Skip to main content

Sate R&K kini di Enstek dan Cadar Cotton Patchwork

Salam Jumaat..
# eh! dah jumaat ye, tapi kenapa rasa macam hari Selasa?(ini semua poyo, maklumlah semalam baru keje selepas Selangor cuti tu hari, hihi)

Sebelum bercerita, kalau korang berminat dengan cadar cotton patchwork .. boleh buat pre-order. Ala, cadar kain cotton tampal yang coraknya cantik2 tu. Aku tengah kumpul order, tarikh tutup order 20 Dec ni. Insha Allah, kalau ramai order, harga makin murah. Contoh cadar macam gambar kat bawah ni.



close up Cadar Cotton Patchwork


Untuk lebih detail boleh ke HajarCloset 
# harga istimewa pagi kenkawan dari blog kesayangan aku ni
malas nak klik situ, boleh wsap aku kat 016-6116459


Ni kisah malam tadi ... rasa sunyi sangat kat rumah, cuma aku dan kenit Ajaa je. Kakak dan abam kat umah makwan di Cheras, En Abe keje shift petang. Sebab dah takde sapa kat umah, nak masak pun malas. Sib baik sebelum balik, member yang aku tumpang gi keje tu singgah tapau sate. Makanya, dinner sate jelah malam tadi.

Okey, nak kongsi dengan korang yang duk area Nilai dan sewaktu dengannya. Restoren ni baru bukak di kawasan perumahan dekat rumah aku, sebelum ni kalau lalu sentiasa penuh, nak singgah pun malas sebab dah tahu mesti kena tunggu lama. Kebetulan balik keje semalam tengok macam tak ramai orang, so singgah lah tapau. Aku gugel tadi, rupanya sate R&K ni banyak cawangan. Aku penah makan di sate R&K cawangan Seremban tu.

Rasanya ? Boleh tahan .. rasa sate ler takkan rasa piza kot, hihi

gambar restoren sate R&K cawangan Enstek
persekitaran bersih, tempat baru le katakan
# gambar sate x sempat snap, dah masuk perut, hihi

Ikut tekak aku sedaplah, tekak korang tak pasti ler, kang ada yang cakap 'indah khabar dari rupa' jangan pulak salahkan tekak aku, selera masing2 kan..

Daa...

Comments

Acik Erna said…
dik sarung bantal tak leh tambah ke
R&K? Aku tak nah dgr. Sedap ke satenya? Jauh benor nak ke Enstek tu. Ko duduk sane eh?

Cadar patchwork yg pki kain reja tu ke beb?
Aisyah said…
ohh..irfa meniaga cadar jgk...
Unknown said…
anak anak aku bagi la sate apa pun..suka je diorang..

cantik set tu..nanti aku tanya kengkawan kot ada yg nak fefeeling penganten baru ala che ta.. hahaha..
sweetie said…
Irfa saya berkenan dengan cadar2 patchwork tapi nak tgk dekat2... kalau dlm gambar camni tak puas.
t.a.t.a said…
tajuk sate. gambar cadar. hahahah

seb baik bawah tu ada cerita sate nya.
paridah said…
ADA CITER CADAR YG CANTIK N ADA CITER SATE YG SEDAP....MMM BEST
Irfa said…
KAK ERNA..
nanti sy tanya supplier ;)
sy sms bila dh ada jawapan
Miss Brenito said…
wah, boleh try ni, rumah pon area bkt mahkota jer, selalu gak g area sana g rumah kawan suami..

hai irfa, sekarang ni tenet ada masalah, insyaAllah saya akan setia mengunjungi hingga dapat klik menjadi follower.. terima kasih uols..
Irfa said…
FARA..
aku penah makan di seremban, tak tahu pulak dia banyak cawangan
sebab sate femes yg aku tahu cuma sate Samuri :)

ha'ah.. macam nenek2 kita buat dulu pakai kain perca
ni mmg sengaja di jahit nampak cam perca ;)
tp kainnya mmg selesa, kalau tido smpi tak nak bangun
hebat tak ayat aku? wakakaka
Irfa said…
DEAR SIS YONG ARISHA..
hehe, baru cuba2
yong nak order satu tak? hihi
Irfa said…
RAI..
anak2 aku suka sate juga ;)
tp smlm makan ngan kenit.. takde sesi rebut2 la.huhu
makan sensorang x lalu pulak

mmg lawa. ko order la 5 lai ye
bagi mak mentua, mak ko, kakak2 ko dan jiran2. hahaha
Irfa said…
SIS SWEETIE..
dont worry kakak, sy pos kat akak nnti
boleh la pegang2 ;)
nak baring terus pun boleh
Irfa said…
TATA..
ni kan personal blog, nak promo bisnes tak boleh la nampak sangat
kena lah coverina sikit ;)
Irfa said…
KAK PARIDAH..
macam iklan Asteruk le kak 'macam-macam ada'
hihi
t.a.t.a said…
tido tak nak bangun?

bahaya ni.
sweetie said…
wow! kalau dah boleh di baring2kan kena beli tu!
Unknown said…
Sevis lembab..pelayan masam mencuka..syg walaupon mknn bole tahan..x masuk lg dh rnk sni
Irfa said…
DEAR HASNI..
sbnrnya itu lah last saya gi sana
memang servis lembab dan muka pelayan macam tak nak berniaga
kesian kedai lawa tapi servis teruk

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')