Thursday, May 30, 2013

We Share,We Care:Jangan Bagi Orang Tak Di Kenali Masuk Rumah

KISAH BENAR ! Kawan aku citer, semalam dia balik kerja macam biasa, dah pukul 10 malam baru anaknya cerita, dalam waktu nak Maghrib (pukul 7 malam) ada 2 orang wanita datang ke rumahnya dan mengaku sebagai 'kawan ibu'. Wanita tu terus masuk rumah (pintu memang sedia terbuka sebab anak bujang dalam rumah) tanpa bagi salam dan perkenalkan diri tapi ada sebut ' ini anak ( nama kakak tu) kan?kami datang nak tengok rumah'. Mereka bercakap sesama sendiri dan tengok dalam rumah lepas tu keluar tanpa cakap apa.

Pelik tak? Dan malam tadi kakak tu tak lena tido memikirkan siapa wanita berdua itu? Katanya 'kalau betul kawan akak mesti diorang telefon dulu nak datang. Akak kan keje buat apa diorang nak datang main terjah macam tu? Dahlah tak perkenal diri pun, pesan apa pun takde. Pelik sungguh. Tak lena tido akak memikirkan hal tu '

Kalau korang jadi akak tu, apa yang korang fikir? Kalau aku pun dah tentu fikir bukan-bukan, nak pulak zaman sekarang ni ramai orang jahat dan orang jahat takde tulis note kat dahi 'saya orang jahat'.

Kepada semua diluar sana, sekarang musim cuti sekolah, ada ibubapa tinggalkan anak dirumah tanpa pengawasan orang dewasa (ada kes, anak tak nak kerumah pengasuh sebab lebih suka duk rumah sendiri, boleh bukak tutup peti ais 20x sehari, tengok tv tanpa gangguan sebab kat rumah pengasuh mesti banyak benda takleh buat). Kalau dah terdesak, mintak jiran-jiran tolong tengokkan anak-anak kita tu. Harta boleh dicari tapi nyawa tiada gantinya.

Ingat mengingatkan sesama kita :)

Wednesday, May 29, 2013

Buku Mc ( Medical Book ) Baru Tukar

~ emm..wangi kertas, ada bau HR lagi ~
3 rd issued sejak mula kerja tahun 1998
buku lama dah habis mukasurat
pastu tertumbah pulak ubat batuk atas buku tu
abis melekat muka surat tersebut 
tak boleh nak bukak lagi
kalau di gagahkan juga koyak le jawabnya

dari hari ke hari nak gi HR mintak ganti baru
takde masa nak singgah
padahal hari2 lalu depan opis HR tu
semalam sempat le menyinggah 
dapat buku baru
yeyyyyyyyyy

buku ini penting kalau ke klinik panel
( kalau pegi klinik bukan panel, kena potong gaji dan dapat warning letter )
tak bawak buku, bayar sendiri le jawabnya
sejak keje waktu pejabat ni jarang guna buku ini
ke klinik pun kadang2 je
itu pun mintak ubat
nak mintak mc segan kat doktor
# doc tahu orang tipu2 sakit dengan betul2 sakit
dia kan doktor

dulu2 masa keje shift boleh dikira 'ratu mc' juga
nak pulak bila mengandung
malam kena simpul biawak,besok pagi mc
tapi itu duluuuuuuuuu
sekarang dah baik

korang dah mc bape hari setakat bulan Mei ni?
aku belum lagi setakat ini
kalau boleh taknak mc
mudahan2 sihat selalu dengan izinNya ..

Pos Laju:Mengepos Parcel Pada Diri Sendiri

Penah tengok lawak Mr Bean yang dia pos kad x-mas pada diri sendiri sebab takde orang nak hantar kad kat dia? Penah? Kejadian yang berlaku pada aku lebih kurang sama tapi aku bukan sengaja buat macam tu. Tapi 'silly mistake' itu buat aku nanges dalam tawa petang semalam. Almaklum, jarang aku ni mengepos barang, lainlah kalau orang bisnes online, dah tentu boleh 'kamceng' dengan staf kat kaunter pos tu. hehe.

Khamis lepas, aku pos barang pada seseorang nun di selatan tanah air. Pakai pos laju konon nak cepat sampai, so aku bajet isnin sampai la kot. Sampai semalam, aku sms kawan katanya 'belum sampai' so sedikit rasa nak marah sambil ngumpat dalam hati 'kata pos laju tapi tak laju pun' huhu. Minggu sebelum tu pun ada pos barang pada cousin di Pahang, dicaj RM45/6KG tapi cousin bagitau posmen suh collect kat pejabat pos sebab barang berat. Oh!memang la berat sebab tu saya kena bayar rm45, dengan harapan barang dihantar sampai ke tangga rumah. Sabar jelah..

Okey, berbalik kisah semalam, sampai rumah terkejut tengok ada parcel, 'bila masa aku order barang ni?dan kenapa parcel ni macam pernah ku lihat. Tapi dimana ye?'

SAH ! ini parcel yang aku pos untuk kawan kat Johor tu tapi kenapa dia hantar balik pada aku? Check alamat dah betul tapi ......................... dialamatkan pada diri sendiri. uwaaaaaaaaaaaaaa nanges takde lagu.

Korang penah borang Pos Laju tu? ini contohnya

contoh borang Pos Laju 
aku ingatkan kotak atas tu KEPADA PENERIMA dan kotak bawah adalah DARI PENGIRIM. Rupanya terbalik, Pengirim kat atas dan Penerima di bawah. Tak pasal2 terbang rm11 kerana kesalahan diri sendiri. huhu

Moral of de story:
# baca borang betul2 sebelum isi

Dear L , barang awak saya dah pos sekali lagi tadi, semoga sampai dengan selamat ye, maaf banyak2 ye ..

Tuesday, May 28, 2013

Nak Berniaga Tapi Apa Aku Nak Jual?

