Friday, August 23, 2013

Datang Makan Hanya Bila Kita DiJemput

Sekarang ni kan rata-rata opis buat makan-makan raya. Kalau bangunan tempat kita keje tu ada 10 tingkat, setiap hari satu level buat makan, 10 hari makan free TAPI .... kalau SEMUA LEVEL TU JEMPUT, kalau tak jemput jangan pulak lalu lalang situ supaya di jemput. Jangan malukan orang kampung buat perangai buruk macam tu.

Kena fikir, ada opis yang tak dapat jemput semua orang mungkin kerana bajet ciput, buat makan hanya untuk sesama diorang je.

Baca nih, sumber yang aku ambik dari sini
dari Ustaz Azhar Idrus...
1) kalau kita dijemput kenduri, kita pergi dengan kawan, kawan kita tu TIDAK BOLEH makan sama atas alasan datang dengan kita sebab dia tidak dijemput... jika telah makan bersama padahal kita tidak minta izin dari tuan rumah, WAJIB BERTAUBAT dan menggantikan balik harga makanan yang telah kawan kita tu makan...
 2) WAJIB ganti balik walaupun setelah beberapa lama.. sepatutnya kita beritahu tuan rumah kita ada bawa kawan... bila tuan rumah beri izin baru boleh makan bersama... SUNAT tuan rumah beri izin kepada tetamu yang tidak diundang itu..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Soalan yang ditanya oleh hadirin :Apakah hukum makan kenduri di rumah orang kahwin walhal kita tidak dijemput? Tetapi kita makan sehingga kenyang pula. Adakah makanan yang kita makan itu halal atau haram?
Jawapan oleh Ustaz Azhar IdrusHukum memakan makanan di majlis kenduri kahwin tanpa diundang diibaratkan seperti pencuri. Di dalam kitab Feqah, dalam bab walimah ada menyebut mengenai perkara ini iaitu siapa yang tidak dijemput, haram dia makan makanan di majlis tersebut. Tetapi hukum tidak haram pula adalah jika kita sekadar datang di majlis tersebut.
Jika kita makan tanpa diundang maka kita wajib bertaubat dan membayar semula kepada tuannya. Hal ini kerana golongan ini dipanggil pencuri. Untuk memudahkan lagi, teruslah berjumpa dengan tuan majlis tersebut untuk meminta maaf dan menyatakan kesalahan yang telah kita lakukan. 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


So fikir-fikirkan (^_^)
# rendang kupang ni sedap lah


16 comments:

  1. Hohoho...mmg buat malu kg ler klau gitu perangainya...
    Dah orng x jmput...duk dendiam je laaaaa....H

    ReplyDelete
  2. Kat office saya ni pun sama Irfa.. sekarang ni tgh berlangsung majlis Hari Raya unit korporat... tapi kami tak dijemput pun... tetamu sumenya clien2 depa je... siap tampal notis... jangan lalu lalang di kawasan berhampiran majlis sedang berlangsung... BOLEH?...

    ReplyDelete
  3. kami takde open house tahun ni.,. sobbb sedeh!!

    ReplyDelete
  4. nasib baiklah saya ni pemalu :P

    ReplyDelete
  5. Makchaq pernah tersalah makan kat majlis orang, tapi dah minta maaf

    ReplyDelete
  6. wah tq sbb share irfa. lepas ni kena berjaga2 lah. tp stail di germany ni, biasanya kalau pegi makan2, kalau bawak kawan, mmg selalu kena inform tuan umah sbb takut dia bajet elok2 je..:)

    ReplyDelete
  7. saya pun kalau jemput atas jemput atas jemput mmg seganlah nak pi.Tapi tgk keadaanlah juga.

    ReplyDelete
  8. KZ pun tak berani nak makan di majlis yg tidak mendapat jemputan walaupun majlis tu cuma di buaj jiran selang 4 pintu!

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. hahahaha... mcm lah kemaruk sangat nak pegi open house kalau orang tak jemput... heiii jatuh standard kalau tak dijemput pastu buat lalulalang depan rumah orang tu... setakat nasi impit je pun..mcmlah tak penah makan menda2 lain yang lebih bagus dari nasi impit...

    ada orang selamba je kan makan walaupun tak dijemput sebab datang besama dgn kawan yang dijemput tu...

    ReplyDelete
  11. kadang2 org ajak2 ayam saja...hiksss

    ReplyDelete
  12. ahahaha..patut ko forward entry ni kat seseorang tu.. wakaka

    ReplyDelete
  13. memang betoi sesangat.. dah tak diundangkan takkan nak gi gakkan...
    haritu ikut adik sebab ada hal dia lak kena gak gi kawan dia kawen..sure kitani tak berjemputkan.. adik telefon pengantin mintak nak bawak kakak dia, baruler berani nak singgah makan.. kot idak tak nakler akak masuk...

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum,
    Khamis nanti opis kami wat jamuan raya. Bajet memang ciput, kalau ikutkan manusianya 150 orang, tapi tempeh makanan utk 100 je. Tempat pula terbuka...

    Bila ada persoalan "kalau ada tetamu tak undang, yang lalu lalang dan singgah makan, apa nakbuat?", masing-masing tak reti nak jawab. Tak kan nak halau hu hu hu

    ReplyDelete
  15. huish segan kot kalau dept tu tak jemput.dah tentu diorang bajet cukup2 je untuk staff management dalam tu,kan..

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)