Skip to main content

Abam Sudah Layak Satu Saf Dengan Orang Dewasa

Yeayyyyyyy, abam sudah layak satu saf dengan orang dewasa bila solat di masjid nanti, hihi. Biasa kena duk belakang dengan bebudak lom sunat, sekarang dah naik taraf. Meh kita kongsi cerita sebagai kenangan  ... kalaulah blog ni masih wujud lagi dalam masa 10 tahun akan datang, abam mungkin mintak aku delete entri ini kot.



Kuar rumah pepagi, jam 8.30 di klinik. Dah ramai yang berkain pelikat tunggu turn jumpa 'Doktor Mudim' hihi. Abam dapat giliran nombor 10. Oh lupa, abam ambik pakej laser dengan bayaran rm150. Memula nak ambik kaedah clamp tu konon tak sakit, tapi ramai yang kata clamp lambat baik. Dan kebetulan masa menunggu tu ada seorang bapa bawak anak jumpa doktor semula sebab dah 20 hari bersunat masih lom baik, macam ada gelembung air katanya. Si bapa tu pun kata 'bagus lah puan ambik kaedah laser, saya pilih clamp konon tak nak bagi dia sakit sangat, rupanya clamp ni lambat baik' aku doakan moga anak itu cepat baik. Lain budak lain kesannya kot.

Sepatutnya abam join cousin bersunat tahun lepas, tapi atas sebab teknikal abam tak join. So tahun ni abam sunat sensorang, takde geng.

Masa tunggu giliran, aku tanya 'abam nak umie temankan ke nak ayah temankan?' katanya 'abam nak ayah teman, nanti kalau umie masuk..umie mesti nanges, abam tak nak' huhu

aku dengar melalak dalam bilik doktor
aku pulak lap air mata di luar bilik, huhu
sib baik aku tak masuk dalam
boleh pengsan kot dalam tu
 
Ingatkan tak akan dengar dia melalak, sekali .. 'uwaaaaaaaaaaaa sakit'. alahai anak, sudahnya aku pulak yang meleleh airmata kat luar bilik doktor. Kata en Abe 'dia nanges masa cucuk bius dan sapu ubat' takpelah abam, bukan abam sorang je nanges semalam. You still my hero, hihi

Balik umah terus cop tempat bawah tangga, senang nak gantung tali. Malam tadi aku tido2 ayam sebab risaukan dia, risau sangat dia tido tak sedar diri, so far okey je .. aku je yang risau lebih, hihi.   

abam cepat baik ye
jangan banyak bergerak, nak apa2 mintak dengan kakak
makan takpe.. umie rela suapkan, hihi

Macam ni rupanya rasa bila anak bujang bersunat ye? Aku gelisah kat luar pintu macam kucing hilang anak, sib baik lah sorang je anak lelaki, kalau 10 jenuhlah aku berkawad depan pintu.. ingat balik nanti nak buat sup ikan haruan, macam jaga orang pantang bersalin pun ada ye .. layannnnnn



Comments

t.a.t.a said…
aku suka lauk orang tengah pantang dalam sunat. nasi putih, bilis goreng dengan kicap. wah sedap nya! hahaha


apa menu pantang si Abam tu?
Irfa said…
TATA..
menu semalam lauk yg ko cakap tu la. nasi + ikan bilis goreng rangup
tp x de kicap.. sbb org kata kalau makan kicap nnti luka berparut, hihi
hari ni nak tukar menu sup haruan kot
Qashmere said…
Aduidui...cian dia...Semoga tabah yer dik
t.a.t.a said…
memang luka tinggalkan parut kan? ke parutnya jadi hitam kalau makan kicap?
nazayiena said…
Dah selamat bersunat Abam...semoga cepat baik.
Irfa said…
sorry silap.. parutnya jadi hitam
org tua kata..so ikutlah mana yg boleh ikut
Nieda Ramly said…
tahniah abam !
semoga cepat baik
HeNRieTTa JoSe said…
Tahniah abam...dah dewasa....errr...alamak, bleh ke rietta than dgr jeritan sebegitu....rietta pown igt kaedah clam lebih baek...
Aisy Nasiha said…
Minat nak baca pengalaman sunat ni. Saya ada dua orang anak lelaki nanti nak kena tempuh juga pengalaman ni...
Tahniah Abam. Dah masuk ke fasa lain dah..
Rumah Kuning said…
cewahhh senyum je abang. lepas ni suara pun berubah garau. hehehe
:: CIKVIVA :: said…
Pasni abam dah nk jadik remaja..tiada lagi budak rambut jarang2 yang suka nangis atas tangga memalam tu...sobsobsob...

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')