Skip to main content

Semalam Yang Melepek

Assalamualaikum semua, dah Rabu hari ni yer? Lagi berapa hari nak Ramadhan? Ada lagi ke yang belum abis ganti posa? kalau ada yang belum cepat2 le ganti, pintu dah nak tutup tu.

Semalam cuti kecemasan, demam sejak petang Isnin. Pegi klinik hari Isnin tu dapat ubat je tapi doctor taknak kasi mc sebab aku dah datang keje. Semalam memang melepek abis, terbaring je dengan si kenit. Dia pun demam balik, langsung taknak makan, taknak minum susu. Tapi air masak berbotol2 dia minum. Dalam paksa2 dia telan jugak nasi ayam 2,3 sudu.

Aku jarang demam, selsema pun kadang2 je. Tapi semalam betul2 demam sampai tahap nak bangun pun tak larat. Kepala sakit siap pakej berpusing satu rumah. Nak buat apa pun tak larat. Lunch pun terpaksa en Abe beli kedai je. Dalam demam2 tu kepala otak masih fikir keje yang menimbun kat opis, huhu.

Bila tak sihat, alangkah nikmatnya sihat itu. Orang kata 'sakit itu penghapus dosa2 kecil' jadi janganlah merungut ye :)


Comments

kasihibu said…
semoga cepat sembuh dan banyak minum air cuaca tak menentu jugak sekarang ni kan?
asyifamustaffa said…
siannya....demam cmtu le yg sy harap2 jgn la kena..takat demam biasa..dan bole bangun tu..kira ok la...bole terima....tp klau dah nak kena...sape la kita nak halang ye x...? hanya mmpu berusaha utk sihat je lah....
Hari ni ko mcm ne? Aku doakan ko lekas sembuh ya? Aku tau mcm ne seksanya demam ni. Adehhh!
Irfa said…
FARA..
hari ni lebih baik dr semalam
tp bernafas guna mulut, tercungap2 la sebab hidung tersumbat :)
Irfa said…
ASYIFA..
anak2 dah lepas,giliran umie pulak demam
Irfa said…
KASIH IBU..
mmg kena banyakkan minum air ;)
dah ready depan mata 2 liter air utk di minum hari ni
Mak Wardah said…
Bila musim panas macam tulah jadinya, sabarnya Irfa, akak dgn wardah puasa ganti, alahai melepeknya kami anak beranak tapi bak kata Irfa pintu dah nak tutup, melepek ke terbaring ke ganti tetap ganti.
Acik Erna said…
ubat pun tak makan ye..kalau orang yang takut makan ubat ni demam,..memang susah kan..susah hati
Jari Manis said…
sian dia..demam yer..berehat, mkn ubat yer..JM pun sama..jarang demam..kalau dh deman tu...betul2 melepek lah..so JM mmg faham perasaan Irfa tu :-)
paridah said…
sian irfa demam pulak yer...kak doakan irfa cepat sembuh...demam tu mungkin merehatkan jasmani irfa sebelum sebulan berpuasa kelak. rihat n makan ubat jgn lupa...
Irfa said…
MAK WARDAH..
hehe.dah nak tutup pintu tu ;)
sy tahun lepas tinggal x banyak hari so cepat2 ganti
kalau tidak sama la..hujung2 baru sibuk nak ganti posa.huhu
Irfa said…
KAK ERNA..
eh, mana tahu culas makan ubat nih?
semalam makan ubat ikut timing
tp hari ni dtg keje lupa bawak ubat.huhu
Irfa said…
JM..
betul tu.yg dah selalu demam tak heran
yg jarang2 demam ni kalau kena mmg melepek habis
sedih sgt kalau demam orang igt kita tak demam :(
Irfa said…
KAK PARIDAH..
dah baik sikit hari ni berbanding semalam ;)
lagipun kena kuatkan diri sebab keje banyak nih

Popular posts from this blog

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')