~hello readers~
(wah!bajet ramai yang datang baca)

aku jumpa ni kat search keywords di Nuffnang

sapa la agaknya yang taip keyword tu?
kesian dia sebab masuk blog aku tapi tak membantu pun
sorry ek...
'Aku nak berniaga tapi apa aku nak jual?'
soalan yang sama penah aku tanya pada seorang yang bernama kawan
(kamu tahu siapa kamu)
katanya 'kalau ko nak berniaga, buat apa yang ko minat
supaya nanti ko tak bosan dan tak stop di tengah jalan'

benarkah begitu?


Monday, May 27, 2013

Maaf ! Komen Anda 'Not Approved'

kali pertama tinggal komen
'di baca dan di publish'

kali ke2 komen
'dibaca dan dipublish lagi'
walaupun komen tiada kaitan dengan entri
dan ayat sama seperti  komen kali pertama

# emm pelik disitu
dan aku ada baca komen dia diblog orang lain juga
ayat yang sama macam dia komen di blog aku
# pelik kuasa dua 

kali ke3 komen
'dibaca-ayat masih sama macam kali pertama dan ke2'
eh! pehal?

sorry..komen delete terus

emm apa motif ?

Vietnam:Saki Baki Cerita

Assalamualaikum dan Salam Hari Isnin
# emm, cuti sekolah dah bermula tapi anak jelah cuti, mak ayah tetap kena keje kan? kalau nak cuti jugak sila apply cuti tahunan. ada berani? cuti tahun dah tinggal 13hari. huhu

Okey.. aku ada sikit lagi citer tentang Vietnam, aku janji ini last aku apdet pasal Vietnam, sian korang asal bukak blog ni, asik la citer Vietnam tak abis2.. huhu (Vietnam je pun)

# malu nak citer, rupa2nya kalau kita nak kemana2 (dalam negara/luar negara) kita boleh gugel do and dont sebagai persedian. Contohnya:Do and Dont' at VietnamAku tak nak ulas apa yang tertulis dalam link tersebut tapi aku nak share pengalaman aku dan juga kengkawan yang pernah kesana (kalau mereka tipu,maka tipulah aku tapi apa yang diorang dapat kalau menipu?).Okey ini sekadar perkongsian dari pemerhatian aku semasa ke Vietnam tu ari (ko mampu?baru 2x kesana dah siap bagi tips panduan..ini semua poyooooooo)

Sebenarnya, kalau dikalangan kengkawan tempat kerja aku ni.. ke Vietnam kami gunakan istilah 'balik kampung', kalau nampak je staff nak check in ke Vietnam/HCMC.. mesti diorang akan tanya 'balik kampung ke? ni balik hari ke tido sana?' kelakar sangat..

YANG MENARIK :
  • SHOPPING/BELI-BELAH: of kos la shopping di carta teratas.Memang murah dan tersangat murah kalau bijak tawar menawar.(kain baju bajan le pun.Ko nak handbeg berjenama susah la sikit tapi yang 'aspal-asli + palsu').  Penjual juga boleh kenal, samada kamu orang pertama kali datang dengan orang yang dah biasa datang. Diorang tak kisah kalau kita nak ambik gambar barangan yang mereka jual, kat negara kita sendiri banyak kedai dah siap tulis 'NO CAMERA'. mungkin itu strategi menarik pelanggan untuk datang lagi (ada orang yang pertama kali datang ambik gambar dulu dan datang sekali lagi baru beli barang).  
emm itu jelah kot ;)

YANG MENARIK DI LIHAT:
  • PENJUAL: gelagat penjual untuk menarik pelanggan sedikit merimaskan. Pada pendapat aku,mereka terpaksa buat begitu sebab persaingan adalah sengit mandangkan mereka menjual barangan yang hampir sama. Jadi,kalau ada pelanggan intai@sentuh barang,sebolehnya mereka akan memujuk pelanggan untuk membeli dengan mereka.Tapi disitu sedikit kelebihan kepada kita sebagai pelanggan, ko minta tawar paling rendah sampai tahap penjual maki ko balik 'u crazy?'.
  • kalau kemana2 negara pun, perkara paling aku suka ialah memerhati gelagat penduduk tempatan dan jugak pelancong. Ada orang kata 'tak selamat' kat sini tapi bagi aku setakat ini, aku rasa selamat lagi .. harap takde kejadian buruk dimasa akan datang.Nauzubillah
  • awek2 bermotor/skuter tetap nampak feminin dengan memakai kasut bertumit tinggi sambil menunggang motor. Nampak comel sangat ;)
  • makanan diorang, semua sup dan rebus2 je. Patutlah slim, susah nak tengok size XXL kat sini.

PENGALAMAN KAWAN2:
  • member pergi satu family, tergoda nak jenjalan pusing bandar naik beca dan naiklah diorang satu family (dia,suami,2 anak dan adik ipar) tapi bila dah abis pusing nak membayar, rasa macam kena pukau. Dia buka wallet dan tanya berapa tambang, dan macam dipukau dia nampak tangan en pengayuh beca ambik duit dari wallet selai-selai dan dia takde daya untuk menghalang. Adik ipar perasan tapi jeritan dia tak dipedulikan. Lepas beca dah blah baru dia perasan kerugian lebih kurang rm400 + + , nanges le kawan aku tu sebab bajet nak sopim dah habis.# rupanya dah banyak tulis dalam do and dont tentang beca ni.
  • kawan aku citer, dia kesana dengan suami dan masa jalan2 di pasar malam, jurujual tu sauk lengan laki dia ajak masuk kedai 'masuk bang,tengok lulu (dulu)' dah tak pasal2 jurujual tu kena jerit ngan kawan aku 'woi.suka hati ko tarik tangan laki aku ye.tak respek orang langsung' agak2 jurujual tu paham ke?hahaha.
  • di pasar malam, beg kena toreh dari bawah tanpa sedar, sedar2 beg kosong je ;(
  • kes aku pulak, masa aku pilih baju tu dia tunjuk yang elok dan berkualiti tp bila aku cakap nak kaler lain, dia bagi aku pilihan beberapa kaler, so aku ingat sama la dengan contoh yang dia tunjuk tu, maklumlah rega sama je, dah balik umah baru perasan tshirt yang aku beli kainnya lain, tak sama macam yang dia promote kat aku.huhu
lagi apa ye?emm itulah je lah dulu .. aku pun dah ingat2 lupa. Tapi walaupun ada orang kata 'takde apa yang best pun di Vietnam. Baik gi Bandung' aku tak kisah pun. Aku dah cakap ngan enAbe 'mulai tahun ini, tiket free umie tu .. nak guna pegi Vietnam.Wajib pegi setahun sekali'  hahaha.

