Tuesday, September 10, 2013

Mana Ada Stress dan Lawatan Lepas Exam

TQ untuk semua yang memberi komen tentang en3 sebelum. Ada orang kata 'ala, baru upsr je pun. takyahlah stress sangat' eh! sapa kata aku stress? aku bercerita sebagai salah satu coretan perjalanan hidup aku je. Semua ibubapa ada harapan besar untuk anak masing2 tapi takdelah sampai nak pukul/marah anak kalau tak mencapai target. Dia dah usaha setakat termampu, sebagai ibubapa .. kami selalu doa yang terbaik untuknya dan selebihnya serah pada Allah.

Tadi kol kakak, macam biasa dia punya ayat 'okey je, cuma BM tu macam pening sikit' emm dah agak. Jangan ingat kita orang Melayu, Bahasa Malaysia tu mudah, tidak ye. Soalan je mudah, tapi jawapan susah, hehe. So pesan aku pada dia 'yang dah lepas tu lupakan, kita fikir yang esok pulak'.

Okey, titik pasal anak exam. Meh kita citer mende lain pulak ye.Tapi masih tentang si kakak.

Memang sejak zaman aku sekolah lagi, bila lepas exam je mesti sekolah anjurkan program lawatan. Release tension kononnya. Ingat lagi masa sekolah rendah, ada lawatan ke KL dan Melaka. Tapi mak ayah tak benarkan, huhu. Bukan sebab $$ tapi lebih pada risaukan keselamatan naik bas dari Timur ke Barat tu. Bukan sejam dua tapi lebih dari 8 jam kot kalau naik bas, benti makan berak kencing segala mak nenek. Sedih dan kecewa kerana permintaan tak di luluskan rasa macam nak lari rumah pun ada, tapi nak lari kemana? tapi merasa la sekali ikut rombongan sekolah ke pantai dekat Besut dan lawatan ke pameran buku di Kota Bharu.

Sekarang turn aku pulak, sebelum raya tu ari dia bagitau yang sekolah nak buat lawatan lepas exam. Lawatan ke Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan. Alahai, tok nenek pun duk KL nak jugak melawat KL. huhu.

Mak ayah aku yang very protective tu konfem la tak benarkan cucu diorang travel jauh2 dari Kelantan ke KL naik bas. 'Nehi, nehi, nehi' katanya. Aku pun dah serba salah, yelah kenalah fikir jugak perasaan mak ayah aku sebab kakak jugak bawah tanggungjawab mereka sebab duk di kampung.

Lepas pujuk dan bagi alasan kenapa tak boleh ikut, aku bagi dia pilih mana dia nak pegi hujung tahun nanti wpun bajet lom ada, takpe itu kita fikir kendian. Tak kusangka dalam banyak2 negeri dalam Malaysia ni, dia pilih nak gi Zoo Negara. alahai, nanges dalam hati. Ingatkan dia nak mintak gi Langkawi ke hapa. Jauh sangat tu, Cheras ke Zoo Negara, hihi.

Rupa2nya dia dah lama teringin nak gi Zoo Negara. Cam biasalah, bila dah dekat lagilah tak berminat nak pegi. Macam aku yang dah masuk tahun ke 15 duk sini, baru sekali ke Menara KL itupun masa memula datang dulu, dan Tugu Negara tak penah jejak kaki, lalu je sambil tengok dari dalam keta.

Sebelum peksa tu ari, cikgu bawak pelajar2 yang terpilih gi barbeque dekat air terjun, aku izinkan dengan pesanan 'pandai2 jaga diri' dan minggu lepas dia bagitau cikgu nak bawak gi pantai tak pasti le pulak pantai mana. Pun aku izinkan, sebab perjalanan pun tak jauh mana dan masih dalam negeri.

Entahlah, bukan senang jadi ibubapa ni. Kontrol sangat pun tak boleh, dibiarkan lepas bebas lagi tak boleh. Macam ni le agaknya fikiran mak ayah aku dulu ... sekarang daku merasainya.

