Wednesday, September 4, 2013

Mencari @ Menjemput Rezeki ?

pernah dengar tak ayat ni

'sahabat paling setia ialah BUKU'

sebab apa tau?
kalau korang baca sebuah buku, sampai muka surat 112
dan lepas tu korang tinggalkan dia untuk buat benda lain
seminggu, sebulan @ 6 bulan
tapi bila korang bukak balik buku tu
penanda masih ada dimuka surat yang korang tinggalkan dulu, iaitu m/s 112
kecuali buku tu ada orang gatai tangan alih/ buang penanda
kalau takde penanda pun korang akan cari balik di mana m/s yang korang tinggal dulu kan?
ye, begitulah setianya sahabat bernama BUKU tu

hobi aku dari dulu ialah membaca
dulu sanggup berhabis duit beli buku, majalah, novel setiap bulan
tapi dulu takde banyak komitmen boleh la
sekarang banyak lagi benda yang lebih penting
so minat beralih kepada membaca kisah manusia di dunia blog

tapi aku ada terbeli satu buku
belum abis baca, masih dalam proses mengkhatamkan
ini bukunya

seronok baca

mencari ialah kita mencari2 sesuatu yang belum tentu di jumpai
menjemput maknanya kita dah tahu dimana letaknya dan kita cuma perlu jemput dia datang

Milik Kita Belum Tentu Rezki Kita
 walaupun kita dapat gaji setiap bulan, dalam gaji kita ada rezki orang lain
# mungkin rezki si tukang kasut sebab kasut rosak hantar repair
# mungkin rezki tukang paip sebab tetiba je paip rosak 2 hari sebelum gaji
# mungkin juga rezki bengkel keta sebab tetiba nak pegi keje keta takleh start

itu contohnya yang gaji kita bukan semuanya milik kita

rezki kita yang sebenarnya ialah 3 benda
1-apa yang kita makan
2-apa yang kita pakai
3-apa yang kita sedekahkan

sekian perkongsian untuk sesiapa yang sudi singggah sini
(^_^)


21 comments:

  1. Bnyak peningkatan irfa dalam penulisan dan isi penulisan pun makin berilmiah...good.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK WA..
      hehe,malu saya ;)
      tq sbb masih sudi baca blog merapu saya ni
      akak dah lama x menulis kat blog,rindu nak baca

      Delete
  2. Xsabar nk baca buku nie....ada org hadiahkan buat rietta...

    ReplyDelete
    Replies
    1. RIETTA..
      wah seronoknya, ada orang bagi
      mesti rietta sgt bermakna bagi dia ;)
      selamat mmbaca ye

      Delete
  3. erm adik pun pernah terbaca gak Rezeki kita yg betul hanyalah bila kita bersedekah sb sedekah je yg kekal dan boleh dibawa ke syurga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. DIK YANIE..
      semua orang tahu pasal sedekah tu, tp ramai yg fikir 'aku pun cukup makan je macam mana nak bersedekah, tp kita kdg2 lupa..sedekah bukan dlm bentuk material sahaja,ada banyak cara lagi..yg tu kena belajar bab lain la.xcukup ruang nak huraikan ni ;)

      Delete
  4. Membaca lalu dikongsi ilmu yang didapat..memang terbaek...terima kasih Irfa

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK AZWA..
      sama2 ;)
      harap tuan punya buku x marah sy share ni kat blog

      Delete
  5. Terbaik perkongsian ni...
    Saya pernah dengar juga tentang 3 benda tu...
    Tu pasal kena sentiasa infaq..istiqomah...biarpun sedikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. DZ..
      ada orang yang berjaya bercerita, dia menderma setiap hari sebanyak rm1 sahaja tanpa pernah miss ;).katanya, mgkin itu rahsia kejayaan dia.Wallahualam

      Delete
  6. ehm elok untuk dibacatu.. bahan bacaan yang berguna

    ReplyDelete
    Replies
    1. CHO ZILA..
      bahan bacaan yang tak jemu dibaca
      kalau majalah tu ada jugak ketika rasa bosan ,sekali baca cukuplah
      tp bahan bacaan macam ni,ulang2 baca pun x bosan

      Delete
  7. aku nak carik jugak lah buku ni.. ke ko nak hadiahkan kat aku je.. wakaka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. RAI..
      nak pinjam boleh,nanti aku poskan :)
      kos pos ko bayar la..hahaha

      Delete
  8. akak dh beli buku nih..bc sekerat dh..then tertinggal plak kat umah mil blik raya ari tu..alahai...nk kena beli yg barulah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK OREN..
      ala sayangnya, nak balik ambik pun jauh tu
      kat Pahang kan? baik beli yg lain jelah ;)

      Delete
  9. salam irfa.. entri yang menarik.. tq share :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. SITI ZAHIM..
      sama2
      sharing is caring katanya ;)

      Delete
  10. 3 rezeki tuh dapat dari hadis ke ek?
    boleh bagi dalil tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. KYO-9..
      saya share apa yang sy baca je
      kalau nak tanya mana dalilnya,awak boleh rujuk pd yang lebih pakar

      Delete
  11. owh ni buku yang kak lea dah share dalam entri lepas2,kak lea dah khatam banyak kali.rasa tak puas baca.sama jugak macam kita kerja makan gaji ni.majikan tu ibarat posmen,yang berikan gaji iaitu rezeki daripada Allah,kan :)

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)