Kawan aku pegi Jakarta/Bandung hujung minggu ni. Kita dengar apa citer dia nanti kalau best,boleh kita cuba ke sana pula ;)

Thursday, May 23, 2013

Kasihan Mereka

Sejak balik dari HCMC (Vietnam) tu ari, kes ibu dan anak (Izan Suhaila dan anaknya,Maryam Sofea) yang tergendala untuk pulang ke Malaysia di Lapangan Terbang Vietnam mendapat liputan ramai. Setiap hari aku klik blog BroMazidul untuk tahu perkembangan terbaru mereka. Syukur mereka akhirnya dapat kembali kepangkuan keluarga dengan selamat. Tak dapat bayangkan perasaan ibu itu dinegara asing dengan anak kecil. Nasib baik ada family yang menemankan.

Macam2 versi dapat kita baca di blog. Semuanya hebat2 dalam menegakkan pendapat masing2. Ramai yang menyalahkan penerbangan tersebut tapi ada jugak yang lain menyalahkan si ibu itu. # sedih


Aku taknak komen lebih tentang airlines tersebut (nanti dikata aku poyo..yelah aku kan keje dengan kompeni yang dikatakan memang tak ngam dengan diorang,taknak la dikata 'bias' pulak nanti) tapi sedikit sebanyak rasa tempiasnya. Rasa tak selesa kalau dipuji lebih sangat, ia boleh mendatangkan riak. Tidak baik okey. Semoga semua dapat perbetulkan silap masing. Yang dikeji,sila betulkan kesilapan dan yang dipuji jangan seronok sangat. Ingat ! Satu kesilapan akan menutup 1000 kebaikkan.

Aku cuma cuba letakkan diri pada diri si ibu, siapa sangka nak jadi macam tu. Semua orang maklum, kalau nak tambang murah kena booking tiket paling tidak pun berbulan sebelum nak pergi. Siapa nak sangka anak dia nak kena 'chicken pox' tu, lagipun dia yakin anaknya dah sihat cuma dia tak bawak surat pengesahan dari doctor pada hari kejadian. Tahu ajelah kan parut 'chicken pox' ni lambat hilang.

Pengalaman orang terdekat, mysil beli tiket untuk mentua ke Padang,Indonesia beberapa tahun dulu. Semua dah seronok membayangkan percutian tersebut. Siapa sangka, lagi sebulan nak pegi..Padang di timpa bencana alam. Semua yang dirancang kensel. Aku tak pasti dapat 'refund $$' ke tidak. Itu antara perkara yang kita tak jangka akan berlaku.

Nak salahkan airlines tersebut 100% pun rasa tak patut. Sebab di Vietnam, komunikasi adalah terbatas. Tak ramai yang boleh berbahasa Omputeh dengan baik. Banyaknya bahasa 'ayam itik'. Staff nampak sedikit sombong mungkin kerana susah nak berkomunikasi. Masa nak balik tu ari pun aku hampir ada jugak 'cerita miss communication' tapi dapat setel dengan baik. Tapi dalam apa keadaan tu 'tolak ansur dan perikemanusian' itu penting. Ramai yang panas hati mungkin kerana ia melibatkan anak kecil yang istimewa. Kalau kejadian berlaku pada cik abang yang gagah perkasa, mungkin takde sapa nak ambil kisah pun.hehe

Dan..aku ada kenal orang yang ada 'anak istimewa' ni. Dia jarang dapat keluar dikhalayak ramai kerana keterbatasan dalam banyak perkara (ini dirujuk secara umum). Jadi, rasa macam tak patut bila ada yang kata 'tak payahlah pegi kalau tahu anak tak sihat.abaikan jelah tiket yang burn tu'. Kita tak berada di tempat dia, mungkin dah lama dia rancang nak jalan-jalan ni. Ada pulak yang komen 'mana suami dia?' hello,ada juga para isteri yang sesekali nak berjalan sana sini dengan kawan2. Takkan nak berkepit dengan suami 24jam. Mesti ada sebab kenapa suami dia tak dapat ikut.# kena jaga anak yang lain ke contohnya.

Aku harap Izan tak phobia..wah! macam kenal baik je aku ngan dia ;)

kisah sebenar dari Izan boleh di baca SINI

Wednesday, May 22, 2013

Oklah,Bagi Lah Ko Menang..Nah!Putik Kapas Sebagai Hadiah

pstttttttttttttttttttt
Penah jumpa,orang yang kalau ko citer
ko dapat beli barang dengan rega murah
dia pun kata
'aku beli lagi murah giler'
cakap taknak kalah
dia je yang bagus
entah2 sembang je lebih
kalau betul..bawak aku pegi kedai tu

nak menang sangat kan?
nah ambik putik kapas ni
sebagai hadiah



nak lagi bagus..pakai putik kapas tu korek telinga
pastu berdiri atas meja
puas hati?

jangan baca,takde kaitan ngan korang

# sedap lak pulut kuning cicah rendang daging nih
lalalallala

Tuesday, May 21, 2013

Vietnam:Hari Last,Makan dan Beli Belah Saat Akhir

Lemau rasa nak abiskan kisah Vietnam ni..huhu tapi alang2 dah tulis,kenalah habiskan..tak baik buat keje separuh jalan.Tak gitu?

