Thursday, September 19, 2013

Speechless, Makanya Takde Tajuk

TQ untuk yang komen entri pasal tukar sekolah
rasanya aku dah boleh agak apa patut buat nanti
harap bila sampai masanya
semoga dipermudahkan, Insya Allah

Okey, satu lagi entri kopi pasta
pernah baca dulu kat blog sapa tah
tapi lamaaaaaaaaaaa dulu
dan terbaca sekali lagi kat sini 

Tajuk:
BILA ISTERI DAH TAK CANTIK

Kisah benar yang terjadi kepada seorang isteri... dan ceritanya bermula begini..

"Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja..

Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa. Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya. Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.

Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik menarik seperti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya tidaklah duduk meratap. Tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik".


~*~*~*~*~*~*~*~

aku tak nak komen
bagi korang je komen
# sambil suap bubur nasi extra ikan bilis dan kicap cili potong  

(^_^)



26 comments:

  1. aku pun tak nak komen sangat, itu semua bergantung pada diri sendiri. dan lagi pun, aku masih single. kakak-kakak aku yang dah kawen pun laki-laki depa berlumba-lumba memboroikan badan memasing. kakak ipar aku pun sama. berlumba-lumba dengan abg aku. so aku no hal la.

    btw, bubur nasi tu beli atau buat sendiri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. TATA..
      lelaki boroi org kata sebab bini rajin masak
      pompuan boroi sebab dia malas sit up
      tak adil kan?

      bubur tu beli kat kafe sebelah
      semangkuk rm1.80
      (bubur tawar letak ikan bilis,bawang goreng,daun sup dan kicap cili)

      Delete
    2. murah la 1.80. kat sini area kampung pun RM2 tau.

      Delete
    3. ni kafe baru tukar owner.yg sebelum ni simple bubur pun rm3
      aku harap dia kekalkan rega sekarang,kalau rega naik nanti
      harus komplen ramai2 suh tamatkan tender,hihi

      Delete
    4. RM3? lagi hampeh. hahaha.

      slow talk la dgn owner tu, minta depa maintain harga. takutnya itu harga pengenalan aje tu.

      Delete
  2. Satu aje pada kakak - pegangan agama dan iman kena kuat dlm menjalani kehidpan berumahtangga dengan environment sekeliling sekarang ni. Tahu munakahat dlm berumahtangga selamatlah...

    ReplyDelete
  3. erk....kesiannya dia,irfa.hurm nak komen lebih tak reti.kawan lelaki kak lea pernah cerita peel orang2 lelaki ni,melalui apa yang selalu dia borak masa lepak dengan diorang.

    kaum diorang ni memang tak pernah puas!cepat jemu!bagilah bini comel mana pun,hebat masak macam chef pun,pandai mengaji macam ustazah pun,mata diorang ni suka pandang yang bukan hak diorang.tu yang mudah jatuh hati dengan orang lain.sedih,kan....tapi yelah tak semua macam tu :(

    p/s-->nanti kak lea roger cepat kalau husband,dapat tanya kawan dia tu ye :)

    ReplyDelete
  4. aku rasa lelaki kalau dah spesis makan luar ni, bini cantik tahap supermodel pun dia nak makan luar jugak.. takde obat..gila betul..

    ReplyDelete
  5. assalam dik..dah selalu cakap kan...ingat tak

    ReplyDelete
  6. Salam..dari perbualan dengan rakan-rakan species lelaki..dapat disimpulkan, kata-kata Aleasara itu ada kebenarannya.. Kebanyakan rakan akak mengatakan .."Men are only after one thing"..that's why perempuan sentiasa kena berhati2..

    ReplyDelete
  7. ada baca kat fb kes nih..kesian kan..tuh la bile dh berkahwin bkn stakat pndai jaga perut suami, tpt tido tp penampilan pun kne jaga jugak...

    ReplyDelete
  8. pernah baca kes macam ni..bagus la dia kuat.sebab bagi sy dia tak rugi apa2 pun.tengok2 nanti ex-husband tu yang meroyan nak dia balik.benda depan mata memang payah kita nak hargai, cuba benda tu hilang, baru la menangis sayu menyesal

    ReplyDelete
  9. bab penampilan lepas kawen, pendapat sy memang wajib kena jaga..seriously kalau nak kemana2 memang bersiap bagai nak rak bukannya nak tarik perhatian laki lain tapi nak buat laki kita bangga "oh isteri aku cantik" tak salah kan?

    ReplyDelete
  10. bergantung kepada individu tu sendiri..
    kerat konet mungkin depa stop kot..bhahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin tak juga... tangan pulak meraba... hahaha!

      Delete
    2. jantan will lose their power without that thing my dear..bhahahaha

      Delete
  11. Speechless jugak... Peangai dan tindak tanduk lelaki ni sukar nak diramalkan... mungkin cerita tu adalah sebahagian dari sikap lelaki... sentiasa ada saja alasan... bini cantik pun kadang2 cari jugak perempuan lain... layan kaw-kaw pun masih tak puas jugak... opssss! :+

    ReplyDelete
  12. Irfa,
    Ikhlas dari K.Sham..
    Recently, ini terjadi dalam kelompok keluarga kami.
    Love after certain period of time.. fades away.
    Siapa nak disalahkan??
    Mcm yg akak penah kata..
    Buat flashback, study apa yg kurang.. salah menyalah takkan selesaikan any problems.
    Tapi.. terpulang la pada masing2 bagaimana nak menafsir & to overcome the problem.

    ReplyDelete
  13. hmm lelaki..cuba kalau bini dia tak tolong..boleh ke dia survive?apa2 pun, pompuan kena berjaga2..

    ReplyDelete
  14. Irfa saya tak kisah, biar la dia nk boroi ,saya tetap nak jaga badan sya..he he.makan jaga,makan sikit ja.tapi kerap.setakat ni ok ja.tapi bab2 rumahtangga ni tk boleh kata rupa paras penyebabnya.sebab kdg2 kita tengok lakinya hndsome giler, tengok bininya mak ai..tapi kekal smpai akhir hayat.pokok pgkalnya hati kan?

    ReplyDelete
  15. Kak, semalam tgk semanis kurma, ustazah kata kepercayaan adalah paling penting dalam hubungan suami isteri.

    Saya direct je ngan ubby, kalau ada rasa tersuka pada orang lain tolong terus terang sebab saya taknak tahu dari orang ketiga. Kalau dia terus terang, marah2 pun saya boleh terima sebab kejujuran tu.

    Kasih sayang perlukan pengorbanan.....

    ReplyDelete
  16. pernah baca citer ni @FB…..saya tak berani nak komen lebih2 tapi selalu kena ingatkan diri sendiri, hanya ALLAH tempat bergantung. Jahat ke, baik ke pasangan kita hanya doa yg jadi penyelamat. Semoga ALLAH tak duga kita dgn kisah yg sama, nauzubillah!!!!

    ReplyDelete
  17. hehehe... errrr... kalau isteri cantik camna pun, ada pompuan lain lebih cantik kat luar.. itu lagi best... so, usah salahkan diri...

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)