Skip to main content

Jika Di Izinkan OlehNYA

tadi bukak diary sebab terlupa nombor akaun. Aku kan Betty La Fea, semua benda tulis dalam diary. Tak kenal Betty La Fea? sila gugel

Telenovela yang femes satu ketika dulu
tentang seorang gadis yang 'bergigi besi'
tak cantik tapi lurus dan baik hati
suka menulis diary tentang apa sahaja
suka kat bos dia dalam diam
sedih tengok citer ni dulu   
masa belek diary, terjatuh satu kertas
 aku pandang kertas tu macam jumpa geran tanah
Pandang lama-lama hati makin sayu
Nak tahu kertas apa? 


ni ler kertasnya
dalam tu tercatat tahun2 yang akan datang
umur en abe
umur aku
umur anak2


meh zoom lebih dekat
pada tahun 2035
umur en abe 60 tahun hampir umur ayah aku sekarang (59 tahun)
umur aku 56 tahun lebih kurang umur mak aku - sekarang 55 tahun 
umur kakak 34 - mcm umur aku sekarang
si abam 30 tahun 
dan adik 25 tahun

kalau semuanya berjalan lancar
mungkin masa tu ada ada 2,3 orang cucu, hehe 

kita hanya merancang dan mampu berangan
tapi semua itu hanya akan berlalu jika dizinkan olehNya
InsyaAllah

hargai setiap saat dan detik yang kita ada sekarang
esok lusa tahun depan, itu bukan urusan manusia

(^_^)



Comments

asyifamustaffa said…
pandangan jauh ke depan...:)
Kamsiah yusoff said…
Inshaa ALLAH kalau dipanjangkan usia..boleh merasa bermain dgn cucu dan cicit
Cikja said…
eh menarik pula jadual umur ko ni irfa..
sweetie said…
Saya suka tengok yo soy Betty la fea tu... kat ofis ada TV apa lagi tiap petang saya 'selamba rock' duk depan TV... tiap petang tak mis.
:: CIKVIVA :: said…
Makcek umo brapa?? Lalalalala....apakah??

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')