Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan 1:Boleh dan Tak Boleh

Salam 1 Ramadhan untuk semua sila abaikan entri yang katanya taknak post entri sebulan di bulan posa ini, huhu. Sebab apa aku kena post entri? sebabnya aku nyampah tengok post sebelum ni yang gambar tauhu goreng dan mee bandung extra sos cili tu. So kenalah up citer lain, hahaha

Sahur malam tadi kunci jam 4.50 pagi. Panaskan nasi dan tumis air kubis dengan ikan bilis, pastu buat ayam goreng kunyit. Dah siap hidang kejut si bujang dan en abe bangun sahur. Alhamdulillah sahur simple tapi mengenyangkan. Aku ada berazam kononnya nak kurangkan kuantiti nasi bulan posa ni, kita tengoklah nanti berjaya @pun ke laut. Last year berjaya je tak makan nasi sangat. hehe

5.20 semua dah setel makan, last tu makan kurma dan minum air banyak2. Ingatkan lepas sahur nak buat keje lain tapi ngantuklah pulak. Konon baring2 je tapi lelap jugak akhirnya. Sedar2 6.30 pagi, sib baik tersedar, huhu.

Masa nak bersiap ada sesi berdialog dengan si abam 

* boleh gosok gigi tak?

# boleh gosok gigi, jangan telan air dah le

* boleh kentut tak?

# kentut boleh, jangan korek hidung je

itu adalah soklan sama je sejak dia dah pandai puasa penuh tahun lepas
habis cerita si abam

adik Ajaa pun taknak kalah, dia pun nak cakap jugak

'ajaa pun nak kuasa, minum susu aje'

yelah dik, kuasa pun kuasalah

(^_^)

22 comments:

:: Cik Viva :: said...

hari pertama puasa mestu tekak kering macam hape..padahal sebelum puasa ganti tu elok je kan..saje tau..huhu

:: Mrs.Eady :: said...

selamat berpuasa..

Puteri Satu said...

heheh comel je adik tuh... puasa jadi kuasa..hehehe

Asyifa Mustaffa said...

selamat berpuasa...
sama dgn anak2 sy...ada je tnya ni bole x....itu bole x....layan kan aje..bru 1st day kan....hehe....

NenetPenne (NP) said...

hahha kuasa tapi minum susu..acaner tu ajaaa??? hahahaa

Orga said...

wah...meriahnya bersahur kak, takpe...yang penting, kita ada target yang sama, tengoklah jadi ke idok, hehe...selamat berpuasa yer :)

jarimanis said...

so cute..selamat berpuasa ye abam heee

Ratu Hatiku said...

hihihi...comel jerk adik ckp gtu ya..
Selamat berpuasa irfa.. :)

Balqis Nazid said...

alahai comelnya situasi mak dengan anak ni....

Irfa said...

CV..
hidung masih tersumbat tp tekak tak kering oklah tu

Irfa said...

MRS EADY..
tq :)
awak pun,selamat berpuasa kita

Irfa said...

KAK PUTERI..
mmg budak2 baya tu sebut 'puasa' sebagai 'kuasa'
dari zaman kakak kepada abam sampailah pada adik
sama je sebutannya ;)

Irfa said...

ASYIFA..
hari pertama biasalah
mesti ada kes terbabas
kawan sy citer 'beberapa tahun dulu,dia penah nampak di mall.. hari pertama puasa, sorang awek bertudung sedap je makan eskrim mekdi di khalayak.ramai org duk jeling2 dgn muka pelik tp sorang pun tak tegur,sian girl tu,mesti dia terlupa dah masuk bulan posa' huhu

Irfa said...

KAK NET..
dia x nak kalah tu.orang 'puasa' dia pun nak 'kuasa'
hahaha..nanti berbuka pun dia mesti nak set macam org berbuka jugak ;)
layan jelah

Irfa said...

ORGA..
apa yg meriah?
dua lauk je pun ;)
tp oklah..sebab takde pembaziran
maklumla makan sambil mata pejam ni main suap je.hihi
slmt berpuasa ye

Irfa said...

JM..
abam jawab
'tq acik JM, nanti simpan duit raya utk saya ye'
hehe

Irfa said...

RATU HATIKU..
penyeri rumah mesti ada je kisahnya ;)
slmt berpuasa

Irfa said...

BALQIS NAZID..
itu dialog yg manis
yang masam-masam pahit pun ada gak kekadang ;)

Rohani Hashim said...

Selamat berpuasa irfa...

Aisy Nasiha said...

haha, comelnya adik kuasa ye... kuasa susu tak tinggal ye?

tapi abangnya tu, kira bagusla, rajin dan tahan berpuasa. layankan aja soalan manja dia tu...

Irfa said...

DEAR ROHANI..
selamat berpuasa juga ;)

Irfa said...

AISY..
hehe,budak2 mmg selalu sebut 'puasa' sebagai 'kuasa'
alhamdulillah..setakat ni abam nampak okey je