Wednesday, December 4, 2013

Urusan Tukar Sekolah Kakak Part 2

Sambungan kisah semalam

Sesampainya dari kampung dah jam 12 malam, so terus je tido umah mil. Esoknya pepagi, kami kuar terus ke Seremban. Main agak2 je ingat urusan tukar sekolah tu kat JPN Somban, rupanya salah. Kami kena rujuk ke PPD Somban bukan JPN, huhu. For info, JPN kat Bandar Seremban dan PPD pulak di Ampangan. Tak jauh pun, tapi berpusing jugakla mencarinya .. Urusan tak sampai 10 minit sebab tak ramai orang.

For Info:
Dokumen yang diperlukan untuk urusan tukar sekolah ialah:
- salinan surat beranak/salinan ic pelajar
- salinan ic ibubapa
- salinan surat nikah ibubapa
- slip keputusan Upsr
- surat pertukaran sekolah dari sekolah lama
- bagitau sekolah pilihan yang kita nak tukar
(rasanya itu je kot)

Pegawai berkenaan bagitau, keputusan dalam masa 2 minggu dari tarikh hantar permohonan. Harap kakak dapat sekolah yang aku pilih tu. Pegawai jugak kata, andaikata dia dapat tawaran dari Sekolah Kawalan, kena buat urusan tukar sekolah sekali lagi, Insya Allah .. ada rezki adalah. Bila di tanya kakak, dia nak duk rumah. Taknak duk asrama, aku pun malas nak paksa .. tengok jelah nanti.

Sekarang dia dah syok main ngan adik2. Ada hari tu sampai jam 12 malam pun masih selamba je 3 beradik tu main, tak ingat nak tido. Ada je modal nak main ... sian pulak kalau dia kena duk asrama

Okey itu je kisah nak share. Kalau aku tak apdet blog, nanti ada yang tanya 'bz ker? blog tak apdet pun hari ni' hihi. Emm siapakah? lalalalalala ....


6 comments:

  1. anak2 kak yus pun cuti2 ni tak reti nak tidur awal irfa. 4 beradik tu, pukul 12 pun masih segar bugar....huhu, Amani yg kecik je tidur awal...:)

    ReplyDelete
  2. dah lama tak dapat nak main sama sama lama kan..seronok la diorang kakak dah balik..

    ReplyDelete
  3. dik..masa bagi tau abang jalal..dia kata..mana ada pi jpn..pi ppd tak jauh dari sekolah aimi tu dia kata..akak kata..wani kata..jpn la..h hi..netul la kata dia..sebab dia yang uuruskan pertukaran aimi dulu..2 kali kan...dia buat pertukaran

    ReplyDelete
  4. seronok dapat main dgn adik2 kan...semoga segala urusan dipermudahkan

    ReplyDelete
  5. Semoga dipermudahkan segala urusan.. insya'Allah..

    ReplyDelete
  6. Alamak... sama la anak anak kita... semua pakat tidor lambat. Mak pak jer tidor awal... siap kunci pintu plak... hahaha (tak sabar tunggu anak tidor lambat sangat !)

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)