Skip to main content

The Call by Halle Berry

2 entri sebelum ni macam good-good je kan?
takdelah bagus mana pun
tapi sikit ilmu yg kita dapat, lepas tu dikongsi bukan luak pun

emm, ada sesapa peminat Halle Berry kat sini?
Sila angkat mouse, hihi
Halle Berry antara artis Hollywood yang aku minat
(ada la sorang dua lagi, kendian citer)  

Ni kisah 2 malam lepas
En Abe dera aku tengok movie
katanya 'tengok citer ni, best. Konfem umie suka'
dia dah tengok dulu sebelum aku

mula2 tengok pun dah sakit hati
ada adegan suspen, geram je rasa
bila aku tanya apa ending pun dia taknak bagitau

dia bukan tak tahu aku ni kurang sabar
saja suh aku layan sampai ending
pastu gelak2 bila tengok aku stress, grrrrr

tapi citer ni best, berbaloi aku layan sampai jam 1.00 pagi
padahal esoknya keje tuh, saja cari penyakit

nak tahu jalan cerita tak?
bagi yang dah tengok sila abaikan

gambar dari SINI
sila klik link untuk sedutan dari movie
Kisahnya tentang seorang pompuan (Halle Berry) yang bekerja sebagai tukang angkat tepon kat unit kecemasan 911. satu hari dia dapat kol dr seorang gadis yang menelefon kerana rumahnya di masuki org jahat. Lama la dia berkomunikasi dengan gadis tu sementara polis berkejar ke rumah gadis. Dia cuba cool kan gadis tu dan bagitau macam mana nak selamatkan diri tapi endingnya gadis tu kena bunuh juga dengan penjahat tu.

6 bulan dia trauma, rasa bersalah sebab tak dapat selamatkan gadis tu. Lepas tu dia cuba hidup macam biasa wpun sesekali mimpi ngeri datang ganggu tido dia.

Nak jadi citer, dia dapat kol lagi tentang kes hampir sama. Seorang gadis kol bagitau dia kena culik di parking keta oleh seorang lelaki yang tak dikenali dan disumbat dalam bonet keta. Masa gadis tu kol, dia masih dalam bonet keta dan tak tahu apa akan jadi pada nasibnya.

so dia terus berkomunikasi dengan gadis tu sementara diorang detect dimana lokasi kereta tersebut. Rupanya penculik itu ialah seorang lelaki sakit jiwa yang nampak normal ada isteri dan anak2 tapi sebenarnya dia ada masalah jiwa. Waktu dia kecik dia ada sorang kakak, kakaknya sangat cantik tapi akhirnya meninggal kerana Leukemia. Akhir hayat kakaknya di katil hospital dan kepalanya botak tanpa rambut apa daa, botak memang la takde rambut, hihi.

Misi dia bila dewasa ialah memburu gadis yang mempunyai rambut perang ala bulu jagung macam kakak, kiranya dia jadi 'serial killer' la. Dia akan siat kulit kepala bersama rambut sekali dan pasang kat patung kakak dia. Gila ngeri bila dia tunjuk pisau tengah kelar kulit kepala tu.. Tutup mata dengan bantal, huhu.

Dia adalah lelaki sama yang membunuh gadis yang menelefon 911 di awal cerita tersebut. Bila call girl tu dengar suara lelaki tu dalam tepon, dia terus cam dan bertekad akan mencari lelaki tu sendiri.

Aku suka ending dia, sebab akhirnya mereka berdua (gadis call girl dan gadis kena culik) mereka berjaya tangkap lelaki jahat tu tapi diorang tak serah kat polis. Tahu diorang buat apa? diorang kurung balik lelaki tu dalam bilik bawah tanah tempat lelaki tu dera mangsa2nya. Tinggalkan dia dengan tangan terikat kat kerusi yang dia guna untuk bedah mangsa2nya.

So aku buat kesimpulan lelaki itu akan ditemui sudah mati kering jadi rangka dalam bilik bawah tanah tu 10 tahun kendian, haha.

Tapi en Abe saja buat lawak, katanya 'nanti ada The Call part 2, dimana lelaki tu keluar dari bilik bawah tanah dan membalas dendam kat Halle Berry tu' .. ish biar benar? Bila nak abis kalau macam tu saja la nak kenakan aku tuh.

# bila takde idea, kita boleh up entri tentang 
- apa kita makan @ apa kita masak malam tadi
- rancangan tv yang kita suka tengok
- kisah makcik jual nasi lemak yang kita singgah semalam
- kisah akak cleaner lap meja 10 menet lepas

boleh gitu?

(^_^)



Comments

:: CIKVIVA :: said…
biasa dahh gitu...apdet stori pasal review filem, makanan, lagu..hahah
Riana said…
rambut ala bulu jagung..'hak hak'..kelakar..
Acik Erna said…
dik..lama betul dah tak tengok citer omputeh ni..korea je manjang..canel lain anak2 je tengok..bak kata anak2 kalau mak sorang je tengok tv..rugi bayar astro mahal2 katanya..tengok satu canel je he he
OKje said…
Haha....bagus idea bila tak de entri tu Irfa...pagi tadi okje pun tak de idea...huhu sedih!
Tp mcm best je cerita the call tu....kat mana nak cari?
Unknown said…
sayA PERNAH TENGOK FILEM NI..
Nick Nashram said…
hehe..saya dah download lama dah cite tu.
internet kt sekolah laju..huhu
kalo nk download leh check kt sini http://urgrove.com/
happyichigo♥ said…
Tengah suspen2 tetiba kak irfa ckp dah botak, mmg le takde rambut...ketawa terus, haha.. Cambest movie ni... Kalu dira pun fikir mesti lelaki ni terlepas dan gi balas dendam nnt ade the call 2 plak..!

Popular posts from this blog

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')