Skip to main content

Kanak2 Beraya dan #%^&?<:~!#@


Dari blog kak Zakie, aku tertarik untuk kongsi cerita.

2 malam lepas, jam 10.00 malam, aku dah bersedia nak tido. Terdengar suara budak2 bagi salam (rumah teres rapat2 ni orang sebelah buka pagar dia pun aku rasa macam bukak pagar aku, huhu). Intai dari celah langsir. Nampak 3 orang budak perempuan (paling besar dalam 12tahun), siap berbaju raya bawak beg raya jenis silang tu bagi salam nak beraya rumah sebelah. Aku jeling jam, 10.15 malam. Biar betul budak2 ni, bertuah betul dapat mak ayah baik macam mak ayah diorang. Kalau aku, jangan harap. Maghrib semua dah dalam rumah. Nak beraya pun tengok jam le, akak tu bukan buat open house pun. Aku perasan budak2 ni ada yang berani sungguh, tak tahu datang dari ceruk mana selamba je ketuk rumah orang tak kenal nak beraya. Masa raya ni ler nak tengok budak yang tak pernah tengok, lalu lalang depan rumah nak beraya.

Ada jiran bercerita, tahun lepas ada la dia bagi budak2 masuk beraya. Elok lepas budak2 tu balik, dia perasan dompetnya kosong, duit kena kebas. Dia pun ngaku letak di tempat senang capai, yelah nak layan tetamu terlupa dompet simpan tempat yang selamat.

Sebab tu abam suka beraya di kampung, sebab kami boleh beraya umah sedara mara. Kalau kat taman perumahan aku, memang dalam pagar je lah kawasan dia. Ke taman depan rumah pun, setiap 15 minit aku intai, ada ke tidak. Adakah aku ibu yang 'over protective?' ye, aku ngaku.. nasiblah anak2 aku dapat aku jadi umi diorang.

Dan sedikit kisah malam tadi

'bodoh, babi, tolol, bahlol, setan, sial, pukimak, pegi mampus'. Dan segala macam perkataan yang sewaktu dengannya. Itu 1:10 je yang aku tulis, tak sanggup nak tulis semua. Itu adalah antara perkataan yang aku dengar dari bilik aku malam tadi. Perkataan itu dari mulut sekumpulan budak2 lelaki belasan tahun, rasanya pmr pun belum lagi. Tepi rumah aku tu laluan pejalan kaki, suka benar remaja2 berlonggok tepi longkang tu.

mungkin aku tak moden. Takpe, katalah apa pun. Sebab aku sangat tak berkenan dengan ayat2 macam tu walaupun sekadar bergurau. Sejak dah tak berapa nak muda ni je, kekadang aku guna perkataan tu saat amarah menguasai diri. Cthnya 'bodoh' @ 'gila' tapi lepas cakap menyesal, huhu selalunya masa drive, org suka suki kuar masuk simpang tak bagi signal dan contoh macam semalam (urusan tak selesai kerana satu nombor yang silap taip dalam surat) .

Anak2 aku kecit lagi. Yang sulung tu upsr pun belom. Tipu kalau aku kata tak risau. Aku risau dan selalu fikir macam mana perangai anak2 di belakang mata aku.

baikkah mereka?
sopankah mereka?
depan mata bolehla aku jeling jegil kalau buat silap tapi di belakang mata?

Semoga Allah pelihara anak2 kita dari perkara yang tidak baik dan dari perlakuan yang tidak elok

mood celaru sikit pagi ni keje banyak, semua urgent tapi sempat lagi apdet blog, haha


Comments

Unknown said…
insha Allah..moga anak2 kita semuanya terpelihara dari berkelakuan yg tidak baik macam tu, risaukan sebenarnya dgn keadaan sekarang nih..
Tijah said…
aku kena dah aritu. bagai nak roboh gate kena gegar. pastu agak dah lama sikit xde respon agaknya diorang panjat pulak. aku tunggu je, kalu dia masuk gak gegar grill umah mmg aku call polis la jawabnya...melampau!!!
asyifamustaffa said…
btul..kdang risau juga..persekitaran luar juga anak2 bole terpengaruh...mudah mudahan anak2 kita sentiasa menjaga tingkah laku...apa yg penting..doa je la yg terbaik utk mereka.
NenetPenne (NP) said…
tu semua nak duit raya la tu...konsep pemberian duit raya dah berubah sekarang..
budak sekarang ni bahasa kemain hot...
kalau kita okay dgn anak2 kita, they will be okay...
Dr K said…
Kalau kat rumah my parents or rumah mertua, akan ditanya awal2 budak2 yg dtg ni..nak duit raya ke nak makan kuih? Mmg la mereka akan jawab nak duit raya...hahaha..So bagi duit raya, salam..mereka terus beredar..Jadi kita pun tak payah la nak hiding air bagai..:)

