Friday, July 5, 2013

Drama Korea: Only Because It's You

# mood tak bagus, hidung tersumbat. makan pun masih takde rasa apa. maka, biarlah jemari yang bercerita. kang bercakap banyak rasa tak bernapas pulak (sebab bernafas guna mulut,huhu)  

Okey, ingat lagi tak lepas ending drama korea bertajuk You're Still The One tu, aku dah nekad taknak follow mana-mana drama korea lepas ni. Sebab tu bila ada drama baru yang mula tayang 17June tu aku buat-buat sombong. Tapi angan-angan terbang ke laut. 2 malam lepas tertido lewat sebab lipat kain, makanya terlayan drama ganti citer dulu yang bertajuk Only Because It's You  (117 episod) dan semalam episod ke 28. walaupun tak follow dari awal, aku dah boleh agak jalan ceritanya macam mana.

Cilok dari sini-OneTVAsia

Kisah 3 Sahabat yang punya kehidupan tersendiri namun saling berkaitan

Three high school friends reunite in their mid-thirties and realise that they have different pursuits in life. Their friendship turns sour when Yang Soo Bin (Yoon Ji Min) divorces her husband and gets involved with Kang Jin Joo (Yoon Hae Young)’s spouse. ‘Only Because It’s You’ depicts the values of friendship as well as the joys and pains of life.
Starring: Yoon Hae Young (Love and Ambition), Yoon Ji Min (Paradise Ranch), Lee Jae Hwang (Smile, Mommy!) & Park Hyuk Kwon (Midas).
Terjemahan dari aku sendiri:
Kisah 3 sahabat ( Kang Jin Joo, Yang Soo Bin dan Yoon Gong Ja)  yang berkawan rapat sewaktu di sekolah tinggi bertemu kembali di usia 30an. Mereka berlagak seolah2 persahabatan mereka masih macam dulu tetapi sebenarnya kehidupan mereka sudah banyak berubah seiring dengan masa.
Kang Jin Joo, wanita bekerjaya dan sudah berkahwin. Ada seorang anak perempuan.Kehidupan sedikit berubah bila suami kehilangan pekerjaan dan suaminya mendapat kerja di sebuah restoren dengan kawan baiknya sendiri, Yang Soo Bin.
Yang Soo Bin, telah berkahwin tetapi tidak disukai oleh mertuanya. Dia juga ada kisah silam yang disembunyikan daripada pengetahuan suami iaitu status anak lelakinya. Anak itu bukan anak suaminya tetapi anak dia dengan lelaki lain (masih menjadi misteri) dan akhirnya setelah rahsia bocor dia diceraikan. Ingin memulakan hidup baru setelah bercerai. Dia mendapat pampasan sebuah restoren dari bekas suami dan meminta pertolongan suami kawan baiknya (Kang Jin Joo) yang juga bekas kekasihnya dizaman kolej. Tanpa sedar 'cinta lama berputik kembali'  
Seorang lagi kawan mereka namanya, Yoon Gong Ja. Masih solo dan sedang mencari2 pasangan hidup. Dia lebih rapat dengan Kang Jin Joo kerena mereka pernah tinggal bersama dan mak Gong Ja sangat sayang pada Jin Joo seperti anak sendiri. 
Persahabatan mereka teruji bila Jin Joo dalam diam cuba merebut kembali cinta suami dan Soo Bin tetap tidak mahu mengalah kembali menagih cinta dari kekasih lama.
Emm macam biasa, jalan citer 'suami curang' dan tak sangka ada mata yang memerhati dalam diam. Sejuk je si abam komen 'tak suka betul la abam citer macam ni. asik2 citer suami tipu isteri. Dulu citer Miss Ahjuma, lepas tu citer Chae Rin ( You're Still The One) sekarang citer ni pun sama jugak. abang nak tido lah' tu dia... budak umo 8 tahun bagi komen. Sentap terus hati mak ko nak.



Sabar la ye abam (^_^)

12 comments:

hajar said...

haha... saya pun konon2 x nk layan... pastu terjebak gak.... huhu... (err.... ke kebykan lelaki korea mmg suka curang? kalu betul mcm tu.. hampeh kan?? tak mo minat dah.. huhu)

sitiezahim said...

wah 117 episod tu.. hehe tak terlayan saya kalau banyak camni..

Irfa said...

HAJAR..
lelaki curang itu bukan ikut negara mana dia datang.mungkin rating penonton tinggi kalau jalan cerita mcm ni.sebab tu pengarah suka buat cerita macam tu,nak tarik perhatian kaum wanita.hahaha

Irfa said...

Siti Zahim..
hari ni baru tahu total episod ialah 117.huhu
tgh fikir nk follow ke tak ni.sebab x lama lagi nak posa
kang berjaga melayan drama terbabas bangun sahur

jarimanis said...

Umah JM tak ada astro beyond..tak dpt lah saluran theONE tu ..huhuh JM pun kaki drama Korea jugak just follow kat saluran 391 jer :-)

Asyifa Mustaffa said...

lma dah x tgk yg smbung2...last tgk cheongdam dong alice...now..terjebak blik tgk i hear ur voice...mnarik tau...jom tgk..hehehe....

Irfa said...

JM..
hehe,takpelah..terjebak kan susah ;)

Irfa said...

Asyifa..
i hear ur voice tu pun cam best gak
baru tertengok episod pertama tu ari

Cikgu Ma said...

macam best...nak kena cari masuk dlm koleksi nih....

Lady Windsor said...

wahh kelass komen dak abam ni..mesti lagi ramai girl suka abam neh..hihi

izawani said...

Akak tengok citer 'I Hear Your Voice' ... episode awal ni nampaknya macam menarik jer. Akak juga tengok citer 'Fashion King'... pun menarik... Citer yang atas tu akak tak layan... hehehe...

Dua dua citer yang akak sebutkan tu tak ada unsur curang rasanya...

KakYang said...

Kak Izawani, cerita fashion king tu tak bes kak. awal2 mmg nampak menarik. nanti sampai ke tengah2 skit mcm takde mende dah. ending dia lagi spoil. tetiba jer abis gitu. saya tengok cerita tu sampai ending. tetiba terasa buang karan jer layan cerita tu. hahahaha

cerita korea ni mmg berhantu kan. suami saya pun 'konon-konon' la tak layan cerita korea ni..tp kalau sekali dia tertengok 1 episod, mmg nanti dia plak yg kelam kabut nak balik awal utk standby dpn tv nak tengok drama korea. hahahaha