Skip to main content

Cara Mudah Nak Makan Pucuk Ubi

kisah petang semalam

balik keje petang semalam
sebatang pokok pisang tumbang
potong tandan, 1/2 bagi jiran, 1/2 simpan untuk makan sendiri
boleh buat cekodok nanti
nak buat muffin pisang?
lambat sikit kot, hihi 


pastu terpandang pokok ubi kayu
tu ari pokoknya tinggi sampai tingkap atas
masa mak datang tu ari dah bising
katanya 
'makin besar pokok ni, akar dalam tu pun makin besar
pecah simen dapur ni nanti'
takut la dengar, so aku cantas
ingat nak letak racun kasi mati je pokok tu
tapi sayang pulak
sebab aku suka makan celur pucuk ubi cicah budu
semalam nampak pucuk mudanya kemain banyak
tak sedar tangan pun memetik


cara celur biasa ialah
- rebus air dalam periuk dan masukkan pucuk ubi

tapi semalam tak berapa rajin nak merebus
jom kita buat cara mudah  


1- basuh bersih daun pucuk ubi tu, jangan ada ulat melekat kat daun
2- pilih yang betul2 daun muda dan simpulkan
3- masa masak nasi, agak2 air dah kering
4- aturkan pucuk ubi atas nasi yang hampir masak tu
5- tutup periuk seketika dalam 5 minit
6- tara, dah siap 

ada sedikit kesan hijau daun melekat kat nasi
tapi jangan risau, ia masih boleh di makan
penah buat macam ni?
versi orang rajin memang gini
hihi


my only hero
jangan tak tahu, kalau makan pucuk ubi ni
berebut dengan si abam
sebab ni pun feveret dia jugak


Comments

aNIe said…
Irfa... pucuk ubi mmg akak suka...tapi tak boleh nak makan selalu...angin...hehehe
Cikja said…
hahahhahah..pestime tengok/tau boleh rebus gaya mcm tue pucuk ubi tue....terbaekkkk...
Unknown said…
hahaha..orang pemalas memang kreatip dan inovatip..
asyifamustaffa said…
peberet sangat2...! tp skrng x bole mkn..huk3....tgh bf baby..mak kata angin banyak kuat itu pucuk ubi...huk3 lagi...

sama ler...klau pesen dah malas nak celur...mmg sumbat dlm rice cooker ler jwbnya...:)
Acik Erna said…
kalau akak buat macam tu pitam la jawab nya..nak masak pucuk ubi pun kena rebus dulu biang air hijau dan getah2 tu..kalau tidak..kepala pening
aitotyati said…
wah dapat lagi petua baru.
maceh kakak!!
sweetie said…
Kita sama acik... kena rebus biar kluar air hijau nya tu... kalau tak kang... berminggu2 poning ha.
Yatie said…
dah berapa tahun tak makan ..#eh cicah budu sedap
Aidah said…
Thanks Irfa, bagi idea kat akak. Akak ni spesies terlebih rajin gak. Kalau lagi ringkas lagi suka. Jimat gas jugak kan.
Nieda Ramly said…
pucuk ubi jenis ini sedap berbanding yg jenis lebar. ubinya pun sedap utk buat bingka @ lepat.
Aisyah said…
pernah..konsepnye sama tp versi panaskan nasik lemak semalam..bukakan lipatan bungkusan nasik lemak dan letak atas nasik yg baru masak..hee..
NenetPenne (NP) said…
petai pun boleh dibuat dgn kaedah mcm tu..senang...
safurara said…
oooo masak mcm tu je eh pucuk ubi tu eh.hehehe xtau lak.hehe
aizamia3 said…
tak pernah pulak try cenggitu.. biasa rebus dalam air je.. ;)
pucuk ubi tu sedap kalau dapat makan dengan sambal kicap yang pedas.. fuh.. sedap.. dap.. dap.. ;)

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')