Monday, August 26, 2013

Bila Dah Kaya, Baru Berani Cerita

# menaip sambil intai cermin, eh! ada selai bulu mata jatuh la. Emm, orang kata 'kalau bulu mata jatuh, itu tandanya ada yang merindu. Benarkah bagai di kata' hihi. padahal mungkin jugak kurang minum air, kulit kering sebab tu bulu mata senang gugur. okey lupakan..

penah baca/dengar orang cakap macam ni tak

'mungkin orang tengok kami dah kaya dan senang lenang sekarang. Ada bangunan dengan nama sendiri, keta mewah berderet bawah garaj, tanah seluas mata memandang, Duit dalam bank takyah citerlah, tolak semua orang punya, belen tu kami yang punya. Tapi, dulu kami juga pernah alami zaman susah. Pernah berhutang dengan Along, sampai kena pindah rumah. Rumah yang ada pulak hampir dilelong, kereta banyak kali kena tarik, nak beli susu anak pun korek tabung. Bila anak sebut nak makan kepsi, menitik air mata sebab tak mampu nak beli. Tapi Alhamdulillah, dengan izin Allah dan berkat usaha keras kami berjaya miliki apa yang kami ada sekarang'

penah dengar?
pernah baca?

tiap kali baca/dengar orang2 kaya bercerita macam ni, aku terfikir 'sebab dah kaya la baru dia berani bercerita, so semua orang akan kagum dan percaya cakap dia. Masa zaman dia susah dulu, mesti dia malu nak citer kat orang tentang kesusahan dia. Betul tak?'

Tapi sebenarnya, aku suka baca, suka dengar, suka tengok orang yang kaya dan berjaya berkongsi macam mana mereka berjaya dalam bidang masing2. Sedikit sebanyak kita boleh kutip tips macam mana cara mereka berjaya. Yang pastinya, cakap orang2 yang dah berjaya ni senang laku, kalau buat buku konfem laris dipasaran (^_^)




8 comments:

  1. aah la irfa..sok klu accik dah kayo, accik pun nk nulis buku gak... heheh

    ReplyDelete
  2. Bilalah kita pulak nak boleh bercerita mcm tu? ..... huhu

    ReplyDelete
  3. Rasanya dah banyak kali KZ baca citer mcm tu...rasa macam drama pulak..sama jer skrip dan plotnya.

    ReplyDelete
  4. betul...boleh memotivatekan diri mampu berjaya sama dengan orang lain :)

    ReplyDelete
  5. memang selalu jugak terbaca.. betul kata Ann Ishak ia boleh beri kita motivasi diri utk berjaya (^_^)

    ReplyDelete
  6. Betullaaa tuu Irfa. Macam kayna, baru je update kisah beli rumah pertama yang d beli 5 yrs past. Kalau nak cerita awal2. Macam x sedap kan... kan kan?? heheheh..

    ReplyDelete
  7. mana tau satu hari nanti dengan izin Allah,kita masa tu dah menjadi orang kaya berjaya...kongsi pengalaman di blog agar sapa yang dah patah semangat tu,tak mudah mengalah untuk bangkit semula..kan...kan..he3...

    ReplyDelete
  8. Kalau aku kaya
    Kalau aku kaya

    Aku nak gaya hidup aku berubah
    Alangkah indah kalau dah tak susah
    Jadi pemilik bukan sewa rumah
    Makan tak habis minum tak sudah
    Bil api air semua bayar awal
    Tulis cek selamba tak risau batal
    Masuk dalam bank semua melopong
    Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0

    Kalau aku kaya
    Hari hari hari raya
    Bil-bil jiran keluarga
    Aku belanja selamba
    Kalau aku kaya
    Aku beli segalanya
    Bungkuskan semua
    Hadiahkan pada mama

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)