Skip to main content

Kisah Sepasang Kasut

# Mood stress, huhu

Hari ni 3 September, petang nanti ada majlis hari raya lagi. Ini besar-besaran punya, yang aku duk apdet sebelum ni tu semuanya unit kecik2 punya je. Hari ni pakai baju kurung cotton bunga kecik2 kaler merah dan shawl merah. Sampai opis, tengok semua orang pakai merah, dalam hati rasa macam 'eh!ramainya pakai kaler merah hari ni, kebetulan sangat' .Rupa-rupanya nya tema majlis tu memang merah, aku je yang tak baca emel sampai habis tapi tak sangka pulak kebetulan yang amat betul, setel bab tema walaupun aku tak kisah pun ikut tema ke tidak.

Tapi.. tengah syok susun barang bawah meja, tetiba bunyi 'pop' alamak, kain koyak ke? sekali pusing tengok, tara ............ tapak kasut terkopak. Rasa macam mau nanges. Aku bukan jenis yang simpan stok kasut bawah meja. huhu




zaman sekolah dulu kalau pakai kasut jenama Bata kira hebatlah
sebab tahan lama dan sedikit mahal

terbeli kasut ni dulu pun sebab suka design je
walapun dah terkena banyak kali 
tapi tak jugak serik
huhu

dan aku perasan Bata sekarang tak macam dulu
kualiti sangat mengecewakan
kasut ni contohnya
baru 2 hari pakai tumit tercabut
saja la hantar repair, rm10 upahnya
baru seminggu pakai tapak pulak terkopak
sabar jelah 

masa kat Penang Airport last week
nampak kedai jual kasut Crocs ni
saja gatai test
memang selesa, harga pun selesa
test je, tak beli pun
agaknya nyonya tu tahu aku tak ber$$
dia komen
'memang mahal sikit, tapi berbaloi beli
banyak tahun boleh pakai maa
kalau kasut biasa *sambil jeling kasut aku*
harga rm70/80 satu pasang
tapi dalam satu tahun berapa kali u beli kasut?
mesti cepat rosak kan?
aku senyum je


[-_-]

sib baik ada gam UHU sebagai penyelamat sementara

babai



Comments

t.a.t.a said…
kasut kita sepasang RM10 aje. cepat putus, cepat juga tukar baru. kira macam kasut tukar ikut musim la. konon aje tu.
ct cheery said…
haha..klu cheery kan dekut sikit nk beli brand mahal ni. ada hari tu skali beli kasut mahal,budget mcm tahan lama lah kan skali beli pkai seminggu lebih dah terkeluar tapak..pas tu xbeli dah pakai slipper smpai skrang..klu g ofis pkai flat shoe yg harga 20 hingget tu..
IndaMarya said…
ha ha lawak lawak.saya pun prnah jadi.pakai dua hari terus lekang .nsib baik dlm keta ada satu lagi.terus tukar.baju hijau.tiba2 kasut merah .apa nak kata..?tapi bila org tanya I said.biasa la skarang org pakai shocking color for shoes..he he
izawani said…
Kasut akak sekarang ni berpasang pasang tetapi semuaaaaaaaaanya cepat rosak ! GERAM !!!!
pB said…
kak pB sambar gok sor Croc.
50 rial jah ....
patern lamo , dio jual muroh.

ado sor tu kenae ...
tapi 168 rial ....
hu hu hu
shida said…
ERMM.. KASUT RAYA SAYA PUN DAH TERKOPAK TAPAKNYA.. BELUM HANTAR REPAIR LG... HUHU...
NenetPenne (NP) said…
eeeh sandal crocs akak...
hari tu ada kasut akak terkopak mcm kasut irfa tu lah..sebab tak pakai lama ..jadinya sebab dah terkopak maka akak telah mengguna double sided tape..hahahaha
makchaq said…
Kalau buat kasut tahan lama rugi la tokey kedai dan tokey kilang kasut...

Kena harap orang macam Imelda Marcoa je la... Beli kasut beribu pasang..
Nieda Ramly said…
dah tengok harga kasut crocs tu...harganya mmg selesa sgt
lupekanje said…
kasut accik selalunya reger tk lebih RM50 je... pakai agak2 setahun...sampai haus tapak eh. Baru mikir tukar. Minat BATA jugak...sebab klu jenis lain, cantik je blh harap, tahannya tk lama. huhu...
MOKCIK AZWA said…
Ehh..betul Irfa..kasut jenama ni kan..akak pun baru beli hari tu, tak sampai sebulan dah terkopak tumitnya..masih dok bawah gerobok tak dan lagi nak gi baiki..
Unknown said…
rata rata kasut zaman sekarang memang kurang kualiti.. laki aku dilema tiap kali nak beli kasut baru.. haha.. kalau aku beli aje yg murah..
happyichigo♥ said…
Amboi nyonya tu..mulut main lepas je!
Tp crocs mmg tahan lama..dira pkai crocs tiga tahun masih ok..beli time warehouse je lah..hihi

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')