Skip to main content

1 Night @B-Suite Penang Hotel and 1 Day @Penang Airport

Emmm, tajuk cam pelik je kan? Kalau ikut hati memang malas nak tulis tapi Blogku Diariku jua kan? kenalah tulis sebagai bahan bacaan sendiri bila pencen nanti, okey.. tak lawak.

Meh la kita citer ye, kalau bosan sila klik X atas belah kanan tu ye kerana entrinya mungkin sedikit panjang dan juga membosankan.

Kisah bermula bila adikku CV ni pertama kali di hantar outstesen katanya. Dia dapat tahu kena hantar O/S pun sehari dua sebelum tarikh tersebut, macam bidan terjun pun ada. Tak pastilah kenapa dia yang di hantar sedangkan ramai lagi orang lain boleh pegi adakah beliau di pilih selepas semua orang taknak pegi? hahahaha saya harap dia tak baca blog saya hari ni

Sebelum offer aku, dia dah offer adik2 yang lain tapi semua ada hal. Pasal keje dia boleh setel tapi tido sorang kat hotel tu sedikit seram ni kes ada la yang suka buat cerita seram kata ada itu ini bla bla. Di pendekkan citer, kami terbang ke Penang dengan flight jam 8 malam hari Khamis, aku yang balik keje dengan masam2 terus pegi je, dia sempat lagi balik mandi dan bersiap macam orang nak pergi coti coti, huhu.

Sesampainya kami di Penang sudahpun malam, dijemput oleh wakil syarikat Pak Brahim dan di hantar terus ke pintu hotel. Ingatkan diorang nak bawak kami jenjalan tengok lampu kat Padang Kota dulu, huhu. Mungkin diorang ingat kami penat dan nak berehat. So masuk bilik, mandi segarkan badan dan kuar cari kedai makan, banyak kedai dah tutup, nak jalan jauh rasa cam tak berani sangat so kita makan kedai dekat2 jelah. Boleh lagi makan nasi kandar jam 10 malam lepas makan pandai pulak komplen, kenapa dalam gambar nampak peha besar, pui.

Oh lupa nak citer, adapun hotel B-Suite itu berada di tengak bandar. Buka tingkap depan bilik, nampak rumah orang, belakang hotel ada rumah kedai gitu. Sangat tidak menarik pemandangannya tetapi ............... biliknya adalah luas, boleh makin kejar2 lagi. Sesuai untuk yang datang berkeluarga, boleh ajak sedara mara datang bawak toto tumpang tido sekali. Shower dalam bilik mandi pun best, ai like

Tido sambil rindukan anak kenit kat rumah. Lena tak lena gitu, sedar dah Subuh, sib baik tak subuh gajah ops, gajah solat subuh ke?

Jam 8.30 kami dah siap, sarapan dulu sementara tunggu wakil PakBrahim datang pick up. Hantar aku ke airport dulu sebab dengar kata kapal penuh dari pagi sampai malam. Kena pegi awal2 kalau tak bermalam sehari lagi kat Penang, tak nak aku. Dah konfem dapat seat, apa nak buat? tawaf airport sambil perhati gelagat maknusia. Sempat lelap kat kusi urut yang kena masuk duit rm3 tu. Kena urut 9 minit tapi sempat lelap dekat sejam. Terbangun pun sebab ada sorang nyonya bising kat sebelah sebab tak reti nak guna kusi urut tu, lepas tolong dia On kan kusi tu, aku pun dah xleh tido.

12.30 CV datang ambik aku melepak tempat dia buat keje. Sesambil dia buat keje, aku pulak duk menternak lemak dalam opis tu. Tea lady pulak selang 30 menet hantar makanan masuk, dah tak tahu nak isi celah mana dah makanan tu. Tak makan sayang, sedap tu...

mula2 sampai makan ni

pasta, buah, cheese cake dan apple jus
pastu lepak jap dalam 3.30 petang masuk pulak goreng pisang panas dengan teh o panas, jap lagi masuk mee goreng mamak, konfem la sedap sebab yang masak adalah chef PakBrahim.



Sedang aku berenak-enak makan dalam sejuk ekon, CV duk berpeluh kat tengah panas terik di luar sana. Nasib la kan, kata datang teman je, bukan suh aku buat keje, hihi

Sib baik semua setel jam 4.30 petang, dapat balik dengan tenang. Sebelum balik kami di bawak beli jeruk. Orang kata tak sah datang Penang kalau tak dapat beli jeruk. Tak pasti jeruk sapa yang femes kat sini PakAli ke Pak Abu, aku bukan peminat jeruk, so mana diorang bawak aku okey je. Tak banyak pun beli, dalam rm20 je aku beli jeruk sebagai buah tangan tapi 1/2 tu abis di makan oleh en abe dan si abam. Tak tahu pun diorang suka jeruk.

Flight kami ke Klia jam 7.50 malam, untuk 'membunuh masa' aku melayan karenah CV bergambar disetiap pelusuk airport Penang tu. Aku ada la beberapa keping gambar tapi segan nak tunjuk, jerawat lom hilang lagi, huhu. Tengok gambar pun nyampahs.

okey sekian cerita ke Penang, tapi dah cakap ngan en abe, hujung tahun nak datang Penang satu family, khas untuk trip makan-makan je, sebab orang kata makan2 kat Penang best macam jugak orang gi Kelantan untuk makan2. Oh lupa, en abe penah cakap pencen nanti dia nak duk Penang. Jauhnya aku berhijrah dari tanah tumpah darah ku, Kelantan ke Selangor dan menetap di Nismilan lantas ke Penang, alahai ....# insyaAllah kalau panjang umurnya


Comments

Unknown said…
makan kat utara best! kalau kat kedah lagi seronok.. kitorang agak suka pegi sana just utk jalan makan makan.. hahaha..
aNIe said…
Irfa...mee goreng tu nampak sedap....alahai....meleleh air liur
Aisy Nasiha said…
Bestla dapat tinggal di banyak tempat, pengalaman pun banyak tu...
aitotyati said…
Jeruk pak ali terbaik. Insyaallah klu mkn xde gtl tekak n batuk2 sbb cara penyediaan nya bersih. Heee dulu study usm tu yg salu blk mesti bw jeruk
HeNRieTTa JoSe said…
Oooo...wt kerjanye kat airport ke?pakBarhim?ngah fikir...apaakah itu nama syarikat...
Cik Sibuk said…
dulu ofis ada branch dekat penang..so kalau ofis mate gi penang mesti dorang bawak balik buah tangan jeruk. mmg popular agaknya jeruk ni kot kalau orang pi penang. I pun first time tau sebab bukan peminat jeruk
NenetPenne (NP) said…
ingatkan nyonya tu bising sebab irfa tidur kat kerusi urut tu...hahahaha
Unknown said…
wahhhh syoknya p penang!
Anonymous said…
Appreciation to my father who informed me about this website, this website
is truly amazing.

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')