Friday, October 11, 2013

Ibnu Sina Eyewear

Ibnu Sina Eyewear website


penah tengok spek lubang2 ni?
pertama kali aku tengok orang jual bende ni ialah kat Kota Bharu Airport
promoter duk panggil2 orang singgah booth dia
tapi cam biasa, jeling je tak singgah pun, hihi
itu kisah beberapa tahun lalu

bulan lepas, akak sebelah aku ni pakai spek tu
aku tengok dia banyak kali dengan muka pelik
sebab dah macam mata lalat bila dia pakai spek tu
so apa lagi, sesi intebiu pun bermula

'saya penah tengok spek ni dulu, tapi tak tahu untuk apa' 
akak tu kata (dia kata, bukan aku kata)
'sejak pakai spek ni, akak dah tak payah tengok tv pakai spek
senang citer tak bergantung 100% pada cermin mata cam dulu'
kalau Admin Ibnu Sina baca ni, sila ambik akak ni jadi Duta ye

wah! terkagum aku dengar
biar benar

sebenarnya aku ada masalah dengan si kenit
dia kan suka ngadap tv, kalau boleh kartun 24 jam
budak2 sekarang tengok tv dekatnya macam nak masuk kepala dalam tv tu
larang banyak kali pun tak makan saman

aku adalah risau kalau ia akan rabun
kecik bona nak pakai spek mata

aku baru berkenalan dengan spek mata ni pada tahun 2006
kalau boleh taknak lah anak aku kecik2 pakai spek
wpun kakak penah kata
'pakai spek nampak macam orang cerdik
kalau kakak kawen, nak suami pakai spek macam ayah'
kelakar la kakak ni

 ada sesapa nak bagi testimoni spek mata Ibnu Sina ni?
ingat nak beli ler satu, kot boleh baik mata rabun ni
dah tak payah pakai spek

(^_^)

NOTA KAKI:
kalau nak beli online pun boleh
gi kat blog ni ada jual
ibnusina4u

16 comments:

  1. Anak saya yg Tingkatan 5 tu pakai spek ini bila tengok tv. Skrg penglihatannya dah semakin elok, kata dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. YB..
      wah! testimoni yang bagus
      x sabar nak cuba jugak ;)

      Delete
  2. dah mula mata nak rabun ..........penangan komuter kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SIS NIEDA..
      rasanya ye, sbb sy start rabun bila masuk keje opis hour yg ngadap pc 8.30 - 5.30 ptg
      masa keje shift dulu xde pulak..sbb dulu ngadap customer, takde sgt ngadap pc

      Delete
  3. Ubat rabun senang je...pagi pahi percik percik air masuk.mata sambil selawat dan niat dalam hati hilangkan penyakit rabun. In shaa allah. Kak zar dulu masa kat kolej pakai spek. Amalkan petua ni.. lama jugalah mmh hilang 80% rabun tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. SIS ZAR..
      cara kak zar ni pun cuba jugak, cuma buat bila ingat je, huhu

      Delete
  4. Replies
    1. SIS LW..
      dulu ada booth kat airport KotaBharu
      tak pasti ada lagi ke tak skrg
      tp boleh beli online jugak
      klik sini

      http://ibnusina4u.blogspot.com/

      Delete
  5. sbnr nya dh ramai yg berjaya kurangkan rabun dgn spek lalat ni kkak. hahaa..dan yg tinggalkan terus spek power pun dh ramai. utk info lanjut boleh refer disini www.ibnusina4u.blogspot.com
    jom kita ramai2 jd mata lalat

    ReplyDelete
    Replies
    1. DEAR IBNUSINA4U..
      tq sudi tinggal komen kat sini

      Delete
  6. kena cuba ni. mata saya ni rabun jauh dengan silau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TATA..
      samalah kita
      power 125
      rabun jauh dan tak tahan silau :(

      Delete
  7. betoiker..... dulu kawan akka beli... kadang2 akak cuba gak pakai... tapi rabun dekatnii takder ubat kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. CHO ZILA..
      ntahler, ramai kata ok.. tak tahu la berkesan tak utk kita
      sy pun belum beli lagi nih
      hujung bulan la kot :)

      Delete
  8. kalau rabun jauh yg power da smpi 500 pn blh ye?

    ReplyDelete
  9. sy pkai dh lama x brkurang pun..mgkin cara sy salah kot..

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)