Ps: Rumah mertua saya tu di Kg Batang Benar. Tahu ke? :P
MOKCIK AZWA said…
Kat Putrajaya takde pagar..so sabarrr jer laaa...minggu lepas belum bermula, mungkin minggu ini akan bermula macam tahun lepas..tiba2 jer ramai bebudak rajin bebenor datang beraya. Anak dara dua orang pun terikut sama dengan kumpulan kawan2 dia..bila mokcik dapat tahu. apa lagi, terus kena kuarantin la jawabnya..i mean tak elok la kacau orang semata2 nak dapatkan duit raya masa weekdays. kalau weekend tu boleh dimaafkan lagi, tapi kena tengok juga masa pukul berapa.

Masalahnya, ada juga tamu dewasa yang bawa kaum keluarganya datang beraya bertandang ke rumah orang jam 9 malam ke atas, unless betul2 perlu dan rapat.. which i think is not that proper la..mungkin anak2 ini meniru tingkah laku orang dewas ini.
Irfa said…
MAMA ARYAN..
sbg ibubapa sehabis baik kita cuba didik anak2 kita
kdg2 anak tanya 'knape kawan boleh,dia tak boleh?'
susah nak jawab..tp slow2 kna terangkan kat dia
Irfa said…
TIJAH..
itu aku dgr dr jiran jugak.sbb dia x balik raya
katanya budak2 gegar pagar dia mcm nak roboh
aku ikhlas cakap, tak berani nak tegur budak2 skrg
silap tegur.dia jeling kita balik
jeling ok lagi..silap hari bulan menjawab
mendidih darah
Irfa said…
ASYIFA..
ye..betul
banyak masanya di skolah bersama kawan2
dapat kawan yg mendorong ke arah + alhamdulillah
sbb tu kena kenal siapa kawan anak kita
Irfa said…
KAK NET..
sampul hijau tu dh macam wajib, org hulur anak kita mesti kita pun kena hulur jugak.itu xpelah lagi.tp yg dtg terjah tetiba entah dr mana datang tu,sy fikirkan keselamatan diorang.tengah panas terik ketuk pagar rumah org nak beraya.mak ayah tahu ke?nak kata x tahu takkan pulak.keluar rumah mesti le mak ayah tahu kan?
Irfa said…
DZ..
kalau tanya komfem la dia jawab 'nak duit raya' tp itu dah nama mintak sedekah cara moden.dtgnya setahun sekali, cuma hari raya je
budak2 ni berani dtg beraya sbb dia ada target apa barang dia nak beli dgn duit raya tu.sbb tu main redah je selagi target belum tercapai
tahun lepas smpi mggu ke 3 syawal masih ada yg ketuk pagar nak beraya.huhu

kg batang benar?oh,sy lalu situ kalau nak balik cheras naik komuter,situ banyak kampung
Irfa said…
KAK AZWA..
yg tak berpagar konfem la buka pintu dah terpacak
hehe.

sy pun antara yg tak setuju konsep beraya selama sebulan
sminggu pun dah cukupla rasanya..puasa tu takpe sebulan
sy prefer call dulu tuan rumah sebelum dtg beraya
rasanya tuan rumah boleh bersedia apa yg patut,tidakla nanti menjatuhkan airmuka tuan rumah kalau dia belum sedia terima tetamu
mmglah tetamu dtg bukan nak makan,tp malu la tuan rumah hidang air kosong
paling bodoh pun nak jugak sediakan mee goreng ;)
Unknown said…
daddy ziyyad,
mak saya pun sama. terus je tanya.. nak kuih ke nak duit raya.. mostly memang jawab nak duit raya la.. hahaha..

irfa,
bebudak skang pun da ada target nak dapat duit raya banyak mana tau..
Irfa said…
RAI..
anak aku si abam tu dah akap awal2, duit raya abam nak beli jam ICE dan kasut bola.hehe,sib baik cukup..tak cukup konfem aku la kena topup ;)
tapi kutipan pun org terdekat je,tak de nak ketuk pintu rumah orang
umie dia kan garang..hahaha
izawani said…
Kat umah akak ni... tak ada budak beraya pun... hehehe... baguih dok ado !
BungaTulip said…
Kak Irfa,

Saya teringat masa raya bebaru ni kat kampung (Sabah) ada kumpulan budak ni datang beraya kat rumah (kecik lagi, umur dalam 6-9 tahun) naik rumah je kat muka pintu terus cakap 'tak payah la kami minum air, kami nak duit raya je'. kitorang dalam rumah saling berpandangan, lepas tu pecah ketawa. tak pernah2 lagi sebelum ni ada budak yang berani terus terang macam tu.adei... mungkin dalam kepala diorang dah set Hari Raya = dapat duit raya :)

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')