Balik dari Night Market,semua akak-akak dah tido kepenatan..aku paling last tido sebab sibuk mengemas.Bukan apa,aku risau beg terlebih berat...susun elok2 dalam beg,sambil buat kira-kira apa lagi yang patut dibeli esok.$$ pun dah tinggal note kecik ada hati nak beli belah lagi tuh

Subuh kat sana 5.30 pagi..ops lupa nak bagitau,diorang sejam awal dari kita.pukul 6.30 dah terang macam pukul 8.00 pagi..Memandangkan bekalan sudah habis,kami kenalah makan kat luar hari ni.Ikhlas cakap la..aku memang tak berapa nak selera dengan makanan kat sini,masuk kedai makan ada bau hanyir semacam.mungkin bau sup ke aku tak pasti.

Banyak kedai makan lom bukak..so kami cuci mata sementara perut pun belum lapar sangat.Pusing keliling hotel,orang tempatan tengah berniaga..masa tu korang boleh tengok 'makanan eksotik' macam tikus,katak sedang di proses..selamba je dia bersihkan kaki kerbau pendek di jalanan..dah makanan dia,kita tengok jelah kan..

Akhirnya kami memilih Restoren Melayu untuk bersarapan
depan restoren Kampung Melayu
# aku adalah photographer..tiada dalam gambar lor

roti canai tapi tak macam roti canai kita
macam lempeng pun ada tapi kari tu sedap 

sarapan dengan vietnamese noodle soup rm18
cili tu aku mintak sebab tak pedas xde selera nak makan 

320,00 Dong = RM54 lebih kurang
Lepas makan onthe way balik hotel..singgah lagi kedai-kedai yang belum masuk.Akak-akak ni ajak ke satu butik yang agak jauh dari kawasan Ben Thanh dan aku memang malas nak ikut sebab takde apa nak beli dah.so aku sorang balik hotel.Dapatlah kemas apa yang patut,siap timbang beg takut terlebih berat di airport nanti.Mandi-manda dan siap2 untuk balik..tengok jam 'ai mana akak-akak ni?sesat tak jumpa jalan balik hotel ke?' so layan je la telenovela Filipina yang dialih bahasa kepada bahasa Vietnam.Takde sarikata..tapi layan jugakla..konon nak tido kejap tapi mata tak bekerjasama.


emm boleh isi lagi ni
hehe

Lagi 15 minit nak check out,barulah akak2 tu balik bilik..hah! kelam kabut nak berkemas..nak mandi sumer.Aku rilex je sebab semua dah ready tinggal nak tarik beg turun je

Layan mata depan concierge,tengok budak lelaki penyambut tetamu yang asyik layan game kat henpon. 

kaunter sambut tetamu

Sebelum panggil taxi ke airport,kami lunch dulu kat Kedai Haji Halim.Makan siap-siap sebab nanti kat airport takdelah kebulur,flight kami jam 7.30 malam.Tumpangkan beg sementara kat hotel..berat wei beg tu nak heret ke hulu ke hilir.

KEDAI HAJI HALIM
kedai jual baju kat bawah
kedai makan tingkat atas

nasi goreng kampung katanya
RM15

nak kata sedap tak jugak
bolehlah sekadar alas perut
sempat lagi tuh
'sopim last' katanya
Balik dari makan..ke hotel ambik beg,dan mintak hotel tahan taxi ke airport.USD 8 dari hotel ke airport tapi kami bayar pakai Dong sebab nak habiskan saki-baki Dong yang ada,kat Malaysia duit tu tak laku.


kalau ke Vietnam..ambik taxi ni ye Vinasun Taxi
aku ada jumpa sorang brother tu dia citer duit dia kena kebas
dalam taxi masa nak bayar tambang

Sampai airport jam 4.45 petang..cari kaunter MAS untuk checkin flight jam 7.30 malam.Flight delay sikit sebab hujan lebat,adalah dalam 30 minit tapi sebab boarding gate selesa,aku sempat lelapkan mata..

beg tengah beratur
nasib baik tiada kejadian excess baggage
pandai tak kami?hehe

di boarding gate menunggu untuk pulang berjumpa yang tersayang
# bajet macam pegi seminggu.hahaha
Alhamdulillah..jam 11.00 malam selamat mendarat di KLIA..si abam sampai tertido dalam keta menunggu umie tapi adik,bulat matanya nampak umie..rindu umie ye?baru semalam kena tinggal

budak kenit yang mejeling sebab kena tinggal
mulut comot makan cokolat 
sekian..

Vietnam:Pasar Ben Thanh dan Bro Mazidul

Okey..tajuk dah tak rahsia lagi.Lepas puas membelek barangan dalam Pasar Ben Thanh,hujan pun dah reda,kami keluar dari pasar dan mula menjelajah masuk ke kedai2 yang berderet tepi pasar itu..Rasa macam jalan kat Jalan TAR sebab pusing kiri pusing kanan.semua muka-muka orang Malaysia je.

