Skip to main content

Proses Tukar Sekolah

Tahun lepas ada buat en3 tentang kakak tukar sekolah dan sekarang kakak dah habis exam UPSR, Insya Allah akan kembali bersama kami hujung tahun nanti. Cukuplah 2 tahun berjauhan dengan kakak, tahun depan kakak akan kembali bersekolah menengah disini.

Walaupun dah ada sikit pengalaman masa nak tukar sekolah kakak dulu, tapi sekarang buntu macam mana cara nak tukar sekolah dari Kelantan ke sini (Selangor @ Negeri Sembilan). Call semua nombor yang kat website Jpn tu, talian sibuk sokmo, tak berangkat pun ada, huhu.

Akhirnya dapat sikit maklumat dari PejPendidikanSepang, katanya 'kena tanya sekolah rendah sekarang, dimana sekolah saluran sekolah tersebut untuk sekolah menengah (tak jelas samada saluran/saduran, tapi takkan saduran kot). Bila dah tahu sekolah mana, kena daftar dulu kat sekolah tu dan barulah proses untuk tukar sekolah dari Kelantan ke sini'.

Aduhai, dengar pun dah semput. Jauh tu nak berurusan, masa dan ofkos $$. Sapa ada pengalaman? sila share, dah penat dah ni call sana sini.

Ada sesapa keje bahagian tukar sekolah tak? boleh bagi maklumat yang lebih tepat tak?

 

Comments

Unknown said…
saduran? sadur ngan emas boleh tak? hehehe.. akak ipar aku pernah buat proses tukar sekolah..tapi sekolah menengah ke sekolah menengah la..tak tau pulak cemana nak buat kalau sekolah rendah ke sekolah menengah..
Irfa said…
RAI..
saluran la tu,takkan lah saduran ;)
dia kata kena pegi daftar kat sekolah menengah saluran tu dulu
baru proses utk tukar sekolah menengah
banyak kejenya,kalau dekat oklah lagi
ni timur ke barat..adui semak la
NenetPenne (NP) said…
saduran tu mas celop..bhahaha
oihhh akak dengar pun pening apalagi nak menguruskan menda2 tu...
helppppp!!!!!
Irfa said…
KAK NET..
kan?
akak yg baca pun dah pening,sy ni lagilah,,nak nanges rasa
duk bygkan nak balik sana pun dah penat,huhu
zana-norzana said…
Ini apa yang saya hadapi tahun lepas.... sekolah di SRAI, so saya ke sekolah ambil segala dokumen seperti surat berhenti sekolah rendah dan cop bagai segala sijil oleh guru besar (selalunya proses ni selepas result UPSR keluar baru dia orang layan) dan isi juga borang kemasukkan ke sekolah menengah dan saya terus pergi ke pejabat pelajaran seremban dan pilih sekolah mana yang saya nak hantar....... dalam masa seminggu dah dapat tahu kat sekolah mana anak akan dimasukkan......
Unknown said…
Irfa,
Stakat tolong baca je la.
Mmg takda pengalaman langsung.
Dulu masa nak menukarkan Amsyar dari Msia ke sekolah di sini pun.. ada songeh jugak.
Dia org ni nak surat berhenti sekolah as in yg ada logo Gomen.
Bukan buleh suka suki je daftar masuk sekolah.
Tapi bab yg selowwwww bebeno nak jawab call tu.. dah lali sangat la.
Nieda Ramly said…
tanya sek rendah sekarang , slps Thn 6 mereka akan ke sek men mana?
Dr sek men itu proses tukar sekolah boleh diuruskan.
Penjaga/ ibu /bapa boleh memohon pihak sek men membuat surat pertukaran sekolah pilihan . bawa sendiri ke Pejabat pelajaran untuk cepatkan proses. kalau nak tunggu sekolah hantar pun tak apa tapi lambat sikitlah keptusan nak dikeluarkan .
MOKCIK AZWA said…
Akak pun tak faham mengapa proses pindah sekolah ni leceh bebenor..

apa yang akak ingat masa anak sulung habis SPM, kami bawa dia ke Putrajaya. Lepas keluar result SPM, dia dapat tawaran masuk ke Tingkatan 6 di salah satu sekolah di KT. Untuk pindah sekolah ke Putrajaya, dia kena ke sekolah yang mana dia dapat tawaran masuk Ting. 6 itu (walaupun tak nak sekolah kat situ) dan dapatkan surat berhenti kat situ dan kemudian baru dapat surat permohonan pindah sekolah ke Putrajaya. Mujur kat sini cuma ada dua sekolah Ting. 6, so pilih sekolah cik abe. Prosesnya agak leceh, tapi yang kelakarnya, dia pergi sekolah Ting. 6 tu sehari jer lepas tu terus stop kerana dapat offer masuk asasi di UITM.

