Friday, September 27, 2013

Rumah Idaman

Assalamualaikum
Semoga hari yang diberkati untuk kita semua
# aku draf pagi tadi, ingat dah publish
Rupanya lupa tekan publish, sabor jelah 

model pagi Jumaat ini ialah Cik Nasi Lemak Daun Pisang
masuk2 opis ada orang 'taja' nasi lemak
comel amat sizenya
nasi ditemani dengan sehiris telur dadar, sehiris timun dan sambal
Alhamdulillah
Sekarang aku agak aktif kat FB (mood bermusim, ada hari aktif kat BLOG, ada hari bosan kat blog lompat2 kat FB, gitulah aku). Bukan apdet status aku pun, tapi lebih kepada sekodeng kisah orang lain, hahaha.

Friend list dalam FB aku tak ramai, tak sampai pun 200 orang (eh!takkan tu je orang yang aku kenal dalam dunia ni? huhu). Ada family sikit (main pilih2 pulak ye), ada kawan zaman sekolah rendah & menengah, kawan opis (semuanya pun pilih2, bukan semua yang aku kenal tu aku add @ approve).

Lately, ramai kawan2 zaman sekolah dulu meng 'upload' gambar 'istana impian' mereka. Ada yang dah siap, ada yang dalam pembinaan. Setakat ni yang aku nampak, 2 orang buat rumah kat kampung (Klate) dan sorang kat ibukota. Aku tumpang bangga tengok kengkawan tunjuk rumah idaman mereka. Tumpang gembira untuk mereka.

Zaman orang kecoh tentang harga rumah yang makin tinggi ni, memang susah nak dapat rumah bawah 200K. Senior aku ada cakap 'kalau ada orang kampung kamu yang nak jual tanah, baik kamu simpan duit beli tanah dan buat rumah sikit2 kat kampung, senang bila pencen nanti dah ada rumah. Tak payahlah beli rumah kat sini, mahal dan rega sangatlah tak logik akal, rumahnya bukan besar mana pun' aku angguk jelah.

gambar dari sini
Setiap kali balik kampung, ontheway dari kampung aku ke airport KotaBharu adalah mengambil masa 2jam, so banyak lah benda boleh ditengok selain dari membuat taik mata. Satu pemandagan yang aku tak pernah jemu ialah pemandangan rumah banglo di tengah sawah (contoh macam gambar di atas).

Pernah cakap ngan CikAbe, nanti dah tua anak2dah besar nak balik buat rumah kat kampung. Berangan tak kena bayar kan? Soalnya ada kah tanahnya? Tanah kebun mak ayah ada sikit tapi adik beradik 6 orang kena pecah lot sorang sikit, buleh buat reban ayam jelah kot. hihi

Kagum sebab kawan2 yang buat rumah idaman ala banglo tu semuanya CikguCikgi, banyak tul duit diorang ye.Rezki orang tak sama macam orang kata 'best ler ko keje ketebang, naik ketebang free. Aku iyekan je lah.

Okeylah, Selamat berhujung minggu 

10 comments:

  1. macam Harith kata, kawan sampai 5000 orang, tapi yang dia kenal cuma 12 orang aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TATA..
      sbb tu aku x approve sebarangan orang
      yang 200 tu konfem la aku kenal
      agak2 status annoying je aku remove,hihi

      Delete
    2. OIC. FB aku dulu ramai friends, 1K ++ tapi tu semua sebab nak main game aje. laa ni pun FB aku dah tak aktif dah.

      Delete
  2. Kak Zai tidak ada account FB hihi...

    Semalam kak Zai buat n3 pasal harga rumah yang tinggi.

    ReplyDelete
  3. sedaknyo nasi lemok daun pisey,lepahtu ikey bilih jenih kecik2 pulok gak.dapnyooo!

    ReplyDelete
  4. haha...family saya (adik beradik + ipar duai) ada 7 org cikgu. rasanya kuantiti cikgu tu akan bertambah sbb ada masih belajar juga blm kawen (menantu semua cikgu setakat ni kecuali laki saya). ye memang menangis le tengok rumah diorang. cikgu senang buat loan. interest pun rendah. tambah kazen2 pun ramai gak cikgu. terus segan nak jemput org dtg umah kita bila tgk umah diorang. takpe la rezki masing2. tapi tu lah akak saya kata gaji bulan2 habis byr hutang je (kata dia la). tapi umah makin beso perabot makin beso kete makin beso body pun mula nak membeso.

    jeles la jugak tapi takde la dengki =P allah bagi saya lebih bab lain.

    ReplyDelete
  5. cikgu cikgi dapat loan laa... kalau tak guna loan tu, rugii..tu pasal rumah depa besaq2..
    haaa 2 jam perjalanan??? dah mcm dari gua musang ke KB jer...aaaa sakit vontot laa mcm ni...

    ReplyDelete
  6. suka tengok rumah org kita di :Kelantan kebanyakannya besar2 n cantik....

    ReplyDelete
  7. Best kan kalau ada rumah mcam dalam gambar tu..tersergam indah je..

    ReplyDelete
  8. sedap pulak Nampak nasi lemak tu Irfa

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)