Masa membelek telekung di sebuah kedai.member sound 'pi lah jenguk kat luar tu..Mazidul tengah buat pengambaran kot' aku apa lagi..terus keluar jenguk betul ke tidak.Ai kan peminat blog MazidulAkmal ye,memang betul dia dengan kamera tergantung di leher berjalan dengan isterinya.Aku dengan muka tak malu terus je menyapa 'bang...saya peminat setia blog abang.nak ambik gambar boleh?' dia cakap okey terus aku berdiri sebelah dia.Wife nya yang sporting tolong ambikkan gambar aku dan dia.Tapi Bro Mazidul tegur 'dik,pehal kamera ko takde flash ni?' aku jawab 'entahle bang,saya fail sikit bab kamera ni..tahu tekan je' terus dia capai camera aku dan betulkan apa yang patut.Borak lebih kurang dan kami teruskan dengan misi kami yang belum selesai.Pusing 2/3 round jumpa balik dengan dia..Selamba dia azan depan kami menandakan 'balik la oi..dah azan magrib ni.cukup2lah shopping tu' hahaha

meh tengok gambar aku terselit dalam blog mazidul..malu ai (adik aku komen..muka aku dengan sling beg tu dah macam 'peraih MelayuChampa') okey..jom layan sedikit gambar di hari kejadian

aku dan Bro Mazidul
*bukti bergambar katanya..hahaha*

inilah dia Ben Thanh Market


Kedai Hajah Basiroh antara yang menjadi tumpuan pengunjung dari Malaysia

Warga Vietnam dan motor ibarat lagu dan irama
tak dapat di pisahkan
kalau nak melintas jalan..lintas je
diorang tak langgar korang punya

antara lorong2 kedai di sana 

buah-buahan nampak sangat segar
buah 'mokte' pun ada
mokte aka rambutan 

tengok sighnboard kedai aku terlupa yang aku di negara orang
ku fikir di Jalan TAR  


pemandangan biasa dalam kedai

kata sana banyak tempat urut kaki,urut badan
pedicure medicure sume
mungkin harganya lebih murah dari negara kita
# lepas penat sopim..seronok dapat urut kaki nih 

makcik ni jual apa tah
tengok dari jauh macam asam je

beli barang sampai tak muat beg?
jangan risau..beg ada di jual dimana2 je
bersedia jelah nak bayar excess baggage di airport nanti

kasut sukan ada.
kasut bola ada
semuanya cantik dah harganya boleh tahan


kasut comel se size dengan Hajar
tak beli pun..tengok je

selipar cantik untuk kaki anda
selesa @ tidak tak dapat dipastikan
sebab aku belasah selipar jepun hotel je
selesa gitu

balik hotel rasa cam nak tercabut kaki tapi kepuasan terserlah di wajah masing2 walaupun $$ dah makin berkurangan.Akak2 ni risau sebab kiriman kawan2 belum di beli..takpe,Night Market ada lagi.

Lepas solat Magrib sekali lagi kami keluar .. nawaitu ialah nak menjelajah Pasar Malam (rasanya pasar malam yang kami pegi ni kurang sikit sebab kata orang malam minggu lagi besar dan luas).Suasana adalah sama macam pasar malam kita jugak.Tapi harga lebih murah kalau pandai dan bijak tawar menawar.Tip menawar ialah kalau harga RM100 mintak sampai rega RM30.taknak bagi..cari kedai lain.Kalau dia masih untung,dia akan bagi..kalau dia gila2 taknak bagi..itu tandanya dia memang tak untung.

suasana pasar malam
# kualiti gambar adalah mengecewakan

jimmy choo 'aspal' pun ada
jahitannya pun kemas
tengok je x beli pun..
baik aku pakai beg takde jenama daripada yang 'aspal'

prada pasar malam..hehe

aku suka tengok purse kraftangan ni
sesuai dijadikan souvenier untuk yang tersayang

yang ni pun cantik juga
Satu lagi..hati kena keras sebab diorang memang pandai memujuk rayu.Kalau hati lembut bagai tisu konfem gerai pertama duit korang dah habis.

# 2 benda aku tak puas hati ialah masa beli beg dan tshirt.huhu.Rasa dah cerdik tawar menawar tapi tertipu jua adanya.Masa suh aku pilih dia tunjuk yang lain (kain elok) so aku mintak tukar kaler lain,dah balik umah baru perasan kain murah.Sakit hati aku...

Monday, May 20, 2013

Vietnam:Aku Datang Lagi

Emm..cam dah basi je kan kisah ke Vietnam minggu lepas.Tapi sebagai kenangan harusla di abadikan dalam blog kesayangan ku ini..

Sambungan lepas je urusan renew passport hari Selasa,aku balik rumah dan tido dengan lenanya (letih badan dan penat otak sehari suntuk berkepam di pejabat imigresen itu).Selamba kodok aku tido tanpa kemas beg dan buat apa2pun.padahal flight pagi tuh..travel sorang apa susah ye dak?

Tapi dah siap sedia kunci jam 5.00 pagi,perkara pertama aku buat ialah gosok baju sekolah si abam dan baju kerja enAbe.Pastu kemas beg anak2 untuk ke rumah pemgasuh.Padahal aku yang nak berjalan..beg aku isi towel selai(gara2 baru baca kisah pekerja hotel lap lantai guna tuala) ..baju 2 lai,tudung selai,dan sling bag isi passport,duit dan barang peribadi.

Lepas hantar si abam kesekolah..terus ke airport,babai si kenit sikebum dengan pesanan 'aja duduk ye,umie work' hehe...dia pun sengih2 suka sebab dapat jenjalan dengan ayah tapi dia tak tahu malam nanti umie takde kat sebelah.Dipendekkan cerita semua dah berkumpul (4 orang termasuk aku) dan selamat berlepas ke Vietnam dengan penerbangan jam 9.15 pagi.Dalam kapal,kami dijamu dengan nasi lemak sambal udang yang mabeles,tak sempat nak lelapkan mata..dah pun mendarat di Tan Son Nhat International Aiport,Vietnam.


nasi lemak dalam kapal
lauk sambal udang yang mabeles
ada orang tak suka makanan dalam kapal
tapi aku suka je
'Vietnam,Aku Datang lagi'..kisah kali pertama di tahun lepas(2012) ada sini,sana,situ dan sinun juga.

