Thursday, August 1, 2013

Kisah Sahur dan Kisah Berbuka di Nasi Kandar Lawood, Nilai

Bila hujung2 Ramadhan ni, otak agak malas nak fikir 'apa nak masak untuk berbuka?' dan 'apa menu sahur nanti? nak masak lauk lain ke atau nak panaskan lauk berbuka tadi?'. Aku ngaku sejak akhir2 ni alahai malasnya nak masak beria-ia selama ni penuh meja ke ko masak? huhu. 

Masak untuk berbuka ok lagi sebab semua tengah lapar, Insya Allah takde pembaziran. Tapi kalau sahur, lupakan la nak main masak-masak. Mana tidaknya, keje nak mengejut orang bangun sahur pun boleh mendatangkan amarah. Kejut sekali, dua kali tak layan. Paling rajin pun aku cuma buat nasi goreng je. Senang nak suap, semua ada dalam satu pinggan tinggal suap dan kunyah je, itupun ada yang kunyah sambil mata pejam, huhu.

Meh tengok gambar, kejadian berlaku Sabtu lepas masa aku memang tak larat nak buat apa sebab menahan sakit perut gara2 Gastrik. Kami dalam perjalanan nak balik umah mil, kuar umah dah lewat lepas tu nak ambik stok popia serunding kat rumah kawan, takut jem di Jalan Tun Razak kami buat keputusan berbuka jelah dulu. Makan area Nilai je, penah tulis dulu di entri ini.  

simple je nasi kandar ni
ayam goreng, kari dan sayur kubis
tapi makan sampai licin pinggan
# intai apa tu abam?

model ayam upin ipin
selamat berbuka ye
(^_^) 


4 comments:

  1. betul.kalau brbuka memang lalu makan, tapi msa sahur susah sikit.sya pun buat nasi goreng slalu masa sahur, then ada smbal blacan dn ikan goreng panas..boleh la jugak telan.

    ReplyDelete
  2. Harini saya sahur dengan telur mata kerbau kicap je.hehe

    ReplyDelete
  3. sesekali berbuka kat luar seronok jg...makan mskn orang yg masak sedap je rasanya...

    ReplyDelete
  4. rajin jugak ko nak menggoreng goreng.. aku buat telur mata je..makan ngan kicap..haha

    kejut orang sahur memang boleh mendatangkan amarah!

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)