Korang ada cerita yang lebih kurang sama?
Masa korang kecik2 dulu mak ayah korang bagi ke ikut lawatan sekolah?
Kalau ada, negeri mana?
Seronok kan naik bas ramai2 dengan kengkawan 

[^_^]



26 comments:

  1. dear Irfa,masa anak sulung saya ambik UPSR dulu saya org paling gementar, takut gila.walaupu setiap ujian klas dia score, and always got first in class , saya masih takut, kalau2 dia over confident pulak. saya coach dia sejak early primary seawal drjah 1.memang aim nmber satu saja.lepas tu adik2 dah tengok kakak, depa pun tk mau kalah..tips utk Irfa slalu bayangkan kehidupan masa dpan yg hebat for them, tunjuk contoh org brjaya and help them to pursue their target.jgn pksa tapi bagi psychology secara halus..bila kakak dh cmrlang adik2 naturally ikut.smpai sekolah menengah kita tk bmbang lagi..disiplin masa kecik akan diteruskan..lega..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SIS INDA..
      itulah pasal, result masa trial kategori okey
      so sy takut dia 'over confident'
      sebab dia anak sulung lah harapan agak tinggi pada dia
      apapun keputusannya kami akan terima dengan hati terbuka

      Delete
  2. Semua ibubapa ada perasan mcm tu kan...rietta dulumak ayah ksi jerr ikut rombongan skulah...sebab rombongan dlu xlamer pown...dlm pulau nie jer...lgpown msa tu dah besar...mak ayah xde la wsau sgt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. RIETTA..
      yelah kot, dulu sedih sgt mak ayah tak bagi ikut rombongan
      sekarang baru saya tahu mcm mana perasaan mak ayah saya,terutama mak la
      ayah ada kala okey je..

      Delete
  3. soalan BM mencabar yer...jangan ingat kita pandai cakap Melayu, BM kita bagus..ohhh nooo...hahha...

    akak dulu firts time datang KL masa umur 12 tahun, masa tu terpilih untuk pertandingan pesta kebudayaan..akak wakil negeri u!!! hahahaa... merasalah pegi chowkit... globe silk store.. ingat dulu mcm sampai ke tua lah tak akan dapat datang ke KL, la ni err sampai ke tua lah dok KL..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SIS NET..
      betul tu,jgn igt BM mudah
      soalan paling tak suka ialah yang kena pilih-pilih tu
      cthnya macam:
      II,III dan IV betul,huhu mencabar sangat

      tu dia,wakil negeri u
      mesti ada rerakan yang jeles ngan akak kan?haha
      mak saya selalu kata 'kecik2 ni je mak nak larang pun, dah besar dah keje nanti pegilah sendiri'

      Delete
  4. Sama je kita Irfa... saya dulu si abang lepas exam UPSR cikgu bawak gi Langkawi... hati berat tapi saya lepaskan juga. Pergi 3 bas... Bas yang dia naik sume budak2 kelas dia dengan cikgu kelas dia juga. Kat Langkawi duk sebilik ngan cikgu dia tu.. cikgu lelaki. Si Ojet lepas exam UPSR cikgu bawak gi Cameron Highland. Bertolak malam... Bas naik ikut Tapah... mau tak runsing memikirkannya... melepaskan mereka cam rela tak rela je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SIS SWEETIE..
      kan?tak bagi serba salah,kesian kat dia.nak jugak merasa
      dekat2 okeylah lagi..tp jauh berbatu mau tak risau
      lagipun key el dan melaka dia dah penah pegi cuma tak pegi dengan rombongan
      pegi ngan family je,tak sama la kot ;)

      Delete
  5. Dari zaman sekolah rendah sampai la sekolah menengah, tak pernah ikut rombongan sekolah.. Memang mak tak bagi.. Sedih sungguh.. huhuhu..

    Bila masa kerja je ikut rombongan.. Itupun pergi laut.. Itupun mak tak bagi tapi pujuk2 jugak, cakap ramai yang pergi, naik bas ramai2..

    Sekarang ni kalau ada geng2 makcik kat sini yang buat rombongan, mak suruh jugak saya pergi.. tapi hati saya dah takde rasa nak pergi rombongan tu.. Dah malas dah.. Lagipun dah tua, penat nak jalan jauh2.. Duduk rumah lepak baca novel je.. hehh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Azz..
      hehe,macam majuk pun ada ye ;)

      Delete
  6. saya dulu masa lepas exam pi penang time tu punya lah susah nak mintak kebenaran mak ayah, mak la terutama sekali risau & memacam... nasib ayah bagi kemain melonjak gembira time tu dierang suruh aper pun saya buat...hehe
    tapi dulu seronok sangat pi penang tengok jambatan pulau pinang tu kagum sangat rasa nanges...