Masa dalam kapal,kami terserempak dengan sorang brother ex staff yang selalu ulang alik ke Saigon (berniaga) so kami ikut dia untuk merasai pengalaman naik bas ke Ben Thanh.Tambangnya tak mahal,cuma 5000Dong (rm1) kalau naik taxi selalunya di caj 200 000Dong(lebih kurang dalam rm40).memang jimat sungguh dan kerana kami bawak beg besar,tambang di kira double sbb dia kira dengan beg sekali.Nak selesa baiklah naik taxi tapi memandangkan kami takdelah nak cepat pun,so tak kisahlah naik bas pun..

Bas benti betul2 depan pasar BenThanh yang terkenal itu..jalan kaki sikit sambil heret beg terus cari hotel.Kami duduk di hotel ni,namanya Hoang Phuong..betul2 depan pintu masuk BenThanh itu.

kami duduk di hotel ini
bilik sangat selesa dengan 2 katil besar
bilik air siap ada bath tub
USD40 , share 4 orang

katil besar yang cukup selesa untuk kami ber4


pemandangan dari pintu bilik hotel
sibuk sungguh..
hon disana sini

dibawah bumbung inilah pasar Ben Thanh yang terkenal itu
macam-macam ada konsepnya

lepas letak beg,bersihkan badan yang dah melekit (cuaca panas macam kat sini jugak la..non ada la salji  ye dik non,keh keh keh) siap solat Zohor semua dan isi perut time (akak2 ni memang terbaiklah..siap bawak nasi dengan macam2 lauk lagi..aku?bawak perut je..huhu) elok tengah menyuap,hujan turun selebat2nya.Tido pun sodap nih..tapi rugi la kan..datang jauh2 nak membuta baik duk umah je.

Emm..camner nak jelajah pasar Ben Thanh ni?eh!apa de hal..hujan air je pun.paling tidak,basah jelah kan.Maka diap makan..kami ber4 berlari2 anak kami masuk pasar Ben Thanh..aku dan sorang akak ni,selamba redah hujan pakai selipar hotel.ini bukan selipar jepun..made in Vietnam okey ;)

dia menemaniku selama 2 hari disana,selesa sangat
apa aku peduli,bukan ada orang kenal aku kat sana pun
(^_^)  
sambung nanti..# aku jumpa seseorang kat sana..tak sangka peramah orangnya.dia siap tolong setting kan camera aku lagi..Tq Bro

Friday, May 17, 2013

Seharian Urusan Renew Passport di Putrajaya

Okey..selepas kisah renew mykad kena pulak denda rm100 dan kisah ke pejabat imigresen nak renew passport tapi no giliran sudah habis kita sambung apa yang berlaku esoknya pula.

Selasa:14/5/2013

Pagi hari kejadian,sebelum en lalat bangun mencari rezki,aku dah awal-awal keluar rumah ke pejabat imigresen Presint 15 untuk renew passport.sampai sana 7.50 pagi dan dapat no giliran 1128 (sila tengok gambar sebagai tanda bukti.hehe)

no sekarang 1006
no aku 1128
waktu ialah 7.56 pagi
Ramai orang beratur menunggu,ada yang duduk di kerusi dan ada juga yang berdiri sandar kat dinding.Nasib baik zaman henpon canggih ni kita dapat 'membunuh masa' dengan berinternet guna henpon dimana sahaja..# sambil membuang pun boleh.Aku je duk perati gelagat orang.hehe

Sempat la beramah mesra dengan orang di kerusi sebelah,tak susah..mulakan je dengan senyuman InsyaAllah..komunikasi akan berlangsung selepas itu.Dalam jam 9.30 pagi,no giliran sudah di tutup dan orang yang datang lepas tu..dipersilakan balik dengan pesanan 'esok datang lagi ye dan sila datang awal'.

Tapi..ada tapi ye,dalam tempoh menunggu itu aku kira ada 4@5 kali kejadian 'Offline'.Kali pertama jam 10.20 pagi lebih kurang,masa tu aku pelik bila nampak nombor giliran tak bergerak dan pegawai di kaunter berbisik sesama sendiri..tak lama kendian masuklah sorang pegawai buat pengumuman 'sistem offline..tak pasti berapa lama akan pulih..tak boleh janji.jadi,tuan puan boleh lah ke cawangan lain yang terdekat'.

Elok abis je pengumuman,suara-suara dan macam lalat terperangkap dalam plastik.ngong-ngeng,ngong-ngeng bunyinya.Masa tu muka aku kalau ditoreh takde darah kot..apa nak buat?en abe menunggu aku kat kedai mamak sebelah..dia keje shift petang pulak tu..takkan nak tunggu aku sampai petang kat situ.Last2 aku suh en abe balik dulu,nanti pandai2lah aku mencari jalan pulang kerumah.Dari segi logik akal..tak guna pegi cawangan lain sebab katanya offline seluruh negara dan kalau pegi pun,rasanya no giliran dah habis.Imigresen tengah upgrade sistem biometrik apa tah namanya..sebab passport baru aku pun dah rupa lain dari passport lama dulu.ada cip katanya dalam passport baru itu.chipsmore barang kali.okey,tak lawak..

Sib baik ada sorang cik kak depan aku tu cakap 'tak payah balik..tunggu je.Offline selalu berlaku..nanti sejam dua okeylah tu.kalau u balik pun buang masa.datang kendian esok lusa pun tetap masalah yang sama berlalu' lepas tu kami jadi kamceng dan kita namakan dia 'kakak kawasan'.katanya 'i bising sbb i kesian kat orang yang datang jauh,i okey je sbb i duk dekat sini.esok lusa pun boleh datang'

# NOTE: orang kata,kat Putrajaya boleh siap dalam 1jam kalau buat kat kiosk tapi aku kan pakai dokumen pengenalan sementara sebab mykad hilang..so kena jugak buat kat kaunter.ada jugak kes orang lain yang pegi kiosk,tapi mykad tak boleh baca..kena juga submit kat kaunter.dan kalau berlaku 'offline' pakai kiosk pun tetap lambat sebab serahan dibuat kat kaunter jugak.

