Friday, September 13, 2013

Besan Sebantal

Eh, dah nak balik ke? Rasa cam laju je rasa jam bergerak hari ni kan? ini semua poyoo, hihi. Break time 2 jam tadi sempat ke kelas ilmu, panel jemputan ialah Ustazah Zawiah Hassan. Sebelum Ramadhan lepas, beliau penah datang ceramah kat opis aku. Klik sini untuk kisahnya. Kali ni buat kat bangunan sebelah, kena naik shuttle la nak gi sana sebab jauh sikit, nun kat surau di bangunan cik CV keje.

Beliau share ilmu tentang hak-hak wanita, samada masih dalam perkahwinan atau sudah bercerai. Tapi ustazah kata, masalah jarang timbul masa rumahtangga aman damai Tapi kata ustazah 'masa bahagia takde masalah, masalah hanya akan timbul bila berlaku penceraian jika wanita tak tahu apa hak--hak mereka'. Jadi aku share sikit apa yang aku ingat sekali lagi masuk kelas ilmu tak bawak buku nota, huhu. Pen je bawak takkan nak tulis atas tapak tangan kot

Antara yang aku ingat ialah tentang :

1- Bila dah kawen, isteri patut menyimpan sendiri surat nikah. Banyak berlaku bila dah bercerai/nak proses bercerai dan hakim bertanya 'mana surat nikah?' isteri jawab 'takde tuan hakim, surat nikah suami yang pegang/simpan'. Kalau tengah takde masalah okeylah, semua manis je. Tapi bila ada masalah kan susah nak rujuk sebab takde surat nikah. Takde sapa yang kahwin nak bercerai, tapi hari akan datang kita tak tahu.

Ada dua jenis haram dalam sistem perkahwinan

HARAM MUABBAD (haram kekal)
cthnya: haram berkahwin antara bapa saudara dengan anak saudara, ibu tiri dan anak tiri dsbnya

HARAM MUAQQAT (haram sementara)
cthnya: seorang lelaki boleh berkahwin dengan adik iparnya (adik isterinya) jika sudah bercerai dengan si kakak samada ceraihidup/ceraimati. Tak boleh berkahwin serentak dalam satu masa

LELAKI ADA EDAH
lelaki juga ada edah (jangan ingat pompuan je ada edah) tapi edah ini hanya boleh digunapakai oleh lelaki yang sudah mempunyai 4 isteri tetapi berhasrat nak kawin sorang lagi. Jadi dia kena ceraikan salah seorang isterinya (sebab kuota isteri cuma 4 je kan). Bila dah cerai, dia kena tunggu bekas isteri itu habis edah (3kali haid), barulah dia boleh kawen lain (yelah, kang tetiba dalam edah bekas isteri peknen@tetiba rasa nak berbaik) dah jadi masalah sebab bininya dah jadi 5.

BESAN SEBANTAL
yang ni aku tak penah dengar, rupa2nya ini berlaku bila situasi seperti contoh dibawah:

Anis berkahwin dengan Ali, mak dan ayah mereka (janda dan duda) selalu la datang umah mereka sebab nak tengok cucu. Bila dah selalu berjumpa dirumah anak mereka, selalulah mata bertemu mata dan hati sudah jatuh suka. Dipendekkan citer Ayah Anis melamar Mak Ali, diorang yang dulunya cuma besan tapi bila dah kahwin mesti la tido sebantal. Maka jadilah pepatah 'besan sebantal'. So cute kan?

emm apa lagi ye? itu je kot, ada ingat nanti aku tulis lagi. apa lagi pepatah yang korang rasa cute? cer share

Selamat berhujung minggu



13 comments:

  1. Tima kasih berkongsi ilmu. Baru tahu lelaki ada edah dan besan sebantal ni. Tapi memang ramai wanita tak tahu hak2 mereka, bila ada penceraian, mereka selalu jadi mangsa. KZ pernah ada kawan yg bergantung tak bertali 8 tahun. Ada org nak tapi dia masih bergelar isteri orang. Bila umur dah meningkat, ada org nak pun dia dah tak berselera nak kawin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK ZAN..
      sebab tu org kata nak bercerai lagi susah dr nak kawen
      sy anak cousin yg digantung tak bertali berbelas tahun,puas dah dia turun naik mahkamah tapi endingnya di suruh balik berbincang.nak bincang apa?suami pun dah hilang tah kemana..tggl dia ngan anak2.masa muda ramai yg berminat nak ambik sbg isteri tp xboleh sebab dia status gantung tak bertali,dah tua,dia pun dah selesa hidup sendiri

      besan sebantal tu biasa berlaku dlm masyarakat. cuma saya tak tahu mmg ada nama khas untuk kes macam tu.biasa dengar salin tikar je ;)

      Delete
  2. Kali pertama dengar istilah besan sebantal tu

    Terima kasih berkongsi ilmu. Lain kali bawalah buku nota. Boleh catit lagi banyak ... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. YB..
      kena buat alarm.makesure bawak buku kalau ada tazkirah ;)
      rugi sebab banyak yg lupa.igt point penting je

      Delete
  3. comel je bunyi besan sebantal.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. RAI..
      org kita mmg kaya dengan simpulan bahasa,pepatah dan sebagainya

      Delete
  4. Sharing is caring..kan irfa dapat pahala sebab panjang2kan ilmu (bukan panjang tangan tau hihihi)

    ReplyDelete
  5. salam irfa, wah info menarik ni... tq for sharing :D

    ReplyDelete
  6. Laaaa..
    Sekapal pulak citer kita ari ni kan Irfa.

    ReplyDelete
  7. Edah perempuan 3 kali haid kan, biasanya haid yang normal adalah setiap bulan. kalau yang tak normal, macam 2 atau 3bulan sekali, haa tu memang kena tunggu waktu haidnya juga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. TATA..
      gitulah katanya
      nasib lah kalau jenis yang haid datang 3bulan sekali :)

      Delete
  8. salam ukhwah bt ifa….pernah juga ikuti ceramah bab yg sama suatu ketika dulu, tapi biasala cepat je lupa…bagus dpt refresh kat sini. tq ifa ;)

    ReplyDelete
  9. hehehe seronok baca ni...geliati pulak pasal besan sebantal..ya la..cucumu cucuku kan? thanks for sharing irfa..

    cer ingat yg lain2 lg tu...best la baca..

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)