2 nih. Tak sabar nak buat sampai menjadi sepasang baju raya.

6 comments:

IndaMarya said...

tk sabaq nak tau..cepat cepat

Balqis Nazid said...

teringat zaman umur 20an dulu badan susah sangat nak naik.... makan punyalah banyak... tak ada istilah diet dalam hidup sebab memang nak gemuk sikit... la ni umur lewat 30 an takut nak makan bnayak.. doa dah makbul.. betul2 naik tak hengat.... adeiii..!!! metabolisma semakin perlahan...

Irfa said...

KakInda..
hehe..sabar ye,kena ambik gambar dulu baru best bercerita

Irfa said...

Balqis Nazid..
samalah kita
huhu..bersenam mmg susahlah
ada je alasan ;(

makchaq said...

Makchaq selalu buat baju besaq sikit, pinggang kain semua boh getah.. kalau mengembang masih boleh pakai... menguncup entah bila la....he he

Lady Windsor said...

betul tu katanya..
makan ikut usia
bila dah tahap usia akak ni
makan sangatlah kena beringat...
kita makan yang baik untuk kesihatan..:)