so nak taknak tunggu jelah.lebih kurang 1jam45 minit offline ada beberapa perkara berlaku..pegawai tak de kat kaunter,semua pakat menyorok kat dalam.nak tanya apa2 kena panggil banyak kali sampaikan kawan baru aku,kita namakan dia 'kakak kawasan' jelah ye..mulutnya memang bising tapi kalau berurusan dengan hal begini,kena ada sorang yang macam ni..pakat semua duk diam,memang sampai ke petang la takde sapa take action agaknya.dahlah sorang pun kat kaunter tak pakai nametag..nak rujuk pun susah.kata kakak kawasan 'PM Najib pun pakai name tag' haha

# sebenarnya banyak kejadian 'bakar darah' hari itu tapi tak boleh ditulis atas faktor tertentu.nanti aku tulis panjang2..penat pulak korang membaca.

lepas sejam lebih,sistem okey balik..dan sempat la submit aku punya renew tu TAKE NOTE: sekarang kita tak perlu isi borang lagi,sesia je aku print borang sebelum datang tu sbb dia cuma mintak mykad,gambar terbaru dan passport lama je.terus isi kat komputer..emm bagus,aku memang paling tak suka isi borang,tulisan tangan terasa hodoh sebab jarang menulis.huhu

lepas je submit dan buat bayaran sebanyak RM100 untuk 2 tahun,aku dan kawan baru yang namanya Yatie gi makan kat sebuah restoren namanya Aroma Tomyam.makanan sedap la jugak tapi reganya boleh tahan (nasi putih + seketul ayam + sebiji solok lada dan segelas sirap = rm8.50) mahal bagi aku,tapi kawan baru aku pun merungut jugak sbb dia ambik nasi setengah lauk ikan keli sambal dan sirap,kena rm8 jugak..takpelah,dah selamat masuk perut pun.saja je nak bercerita

habis makan kami ke pejabat menunggu..rupanya offline kali ke2,kali ni pun sama..sejam lebih jugak 1jam20minit kalau tak silap..tapi ramai dah yang cool sebab dah kena kali pertama..so duduk jelah pandang kiri kanan.

Dipendekkan cerita..giliran aku dapat passport ialah jam 4.40 petang,itupun kecut perut sebab ada offline dalam 2 minit masa nak buat serahan.segala macam doa aku baca,mintak2 semua ok..kalau tidak,maknanya perjalanan adalah kensel..walaupun tiket sudah ready.

Alhamdulillah..selesai juga urusan walaupun sehari suntuk aku berkampung di pejabat immigresen Putrajaya hari itu.

# moral of de story:

  1. sila pastikan check tarik luput passport tak kurang dari 6 bulan sebelum merancang perjalanan ke luar negara.
  2. urusan passport sebenarnya tak susah tapi kalau kelam kabut dan masa yang suntuk..segalanya mencari haru biru
  3. kerja di kaunter dan berhadapan dengan orang ramai memang tekanan.jadi banyakkan bersabar.
Selesai urusan..aku pertama kali merasa naik bas Nadi Putra ke Sentral,sepanjang jalan lalu kawasan perumahan dan kuaters rasa macam buat lawatan melawat kawasan Putrajaya pulak.Dari Putrajaya Sentral naik erl ke Salak Tinggi dan adik aku,CV dah sedia untuk operasi menyelamat,kena hantar aku balik rumah.

Sekian..habis satu hari cuti tahunan aku untuk urusan passport.huhu

kendian sambung kisah Vietnam ;)

Monday, May 13, 2013

Buat Ic Baru dan Cabaran Untuk Renew Passport

>>> sambungan entri ini # bajet korang pun tak sabar nak tahu kisah selanjutnya.hahaha

Maka..Isnin pun datang bila tiba gilirannya,jam 8.00 pagi aku dah sampai opis,sib baik ada yang datang lagi awal..kalau tidak macam mana aku nak masuk,bukan ada kunci pun.Masuk je terus geledah laci..semua aku belek kot lah terselit kat celah-celah kertas dan sampah sarap itu..NON ADO..keciwa disitu.huhu

Ke pondok polis nak buat repot,tapi kata pegawai bertugas 'sekarang dah tak perlu laporan polis untuk kehilangan ic,lesen dan sebagainya..terus je ke pejabat yang berkenaan'.Contohnya: hilang ic,terus je ke JPN..kalau hilang,JPJ la kot..

Dalam hati,harap2 janganlah aku ditendang sana sini macam bola,berdoa semoga JPN tak suruh aku buat repot polis dulu baru boleh buat ic baru.Okey..sebelum ke JPN,ke Bank Rakyat dulu mencuba nasib..doa tak putus harap ic aku ada kat sana.Tapi hampa jua adanya..aku jumpa balik staf yang aku berurusan Isnin lepas,katanya memang takde.masa tu air mata dah nak keluar # aku kan ratu airmata

En Abe pujuk..'takpelah,jangan panik..jom ke JPN buat ic baru'  # oh!aku tetap nak nanges jugak bila dapat tahu,nak buat ic baru kena bayar denda rm100 untuk kehilangan kali pertama,hilang kali ke2,RM200,hilang kali ke 3,RM300..bajet untuk travel habis ditengah jalan la kekdahnya ni.makanya kena bayar RM110 (RM100 denda hilang,RM10 aku tak tahu untuk apa..admin proses la kot)

