Wednesday, November 20, 2013

Air Zam Zam Tidak Boleh Di Jual ?

Last week, sorang akak kol tanya ada air zam-zam tak?
aku punya stok air zam-zam kat umah memang dah lama habis
tapi bila akak tu kata nak buat ubat
ayah mertuanya sedang sakit sekarang

Jadi .. aku usahakan bertanya sesapa yang ada
dan ada sorang brother ni kata 
'ada orang jual'

so aku pun tolong beli kan
sebotol besar (10 liter)



semalam hantar kat rumah kakak tu
dan macam biasa, bila kita bagi barang
dan orang hulur duit
otomatik mulut tercakap 
'saya jual'

okey.. ingatkan habis disitu je

PAGI INI

bos-bos besar dapat air zam-zam
hari ni kan last flight balik Haji

aku terdengar orang bercerita tentang jual air zam-zam
kata bos (bukan bos aku)

'air zam-zam tak boleh akad jual beli macam kita jual barang lain
kalau kita ambik duit, kita kena cakap
duit yang dibayar itu untuk kos botol dan transport je'

so aku pun call balik kakak tu
dia kata memang semalam aku aku ada buat akad jual beli
huhu
# tak tahu tak dosa kan?

aku cakap balik kat akak tu
'air zam-zam tu orang kata tak boleh dijual
jadi saya nak bagitau, kos yang akak bayar semalam tu
utk kos botol dan transport ye'


korang dah tahu ke pasal ni?
ada pendapat lain, sila kongsi ye

17 comments:

  1. x perasan juga hal ini,tq atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  2. Info baru ni.. tak pernah pula dgr sblm ni..

    ReplyDelete
  3. Aah tak boleh jual..kita bayar kos je...ayah sy ckp sbb dlu ade customer bising ckp takleh jual air zamzam...huhu

    ReplyDelete
  4. Yup..
    Boleh berjual beli air zam zam atas urusan kos postage/botol/etc..
    Sunnah juga minumair zam zam secara berdiri

    ReplyDelete
  5. ye air zam zam tidak blh dijual beli.. jika ada yg jual sekarang x blh niat juat..kalau nak stok air zam zam btl la kena buat spt di atas itu

    ReplyDelete
  6. Ye btl..entry ni bgs utk yang masih x tau..air zam zam tidak boleh dijual beli

    ReplyDelete
  7. maknanya berurusan jual beli air tak boleh? tapi sekadar membantu bawa pulang?

    ReplyDelete
  8. JM beli dan cakap terima kasih je ahahah

    ReplyDelete
  9. eh?kat Tesco banyak je jual tu?hoho...takde plak mana-mana kenyataan bertulis plak mengatakan camtu..

    salam kenal : reezluv.com

    ReplyDelete
  10. good info... dah lama dok pikir pasal isu jual beli air zam zam ni. tq for sharing :)

    ReplyDelete
  11. aku penah dengar pasal ni.. tapi sbb tak pernah beli atau jual sendiri so, tak pasti.. biasanya just dapat dari orang yang balik dari mekah..

    tertarik dgn komen minum air zamzam berdiri tu sunnah..

    ReplyDelete
  12. salam irfa.. penah jugak nampak ada orang yang jual sebotol berapa2 camtu (saya pon penah beli masa kat istanbul haritu).. mmmm tq for sharing :)

    ReplyDelete
  13. salam irfa…..tak pernah beli tapi tahu ada org jual…good info sbb mmg tak tahu prosedure mcm tu. tq for sharing

    ReplyDelete
  14. MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-11/2013
    TARIKH: 24 Jun 2013 / 15 Syaaban 1434H
    Hukum Penjualan Air Zamzam
    Mesyuarat bersetuju sebulat suara bahawa:

    "Tiada nas yang melarang jual beli air zamzam yang dimiliki. Oleh itu, air zamzam yang dibeli atau dijual menurut hukum syarak tidak boleh dirampas dan dilupuskan."

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)