Skip to main content

Qarin Si Tukang Bisik

Ingat nak citer pasal balik kampung, tapi tak sempat nak mengarang. So mari kita bercerita tentang apa yang aku kutip dalam kelas ilmu waktu rehat 2 jam tadi. Ikhlas cakap, pada awal kelas tadi aku hampir2 nak keluar kelas (mengantuk dan penyampaian agak membosankan) tapi aku bertahan. Rupanya ada banyak ilmu dapat aku kutip dihujung2 kelas tersebut

Korang kenal tak Qarin? Aku baru tahu kewujudan Qarin Si Tukang Bisik ni. Kalau korang dah tahu baguslah, okey ni aku nak citer kepada yang tak tahu macam aku. Satu blog aku jumpa menulis tentang Qarin-Klik sini

Secara ringkasnya, semasa kita di lahirkan ke dunia ini, kita lahir bersama kembar yang bernama Qarin. Dia adalah Jin Kafir. Tugasnya ialah berbisik pada hati kita supaya menjauhkan dari melakukan kebaikkan. Kita pula setiap saat kena berjuang menentang bisikan si Qarin ni.

Contoh situasi ialah:

- Jumaat ada kelas ilmu (bagi kaum wanita) di surau. Break time 2 jam, kita niat nak pegi kelas ilmu tapi si Qarin duk la berbisik kat telinga 'tak payah pegi la, minggu depan ada lagi. Baik ko gi terminal, ada sale baju budak lawa2 kat sana, minggu depan dah habis sale'. Gitu? Eh! macam kisah aku je, hahaha.

Dia juga suka membisikkan ke telinga suami/isteri untuk mencurigai pasangan masing2. Banyak lagi contoh tapi aku tulis sikit jelah. Jahatkan si Qarin ni kan?

Lagi yang dikongsi ialah:

- elakkan anak2 bawah umur melayari internet tanpa kawalan. Banyak salah laku termasuk melayari laman web 18sx kerana takde pemantauan dari orang dewasa.

- elakkan membenarkan anak2 remaja menunggang motor tanpa lesen walaupun sekadar ke kedai depan tumah untuk membeli garam. Bermula dengan naik moto tanpa lesen, anak2 akan belajar merempit jika tidak diberitahu kesalahan menunggang tanpa lesen.

- satu lagi ialah, anak2 yang lahir dengan karung (keluar bersama karung janin) @ dengan tali pusat membelit leher .. harus diberi lebih perhatian dalam didikan agamanya. Kerana mereka adalah anak2 yang berpotensi menjadi anak degil jika salah didikan. Ustazah kata, lebih baik anak2 ini di hantar belajar agama dari kecil berbanding dengan belajar bahagian akademik yang lain. Lebih kurang gitu la ayatnya.

Okey, itu je yang nak di kongsi nak balik dah rasa macam hari Isnin je hari ni. Maklumlah dah cuti 2 hari, hihi


Selamat beristirehat di hujung minggu (^_^)



Comments

Unknown said…
tak silap mak aku kata aku lahir ngan karung.. patut la aku degil.. nanti aku check balik ngan mak aku.. hehe
Nieda Ramly said…
baguslah ada kelas agama , taklah terbuang masa begitu sj
Dr K said…
Saya pernah baca,salah satu hikmah kita azankan & iqamatkan anak kita masa baru lahir, ialah utk kurangkan gangguan Qarin ni. Wallahulam
t.a.t.a said…
baru niat nak pergi kelas, dah dapat pahala dah tu. tapi bila dengar kata Qarin dan tak pergi kelas, memang -ve terus la pahala tadi tu.

hehehe.
gadisBunga™ said…
kenapa yang lahir dalam karung tu degil? ustazah ada beritahu tak? :)
paridah said…
ilmu perlu sentiasa dipelajari...lg banyk belajar lg banyak yg kita xtahu...
Irfa said…
KAK PARIDAH..
betul tu kak, menuntut ilmu ni sampai tua pun tak abis
orang kata samopai habis umurlah
lagi banyak belajar, lagi banyak yg tak tahu rasanya ;)
Irfa said…
GB..
bukan degil jahat tu maksudnya
tp lebih kurang mcm mereka ni 'anak istimewa'
kuat semangat-terbelit leher pun selamba je
kuar dengan karung sebab dia terlampau rilex dan selesa tanak keluar dr perut
ntahla..sy pun x paham sangat
Irfa said…
TATA..
sbb tu kalau kita baru je niat nak buat baik, malaikat terus ditulis dpt pahala
kalau nak buat jahat, buat dulu baru malaikat tulis
baiknya Allah pada kita
Irfa said…
DZ..
oh itu hikmah azan/igamat anak yg baru lahir
tq sbb bagitau
Irfa said…
NIEDA..
salah satu aktivit yang di anjurkan oleh ajk surau
kalau takde hal..dr merayau baiklah pegi
dapat jugak ilmu ,nak cari kat luar, dah balik rumah mmg susah la sikit ;)
Irfa said…
RAI..
ye ke?
patutlah boleh tahan keras ko ni.hahaha

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')