Sib baik proses tak lama..tak sampai sejam dah siap dan dapatlah Dokumen Perjalanan Sementara (ic sebenar akan siap dalam masa seminggu,kata pegawai bertugas).Dah dapat ic sementara,terus pecut ke Immigresen Putrajaya sebab orang kata kat Putrajaya boleh siap passport dalam masa sejam.Melilau2 cari pejabat Imigresen,dahlah cuaca panas giler..pasang ekon pun rasa cam dalam sauna.Aku gugel Ibu Pejabat Imigresen Malaysia di presint 2 so aku ingat kat situ lah buat passport tapi salah,nak buat passport bukan kat situ tapi kat Presint 15 (sila rujuk peta dibawah)

buat passport bukan di A tapi di B
sila ambil perhatian kalau taknak buang masa dan buang minyak
Sampai je kat tempat B,punyalah ramai manusia tengah beratur...sekali kali lagi nasib kurang baik,no giliran dah habis.kata pegawai kat situ 'nombor giliran dah habis..sila datang awal esok pagi,biasanya pejabat bukak 7.30 pagi pun dah ramai yang beratur'..keciwa lagi

Aku plan nak renew kat Imigresen Seremban je esok..sebab penah buat passport Hajar,sehari pun siap.Tapi aku dah call diorang katanya 'tak sempat siap dalam sehari sebab baru upgrade sistem Sabtu lepas'..sib baik call dulu,kalau aku redah je esok..memang buang masa jelah.

INFO:
Download borang permohonan passport
RM300 untuk 5 tahun
RM100 untuk 2 tahun
Apdet kendian:
# urusan untuk renew passport sekarang tak perlu isi borang
cuma perlu bawa mykad,gambar dan passport lama

Dipendekkan cerita..aku dah ambik cuti hari ni tapi memandangkan urusan tak selesai jugak,kensel cuti..ambik half day je,simpan lagi 1/2 hari untuk esok..semoga esok segalanya berjalan lancar..dan passport dapat siap esok tanpa sebarang masalah

Sekian keluh kesah mak esah...

Nak Renew Pasport Tapi Ic Hilang

Alkisah..nak travel,(atas urusan penting bukan suka-suka) tarikh dah konfem 15Mei tapi bila check passport tak cukup 6 bulan (passport expired 30 October 2013) so kenalah renew passport dulu.

Sabtu lepas,jam 7.00 pagi aku dah kerah semua orang dalam rumah bangun awal..mandi dah bersiap nak gi imigresen Seremban untuk renew passport..sebelum keluar rumah,final check dokumen kot ada yang tak cukup..cari2 ic tak jumpa # peluh jantan betina lumba2 terjun dari liang roma YaAllah..tak mungkin hilang?salah letak ke?tapi kat mana?recall balik last guna ic kat mana

-5 Mei:masa ngundi,ada lagi masa tu
-6 Mei:ke bank Rakyat keluarkan dividen koperasi BankRakyat..guna ic,ye situlah rasanya kali terakhir aku guna ic

So..sebab anak2 dah bersiap,takkan nak sambung tido balik..keluarlah jugak bawak anak2 sarapan roti canai,walaupun masa tu roti canai yang aku telan rasa disalut pasir.Tak selera memikirkan 'kemana hilangnya ic itu'

Fikir punya fikir,tak guna aku mengeluh bagai nak rak..tak de apa yang boleh aku buat selain tunggu hari Isnin.Check laci opis kot tersalah letak dan ke Bank Rakyat tanya kalau2 aku terlupa ambik masa urusan di kaunter tu.

Petang tu..minta enAbe hantar aku nak anak-anak ke stesen komuter terdekat..balik Cheras melawat mil.dah sebulan lebih kami tak jenguk mil.anak2 happy dapat naik tren,aku?rasa rerama berterbangan dalam perut.

# cepatlah datang hari Isnin.aku nak ke opis,check laci dan juga ke BankRakyat kot ada jumpa ic itu

>>>>bersambung>>>>

Sunday, May 12, 2013

Selamat Hari Ibu

~SELAMAT HARI IBU~
buat Ma di kampung
dan 
Mama di Cheras
moga hidup dirahmati oleh Allah selalu
# macam la mereka baca blog ni.huhu

dan tak lupa buat ibu-ibu yang suka singgah blog aku ni




Thursday, May 9, 2013

Kisah Bilik Hotel,Biar Betul?Terkejutnya Saya..

aku terbaca kat sini MelayuKini
# masa baca,nak terjojol biji mata aku.walaupun kita tak perlu percaya 100% tapi kalau betul berlaku pun,mana kita nak tahu kan?

Okey..kalau aku,perkara pertama bila ada peluang tido kat hotel ialah :
-ambik gambar katil,bilik air sambil berangan 'kalau banyak duit nak bilik tido dan bilik air macam ni kat rumah..ada bath tub boleh berendam sambil main buih' hehe

Cerita betul,mak mentua aku masa kami 'tido hotel' bebaru ni (tempat dirahsiakan takut kena saman).kata mil 'lain kali mama tak nak ler pakai tuala yang hotel bagi.ada ke patut cleaner tu lap lantai bilik air pakai tuala.patutlah kejap je kering lantai bilik air tu'..aku baru teringat pasal ni bila baca artikel kat bawah ni.

ada berani tido bilik hotel bertemankan ikan-ikan macam ni?
membayangkan tengah syok tido..akuarium itu pecah
maka lemas lah penghuni bilik itu.hehe
# daya imaginasi memang tahap gaban sungguh la
Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda tahu.

Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik
Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja. Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.
Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.
Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik
Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk.  Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air. Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.
Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada.
Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.
Kesilapan 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka
Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan. Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa?Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.
Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.
Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum
Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.
Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa ?
Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.
Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik
Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur.  Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat. Tak percaya? Lihat apa yang anda jumpa bila anda google hotel window fall.

Korang pun suka tido hotel?emm pasti lepas ni ada sedikit perasaan was-was kan?# me too .huhu

Wednesday, May 8, 2013

Rindunya


adik aku CV kan balik kampung masa mengundi tu
tadi dia emel aku gambar ni
uwaaaaaaaaaaaaa sedihnya
rindu pada mak ayah
# dengar kata ayah tak berapa sihat..sakit lutut
dan pastinya rindu teramat sangat pada anak dara sulung ku itu
# air mata menitik tak dapat ku tahan
sob sob sob
(~_~)