    ReplyDelete
    Replies
    1. LIZZ..
      biasanya halangan dr mak le.
      ayah lebih rasional :)
      tapi macam saya mak ayah sama je,dua-dua tak bagi kalau jauh
      ambik ko sekarang..jauh pulak merantau dr kampung

      dulu pun jambatan pulau pinang tu tgk dlm buku teks dn tv je

      Delete
  7. Salam Irfa... kakak pun ambil UPSR tahun ni ye...semoga dia berjaya dgn keputusan cemerlang...ameen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SIS ANIE..
      ye kak
      sama ngan si kecik akak tu
      moga mereka berjaya,tinggal sehari je lagi esok

      Delete
  8. dulu ai tak pernah merasa nak berjalan bagai.. mak tak bagi ikut :( terlepas peluang nak berjalan dengan kengkawan.. miss that moment yang takkan berulang dah.. :(

    la ni.. anak yang sulung pernah pergi ke negeri melaka.. tu pun tak cukup adventure sebab kami follow bas dari belakang pastu terus balik kg.. hahaha..
    dak adik pulak pergi ke pusat sains.. masa ni ai tak dapat pergi sebab tengah dalam pantang dak Nuha..
    eemm.. tapi dari gaya babah dorang.. senang anak2 ni dapat pelepasan ikut rombongan sekolah.. ;) sebab babah dorang dulu selalu travel.. hehehe.. untung2 anak2 sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AIZAMIA..
      sbb fikirkan itu akan jadi kenangan bila dia dewasa,sy pilih2 tempat yg dia boleh pegi @ tidak
      taknak la nanti dia takde kenangan zaman sekolah nak citer kat anak2 dia ;)

      follow bas?
      kami mmg ada cadangan nak buat macam tu
      igtkan nak ambik dia dr kg bawak balik sini naik flight
      pastu bila rombongan dari sekolah sampai..kami hantar je kat mana lawatan tu..tp kesian kat dia, kot dia malu kat kengkawan ;)

      Delete
  9. Dulu rombongan paling jauh pun pergi melaka aje.. Tp mak kata jauh! (kami menetap di pj) tergelak bila mak kata melaka tu jauh..bila sekarang saya fikir nnt klu anak nak gi rombongan, gi melaka pun rasa jauh dah tu! Rombongan area kl ajelaah! Haha hamek! Baru tau rasa mcm mana..apepun, mgkin dira akan benarkn klu anak nk ke mana2 rombongan, kita sebagai ibu sentiasa doa anak kita sentiasa selamat dan dilindungi Allah :)

    Upsr stress ok!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAI DIRA..
      see?
      pj ke melaka pun dah rasa jauh
      inikan pulak kelantan ke melaka,hihi

      ye,doa moga mereka selamat walau dimana pun berada

      Delete
  10. akak masa kecik2 dulu gi rombongan kuantan je..
    tp enjoy la juge :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TIHARA..
      sebenarnya budak2 ni seronok sebab dapat naik bas ramai2 dgn kengkawan
      tak sama pegi naik keta dgn family ;)

      Delete
  11. masa kecik2 ada latan ke taiping naik keretapi lagi... tp mak ayah ngn tok tak benarkan. sedih giler. masa lepas spm ada lawatan ke kelantan terengganu. tau dah mak takkan izinkan punya, then berpakat ngn kwn2 suruh pujuk mak. mak bila org lain pujuk, cairlah dia.. akhirnya dapat jugak p kelantan dan terengganu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SHIDA..
      oh pandai ye, sib baik mak makan pujuk ;)
      best tu naik keta api

      Delete
  12. irfa,
    erol pun ambik upsr gak.
    minggu depan ada rombongan sekolah ke langkawi.tapi dia x nak pergi sbb dah pergi katanya. lagipun nak pulun main games puas-puas. nak balas dendam. dah sebulan kena banned...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. BN..
      ye, tahu hero ko pun upsr
      moga yg terbaik utk mereka

      langkawi tu dah banyak kali pegi tapi kalau pegi lagi pun okey je
      aku suka gi langkawi wpun pusing2 dlm pulau je ;)
      pastu makan cendol dan laksa landasan ketebang tu
      eh!mcm aku lak yg nak pegi.hahaha

      Delete
  13. Nak join lawatan mmg tak dapat derr...first time pg lawatan sekolah masa form 6..pergi jalan2 kat kl & putrajaya & jugak klia..tak sangka sekarang keja kat klia...huhu

    ReplyDelete

  14. Assalamualaikum Tuan/Puan.


    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)