Skip to main content

Sarapanku di Pagi Jumaat

semalam last day kakak exam
debaran exam dah abis
kita tunggu pulak debaran masa nak kuar result nanti  
so hari ni umie boleh makan dengan tenang
macam le tak makan selama 3 hari tu, hihi

okey, what i eat today is

pepagi bersarapan katanya 

lontong RM 2
# kafe sebelah dah tukar owner baru
setakat ni harga masih boleh diterima akal wpun menu belum banyak pilihan
pastu kita cuci mulut pulak 
korang ada makan 'colek' pepagi?
aku je kot, haha 

mangga dan cili kicap
# si abam bawak balik semalam
katanya 'cik Yah (jiran pengasuh) yang bagi sebab abam tolong cikyah kutip'
memang akak ni ikhlas menanam
wpun belum masak betul tapi buahnya lemak manis dan tak masam
korang dah sarapan ke belum?



Comments

Unknown said…
murah rezeki ada jiran ek.. rumah aku tanam salad pun tak tumbuh2.. hahaha..
sweetie said…
Sedapnya lontong...
Irfa said…
RAI..
kan aku dah cakap,baik ko tanam toge je
cepat dapat hasil ;)
Peh, bab colek tu....mau berkejar ke jamban sat g tu....
Irfa said…
SIS SWEETIE..
bolehlah, sedap sgt tu tak lah
dalam gambar je nampak menarik
mgkin sbb sambalnya tak pedas sgt,sy suka pedas
Irfa said…
FARA..
kan?
setakat ni belum ada rasa
kita tgggu mungkin sejam lagi kot.hahaha
#lawak geli
Jari Manis said…
pepagi dah pekena asam..hrrmm...ngilu rasa gigi..JM sarapan bihun ngan tempe goreng :-)
Unknown said…
Assalamualaikum Irfa,
Mmg salah masuk la.. dh la mlm td tak dinner sbb merajuk dgn anak2.
Dia org pakat nk mkn megi.. akak pulak say NO.
At last masak utk dia org jer..
Ni yg tgh lapar ni.

P/s;
x pedih perut ke mkn colek pagi2?
t.a.t.a said…
pelam, oren adalah antara buahan yang saya elergik. pelam tu kan masam. gigi saya ni pulak sensitif, wah nampak aje pelam dah terbayang akan kengiluan nya. aduii..
t.a.t.a said…
oh tak menjawab soalan pula saya. saya dah sarapan. orang kat rumah masak tomyam, pastu celurkan bihun. jadi la bihun tomyam.
IndaMarya said…
moga kakak dpt jawab semua soalan.dgr anak murid kata BM pemahaman bnyk soalan tricky..jawapan hmpir sama..susah nk pilih.saya tk tengok lagi soalannya..sebab hri ni ada mjlis penutupan bulan merdeka.
Lady Windsor said…
Salam Irfa,
baru sempat nak meronda blog ni..fuhh banyaknya nak kena khatam..
masuk sini dah tergoda dengan lontong, acaner nak diet tewww :)

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')