Monday, August 5, 2013

Ramadhan 27: Iftar Bersama Adik2 Sempena Akhir Ramadhan

hai korang (^_^)
masih ada yang keje?
aku la tu, hahaha 
(ingat dah nak start cuti raya hari ni
tapi terpaksa datang keje sebab report takleh submit Jemahat lepas,
 datang keje hari ni dengan nawaitu nak setelkan repot je,
 Alhamdulillah setel jugak jam 11 pagi tadi,
lega rasanya)

sunyi sepi blog ari ni, takpelah
bercerita sekadar mengisi masa terluang

Semalam, berbuka dengan adik2
semalam cukup korum, 5 beradik berkumpul untuk buka posa
kali ni dirumah adik lelaki yang dah kawen tu
dia dan adik pompuan sorang lagi tak dapat balik raya
kiranya kami berkumpul semalam sempena pra-raya la 

Jemput layan gambar ye

bila dah ramai, semua makan bersila kat bawah je

pelakon utama
siakap sweet sour
my adik ipar yang masak

pelakon tambahan -ikan kembung percik putih
also homemade by adik ipar

juga pelakon tambahan
ayam percik putih
ini menu param
gulai kawah, dijamin sedap

menu param juga
gulai lemak siput sedap yang sedap dan secukup rasa
boleh beli lagi tahun depan, hihi 

ni pun menu param
paru goreng ala kayu
mana tak kayu, keras giler
macam nak patah gigi mengunyahnya
tara.....
homemade by me
sambal tempoyak goreng dengan ikan bilis
itupun main campak2 sebab nak cepat

sambal tempoyak goreng dengan ikan bilis
rekues dari tuan rumah (adik lelaki aku)  


panel jemputan
dari kiri: Ajaa, Iris n Ajiboi

14 comments:

  1. Seronok nye dpt berbuka puasa dgn adik bradik..
    kalo ramai2 lg meriah...
    kalau selalu berbuka dgn dowang pun takpe.. sonok... bile dah berumah tangga ni.. batas waktu yg memisahkan.. dan jarak... (padahal tak le jauh sgt.. KL je..) hehehe...

    Selamat menyambut lebaran..
    Salam Kenal!
    1stime mai blog irfa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eMMe..
      salam kenal dr saya,tq sudi singgah sini ye
      alhamdulillah, adik2 duk dekat
      boleh la jumpa selalu

      salam aidilfitri in advance dr sy ye

      Delete
  2. Wah..xtahan betul tgk pelakon utama nie..sedap :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. RatuHatiku..
      hehe, pelakon utama tu mmg jadi perhatian malam tadi
      licin tinggal tulang je ;)

      Delete
  3. Seronok berbuka beramai-ramai bersama adik beradik. Selamat Hari Raya Aidilfitri kak Irfa

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya Irfa..maaf zahir dan batin kalau tersalah bahasa sepanjang JM komen kat sini. kalau ada terguris di hati..jgn d simpan yer..mohon maaf sgt2..Ikhlas dari JM :-)

    Bila start cuti ni?..kat opis JM pun dh lengang..JM yg ada lagi..hari rabu baru cuti..mood kerja dh ke laut..adusss

    ReplyDelete
  5. seronoknyer.. akakni tak sabar nak balik raya sebab semua pun berkumpul... berkumpul adik beradik memang momen terindah...
    selamat hari raya aidilfitri.. mohon maaf zahir dan batin...

    ReplyDelete
  6. esok dh cuti berblog so kena mai blog irfa dulu, slmt bercuti irfa salam idulfitri maaf zahir batin....

    ReplyDelete
  7. Potluck sesama adik beradik ni sebenarnya mengeratkan ukhwah yang sedia ada. Alangkah seronoknyaaaa.! Kak Azie berkenan dengan kuah percik yang putih tu. Bila bila senang, boh resipi kat blog ya. Then inform Kak Azie. Nak belajar buat lah! :)

    Tiada kata secantik bahasa,
    Tiada kad seindah Kad Raya,
    Andai ada tersalah tingkah dan kata,
    Marilah bersama bermaafan sesama kita.

    SELAMAT HARI RAYA,
    Maaf Zahir Batin.
    Ikhlas penuh kasih, Kak Azie

    ReplyDelete
  8. Amboi adik ajaa.....posing mengalahkan model. Hehe

    ReplyDelete
  9. nyum2 sedapnya. puasa thn ni dua kali buat gulai siput sedut..
    bulan puasa, setiaphari kami makan santan dan keju.. lepas raya memang kena berjogging semula.. hehe

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)