Tuesday, October 8, 2013

Cemburu Dengan Ibu Mertua ?

hai korang, bizi giler sekarang
nak jenguk blog kengkawan pun tak sempat
rindu nak baca kisah korang
# bzzzzzzzzzzzzzzz tapi sempat apdet blog

pepagi dengar berita hangat

kengkawan citer kesah seorang kenalan mereka

'pasangan tersebut baru kawen 2 minggu 
tapi bercerai kerana isteri terlalu cemburu dengan ibu si lelaki aka IbuMertua'

Sedikit pelik di telinga aku
Kenapa dengan ibu mertua pun boleh cemburu? 
Lainlah kalau cemburu dengan biras ke
contohnya wife abang ipar ko hot, tetiba jeles tak pelik sangat
Itu mak kepada suami ko je kot
ada yang marah ke dengan statement aku tu?
hehe
saja je usik korang

aku paham sangat
sebab ada kengkawan yang suaminya 'anak omak' sangat
bukan semua orang yang lahir kat dunia ni anak omak ke?
siapa lahirkan dia?
mestilah mak dia kan?

orang kata
'memang makan hati kalau kawen ngan anak mak ni'
itu orang kata, aku tak tahu la betul ke tak
cakap lebih2 kang ada yang sound
'tak kena kat batang hidung ko, bolehlah cakap'
hehe

ada seorang Ustaz pernah kata
'berbuat baiklah kepada IbuMertua seperti mana kita buat baik pada Ibu Kita
takde istilah bekas dalam hubungan dengan mertua
sebab tu aurat kita dengan mertua sama ngan aurat kita dgn ibubapa
dah bercerai ngan anak dia
tapi hubungan ngan mertua (ayah/ibu) tetap tak boleh kawen sampai mati'
(gitu ler lebih kurang maksudnya .. dia nak bagitau yang rapatnya hubungan kita dengan ayah/ibu mertua ni hinggakan kalau dah bercerai pun, tetap tak boleh kawen ibu@ayah mertua dengan menantunya sampai bila2)
kalau salah tolong perbetulkan


keje, keje
bila nak abis ni
nak cutiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
huhu, tensennya

-_-


12 comments:

  1. kalau aku lagi suka.. heran.. macam2 jenis manusia kan.. doniya doniya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. RAI..
      susah nak puaskan hati semua pihak
      si suami kena pandai kontrol dua belah pihak
      isteri ni kalau pandai pujuk..insya Allah OK
      Dan mak mana taknak anak dia bahagia

      Delete
  2. tu la kan... nak kawal kat dia sorang kot... habis duit buat kenduri ja....

    ReplyDelete
    Replies
    1. SHIDA..
      ntahla, tak tahu sapa yg silap
      sama2 keras kepala katanya

      Delete
  3. 2 minggu dah bercerai? Penat org yg menolong majlis kahwin tu pun belum hilang .... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. YB..
      inai di jari pun masih merah
      nak wat mcm mana jodoh dah habis smpi situ je

      Delete
    2. awal nya la dah cerai. meh la kawin dengan ai. ai pun single ni. heheheh

      Delete
  4. Ada kaum Ibu yg expectation terlalu tinggi.
    Then bila anak lelaki kawin.. ada Ibu yg masih reluctant nak melepaskan anaknya.
    Melepaskan as in redha dgn jodoh.. redha dgn capability menantu perempuan yg baru.
    So tak pelik kalau benda mcm ni jadi.
    Tambah pulak kalau si isteri pun ada ego yg nak dijaga.. rasa mcm "tersentap" kalau ibu mertua menegur.
    Well.. kalau jodoh dh tak panjang tu.. macam2 blh jadi penyebab..
    Wallahu'alam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. YE, sebab jodoh tak panjang
      sapa yg kawen nak cerai berai kan
      sy dengar pun kesian.. mgkin kalau bersabar sikit ok kot
      muda, darah panas ;)

      Delete
  5. KIta tak tahu kisah sebenarnya, so kita tak boleh nak komen lebih2...Tapi mungkin betul lah juga komen balas awak pada YE...darah muda...kalau bersabar...Insya Allah...perangai mak mertua...perangai anak..dan perangai menantu tu sekali, semua akan berubah....:)

    ReplyDelete
  6. irfa, akak pun tgh stress tahap gaban..huhu..minggu dpn ada audit penting..dah le macam2 wajib prepare ..bos pompuan akak asyik tokoh tambah itu ini..dah lama dah bertahan..ingat pitih je..ko tak akak cabut doplo pat jam..

    ReplyDelete
  7. Kadang tu ade mak mertua yg jeles dgn menantu pulak..macam2.. (hehe..pengaruh drama melayu kuat sngat...maafkan saya)

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)