Friday, September 27, 2013

Ehem Ehem

Emm, nak tulis ke tak nak? Tulis jelah, kalau korang nak gelak, sila kover sikit. Pc aku ni spesel, buleh nampak kalau korang gelak tau walaupun korang nyorok bawah meja. Sekalipun korang bukak blog ni kat Kutub Selatan. Tak caya? Saya tak tipu, saya tak tipu, hihi.

Tak pasti la korang perasan ke tak, sejak 2 hari lepas aku ada tambah pages kat blog ni. Ala tak nampak? malunya kita nak citer, huhu. Dia ada kat situ (sambil jari jemari tunjuk kat bahagian header, atas iklan Nuffnang tu)

Okeylah, citer terus terang jelah. Aku memang ada buka satu blog bisnes kononnya. Baru lagi dalam bulan Julai yang lepas. Hajar Closet nama diberi, konon nak bisnes kain cotton. TAPI, blog tu ala hidup segan mati taknak la pulak. Sebabnya takde barang baru pun upload kat situ. Macam mana nak upload gambar kalau barang dah sikit, nanti orang kata barang dah tak abis baru nak jual kat blog. Bukan gitu ye..

Gini kisahnya, bila ada stok masuk ... aku akan open table kat kengkawan terdekat dulu. Jadi, belum sempat aku nak ambik gambar, barang dah tinggal selai dua. Segan lah aku kalau setakat 2,3 pasang je nak letak kat blog. Semalam saja aku dah jual 3 kodi Inner Magic (60 helai) kat kengkawan terdekat je. Dalam hati naklah jugak buat majlis potong riben untuk blog bisnes tu tapi asyiklah bertangguh. Maklumla, bisnes modal kecik je, lainlah kalau beli barang pakai kontena. Bolehlah panggil wartawan sekali buat liputan, hihi.

Aku nak share sikit kisah, sebenarnya aku akui tak mudah nak bisnes online ni. Kena betul2 minat dan sabar lebih sikit. Semalam ada satu kes, ada orang sms nak Inner Magic 10 kodi (1kodi=20 helai). Kalau 10 kodi korang kira la sendiri. Aku ni bisnes kecik2 so bila order banyak kenalah check stok. Kol supplier tak berjawab. Mungkin dia ada hal masa tu dan tak perasan sms/kol aku. Customer dah tanya banyak kali ada ke takde stok. Aku dah cuak ni, malu kat customer pun satu hal. Last2 supplier reply bagitau stok tak cukup. Aku masa tu baru nak taip sms bagitau stok tak cukup, elok pulak customer sms bgtau kensel order  ada la alasan kenapa nak mintak kensel.

Tarik napas panjang aku masa tu.

1-Nafas LEGA = sebab aku pun memang nak cakap stok tak cukup, ingat nak bagi stok yang mana ada dulu

2-Nafas KECEWA = kecewa sebab urusniaga tak menjadi, sedikit kecewa juga kerana membayangkan $$ yang dah nak masuk poket, terbang begitu sahaja. Tapi aku sedar ada hikmahnya. Korang bayangkan kalau masa aku ctc supplier tu dia terus jawab 'ada stok, nak hantar sekarang ke?'. Tak ke naya, bila stok ada tetiba customer kensel. Apa jadi?

Jadinya, kesimpulan yang aku dapat ialah SETIAP YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA.

1- aku dapat kawan baru (customer yang tak jadi bisnes tu ler. kami siap berbalas wsap mcm kawan, mungkin lepas ni kami boleh bisnes cara lain, sapa tahu kan)

2- kalau dah bukan rezki kita, tetap bukan rezki kita.

Apapun aku happy dengan apa yang aku buat sekarang. Mungkin sedikit susah payah sekarang, tapi semua itu mungkin akan jadi pengalaman yang manis bila dah berjaya nanti. Insya Allah. Doakan aku ye

Konsepnya, BUKAN SENANG NAK SENANG, BUKAN SUSAH NAK SUSAH. berbelit kan? Apapun aku tabik spring pada mereka2 yang berjaya dengan income 4,5 angka cuma dengan bisnes dalam talian (online bisnes).

Okey, itu je nak share

Sekian

~SayaMakBudakBaruBelajar~



15 comments:

  1. ehem..ehem! dah mula meniaga online!

    ReplyDelete
  2. Rezeki tu ada dimana-mana. ..yg penting usaha. Saya biasa jugak bisnes kain pasang, kerongsang, tupperware. tapi kat opis jer. hehehe...yg jadi mati mood nk bisnes bila ada ynag berhutang liat nak bayar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. NEA LOPAH..
      bermula ngan suka-suka jugak ni
      mmula tlg jual orang lain punya stok,sekarang baru berani melangkah setapak
      takut memang ada,tapi lambat @ cepat abis juga..

      so far kat opis ni diorang ambik dulu n bayar gaji
      xde lagi kes culas mmbayar
      sy pun bagi 2x bayar sebab tu diorang ambik kot

      Delete
  3. Betul ada hikmahnyalah tu..

    Kakak suka lihat mereka yg berjaya business online, teringin juga nak buat tapi tak tahu nak business apa. Kalau kakak pandai rasanya kakak tak mahu kerja kat office lagi.

    ReplyDelete
  4. wah wah tahniah. selamat maju jaya :D

    ReplyDelete
  5. akak pun teringin nak bisnes tapi tiada ilmu di dada.
    selamat maju jaya irfa!

    ReplyDelete
  6. Kagum dgn irfa..dah mulakan langkah utk buat pendapatan sampingan.. saya lak masih dalam angan angan...entah bila nak mula

    ReplyDelete
  7. Bisnes sambilan ni memang kena selalu bertenang. Tak leh terlalu excited. Biar ia berjalan perlahan tapi konsisten. Moga terus maju! Ada rezeki tak ke mana...

    ReplyDelete
  8. Wah" Bagus tu irfa, dah mula meniaga. kak yus ada hati juga, tp selalu tak menjadi. Nanti kot, dah takde anak kecik, nak juga buat bisnes online, tp takut dah terlambat je...huhu.

    ReplyDelete
  9. ehem ehem.. page kat FB tak promote!!

    ReplyDelete
  10. bagus Irfa, FB medan marketing terbaik..promote la kat situ

    ReplyDelete
  11. insyaallah akak support awak dari belakang yea.....

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)