Tuesday, July 9, 2013

Bila Terputus Bekalan Letrik, apa rasa?

Once upon the the time, long-long time ago, kampung aku nun di pantai timur sana mendapat bekalan letrik masa aku lebih kurang darjah 2 (sebelum tu numpang generator jiran, bayar bulan2 kalau tak silap rm10/20 sebulan tapi bekalan cuma ada 7malam sampai 7pagi je) jangan berangan nak tengok tb bagai sebab bekalan tu tak mencukupi untuk ko tengok tb, nanti kena litar pintas kejung satu rumah. Nauzubillah.

Berbalik kisah petang semalam, sampai umah jam 6.50 petang. Si abam mengkhabarkan bahawasa-nya, taman kami terputus bekalan letrik.Ish, dahlah nak malam, acaner nih? Takde letrik takpe asalkan dapat pasang kipas sambil tengok tb, okey tak lawak.

Masuk umah, gagau-gagau dalam poket tepi peti ais, jumpa sekotak lilin. Fuh! sib baik ada lilin. Pasang lilin letak tengah rumah, anak2 aku terutama si abam dah rupa kelkatu jumpa lampu. Sabar jelah, seronok pulak dia macam sambut besday duk ngadap sebatang lilin tu.

Si adik pulak 'umie, Ajaa bosanlah lampu rosak. Umi teponla ayah, suruh ayah beli lampu untuk Ajaa' dia ni kan, apa je semua nak tepon ayah. Memang ayahlah hero bagi dia. Umie marah pun meraung sebut nama ayah, geram aku tengok (kakak dan abam kecik2 dulu takde pun macam ni). Bila letrik takde, rumah rasa berbahang macam duk dalam sauna. Rumah batu memang gitulah kot. Dah bukak tingkap leluas pun angin nak taknak je masuk rumah. Sib baik ada abam yang baik hati, dengan penuh mithali sebagai seorang abang dia ambik majalah tolong kipaskan adik sampai tertido. Bolehlah pulak mek tu tido dalam panas-panas gitu, penat main waktu siang kot.

Lama jugak kami duk bertafakur dalam cahaya lilin tu. Ada la dalam 1jam45minit. Sib baik ada we chat, boleh la bergosipan dengan adik2 aku ;)

Orang kata, lebih baik takde air dari takde letrik. Takde air lori air boleh hantarkan tapi takde letrik sapa boleh hantar? senang citer, dedua penting zaman ini .. bebudak zaman sekarang semua dah senang. Petik tepi tengah menyala ;). Tak gitu? konon kata anak2 tak tahan cabaran,diri sendiri pun sama

6 comments:

  1. Salam, sy follow blog sis n sis follow blog sy yer...jemput masuk ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com untuk mendapatkan harga istimewa untuk produk Shaklee. TQ for your support.

    ReplyDelete
  2. Bagi JM ok lagik kalau tak ada letrik...boleh lagi guna lilin..kalau tak ada air..time tu pulak nak membuang..adusss..siksa you oulssss

    ReplyDelete
  3. salam.. ha..ha... betul tu baik tak ada letrik dari xada air.. kalau tak ada air nak istinjak pun hazab...

    saya kalau tak ada letrik selalunya cabut g memana hotel... tak tahan panas hi..hi..
    kalau sejam dua oklah kalaus ampai semalam memanglah kena cari port lain..

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya air dan letrik tu sama-sama kita perlukan/

    Maklong teringat seorang kawan yang ada asma. Bila tak ada letrik dan kebetulan dia kena sma, suaminya akan bawa dia naik motor dan dia akan nganga mulut sedut angin, kesihan.

    ReplyDelete
  5. dua2 penting .
    tak ada letrik tak kipas...panas berdesing.

    ReplyDelete
  6. salam irfa...owh yelah dua2 penting kot,tapi lebih rela takde elektrik daripada takde air.apatah lagi kalau ada anak,air tersangatlah penting ngee..

    salam ramadhan ye dari kak lea ^^

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)