camtu la kesahnya..
HeNRieTTa JoSe said…
Xde plak pengalaman trus tukar, rietta pnah bt urk anak jiran, tpi daftar dlu skolah men yg skulah ren bg tu...saluran tu larr...pastu bru pindahkan dalam saluran yg sama ke sekolah lain...
sitiezahim said…
dulu penah nak tukar sekolah tp sekolah menengah ke sek menengah jugak la. dah lupa camne tp macam pegi sekolah yang nak masuk tu (tak ingat untuk apa) lepas tu hantar application ke pejabat pendidikan ke apa tah.. dah 16 thn berlalu (alamak tuanya saya hehe)...
Irfa,
Ikut panduan PPD walaupun mengambil masa dan kos. Saya juga telah 'follow' pengalaman di Saigon/HCMC. Waktu kami di Hanoi, tak nampak pun orang Malaysia lain. Kami menjadi perhatian.Elok lah Irfa dan rakan-rakan ke Hanoi pula, pengalaman yang berbeza (agaknya).
hh said…
Irfa, saya pernah nak tukar anak masa sekolah darjah satu. Masa tu belum start sekolah lagi tapi dah register dah masa dia 6 tahun kat sekolah A. Oleh sebab tetiba saya pindah jadi nak dia masuk sekolah B. Prosedurnya... kena ke sekolah A dulu sebab fail dia diorang akan buat di sana. Lepas tu minta surat tukar dari sekolah A (2-3 hari dah siap, depends guru besar ada kat sekolah x time tu). Lepas tu kena ke PPD kawasan sekolah B, bawa surat tukar sekolah tu (kalau tak blh nak amik sendiri boleh mnta sekolah tolong poskan, tp tak tau la berapa lama nak sampai). Masa tu permintaan ke sekolah B akan dipertimbangkan oleh PPD (masa bawak surat sendiri kebetulan pegawai ada jadi dia terus je assign). Dia akan sign dan tulis sekolah yang dibenarkan. Lepas tu bawak surat tu ke sekolah B untuk register. Rasanya, yg oleh sebab jauh mintak la kerani sekolah tu tolong post kat Irfa (bg alamat rumah) sebab nak surat kebenaran tukar sekolah je daripada sana... yang lain2 boleh urus kat tempat baru. Good luck ye
IndaMarya said…
apa2 pun kena usaha, biar kakak tu duduk balik dgn you,dh jadi anak dara tu he he.nanti boleh share mcm2 tau..
gadisBunga™ said…
saya baca entry dan komen-komen je sebab saya pun tak tau prosedur. dapat byk jugak info kat sini...
Irfa said…
Zana...
dulu masa nk tukar dr srai ke kelantan lebih kurang jgk prosesnya.nmpk gaya kali ni pun sama jgk.harap dipermudahkan
||aLeaSaRa|| said…
salam irfa apa khabar :)

owh kak lea pun tak tau proses tu semua.kak lea pun tunggu si kembar habis upsr tahun depan,then nak pindahkan ke sekolah menengah kat putrajaya sebab kami nak duduk sana.risau si kecil je,tahun depan dia darjah 1 so sekolah salak tinggi dulu.darjah 2 tu,takut sekolah kat pjaya full.nasib baik kawan husband ppd kat sepang,minta dia tolonglah nanti step by step untuk pindah dan daftar.

kak lea rasa betullah proses pindah tu macam komen rietta &kawan2 lain :)

p/s-->irfa kak lea baru tanya mak tentang pokok.pokok sekarang daun kuning,cuaca terlalu panas.so sekarang kawan ayah sedang tolong nak buat macam mana.pokok memang tak jual,daun pun tak elok.cili adalah :)
saya bulan 4 hari tu tukar sekolah anak darjah satu dari kl ke perak mula tu kena bagitau guru sekolah kemudian dia akan bagi surat tukar dan kita kena ulang alik ker jabatan pelajaran ambik surat pengesahan untuk pertukaran sekolah lepastu pi sekolah kl hantar surat penukaran ...dah habis proses sekolah kl kita kena pi jabatan pendidikan kat daerah yang kita nak tukar untuk bagi surat tukar ke daerah tu...makan masa seminggu jer...lepastu baru bawa anak pi sekolah baru bawak surat pengesahan jabatan pendidikan daerah..
tapi tak tau la dari sekolah rendah ker sek menengah...mesti akak lagi rumit sebab jauhkan..kena banyak ulang alik tu...
Mimie said…
alaaaa sy takde pengalaman la..huhuhu

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')