Monday, August 19, 2013

Kes Dera, Dulu Bukan Takde Tapi Tak Heboh

Dah basi kot nak citer pasal ni. Saja je malas nak ulas masa tengah 'hot', kalau ulas masa tengah 'hot' nanti melecur tangan, hihi.

Kes suami yang konon 'ajar' isteri pakai kaki tu. Dah serah diri dan dengar citer dah mintak maaf kepada semua para wanita. Oklah tu kot, orang minta maaf kenalah kita maafkan.

Tapi ada la orang komen. Katanya 'sekarang ni makin banyak kes dera/pukul bini ni. Zaman dulu2 takde pun kes macam ni' aku punya respon emm iyekan jelah. Dalam hati membuak2 nak komen, haha.

Takpe, aku komen kat blog dan paksa korang setuju ngan aku, hahaha.


wachaaaa


Aku percaya kes dera/pukul bini ni bukan perkara baru. Dulu2 zaman tok nenek kita pun dah wujud kes ni. Tapi nenek2 kita dulu takde fb nak luah perasaan walaupun sekadar bagi hint. Takde paper nak keluarkan kisah dera mereka. Nak citer kat mak ayah, adik beradik mahupun jiran tetangga pun malu. Rahsia dalam rumahtangga memang tertutup rapat. Tambah pula zaman itu, kaum isteri sangat bergantung pada suami.

Tapi dunia sekarang, semuanya di hujung jari. Tak puas hati dengan si suami sebab lupa beli tomyam pun tulis kat fb 'sampai hati orang tu, pesan beli tomyam pun tak beli. Lain sangat zaman bercinta dulu, pesan beli jentolak pun sanggup' itu contoh ye puan-puan.

kan? kes dera bukan zaman sekarang je tapi sejak dulu2 lagi. Selagi berfikir pakai lulut selagi itu kes dera takkan selesai. Mak aku kata 'kalau sekali tangan naik ke muka. Insya Allah akan ada episod ke dua dan seterusnya'

semoga kita di jauhkan dari manusia yang bersifat kejam. Amin


# hari ni half day, ada urusan seri paduka baginda :)




12 comments:

  1. tak tahu nak komen apa tapi akak panas hati kalau tengok pompuan lembik bila kena debik dek laki..haishhh

    ReplyDelete
  2. Irfa... betul tu...selagi kaum wanita takut untuk melaporkan kes penderaan pada diri mereka... maka kes dera isteri pasti tidak akan berhenti...

    Yang herannya org pompuan ni pun satu... dah puas kena pukul pun masih cinta tahap gaban kat laki yang tak berguna tu...

    ReplyDelete
  3. Sangat setuju :) Kita hidup di dunia dimana maklumat hanya di hujung jari. Suami lupa beli tomyam pun satu dunia akan tahu..apatah lagi kes dera mendera ni kan.

    ReplyDelete
  4. betul dik dulu2 siap menipu lagi..kalau muka bengkak..katanya jatuh..tapi dah kena tampo
    dengar ceritanya la he he

    ReplyDelete
  5. men tend to use their strengh to those who are weak. cuba dari awal kita tk bagi chance, tobat depa tk brani..moral of the story jgn bagi muka dri awal,or else..tinggal saja.cerai pun tk pa..ada brlmbak good men out there..setuju?

    ReplyDelete
  6. hmm...betul tu irfa, kan? kesian org dolu2 ek?

    ReplyDelete
  7. zaman kita kalau majuk ngan laki, lari balik pintu je..

    eh sapa dah cakap gini kat aku..

    ahahaha..

    **mcm la da tua sangat "kita" tu kan..wakaka

    ReplyDelete
  8. betul tu irfa. mak saya kena dera emosi, tp bertahan bertahun2. dah tua2 ni baru la akhirnya bercerai. so mak sya pesan, jgn jadi isteri yang bodoh macam dia. saya percaya kita perempuan ada hak untuk bahagia, so kita kena fight sbb apapon akan bagi kesan pada anak2

    ReplyDelete
  9. kes isteri dera suami pun banyak juga ..... huhu

    ReplyDelete
  10. Cara dia minta maaf dgn wanita M'sia dgn muka senyum sinis dan selamba katak tu yg buat kakak rasa tak dapat nak maafkanlah dia tu dik...

    ReplyDelete
  11. dolu2 masa kecik kena bantai dgn mak apak jgk.. tapi takde la sampai camni.. takat piat telinga, libas dgn tali pinggang tp takde la hayun sekuat hati.. dolu2 kena bantai sbb nak ajar kita kan...

    ReplyDelete
  12. sekali didera bersedialah utk terus didera walau bribu kali ucapan maaf dilahirkan

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)